Pesakit Covid-19 Yang Telah Sembuh Harapan Pesakit Serius

Tiada yang lebih menggembirakan seorang bekas pesakit COVID-19 yang telah sembuh apabila mengetahui plasma darahnya boleh membantu merawat pesakit lain yang dijangkiti pandemik yang mencetuskan keresahan masyarakat di seluruh dunia.

Menjadi penderma sulung negara tanggal 2 April lalu, plasma darah Reza Huzairi pesakit Covid-19 yang telah sembuh didapati cukup ampuh, sihat dan sesuai serta memenuhi kriteria yang dapat membantu rawatan pesakit COVID-19 yang berada dalam keadaan serius dan kritikal.

Pesakit Covid-19 Yang Telah Sembuh Harapan Pesakit Yang Serius

Pesakit Covid-19 Yang Telah Sembuh Harapan Pesakit Yang Serius

Tiada yang lebih menggembirakan seorang bekas pesakit COVID-19 apabila mengetahui plasma darahnya boleh membantu merawat pesakit lain yang dijangkiti pandemik yang mencetuskan keresahan masyarakat di seluruh dunia.

Bagi Reza Huzairi Zainudin, 41, mengetahui plasma darahnya boleh membantu menyembuhkan pesakit COVID-19 yang lain, disambut dengan rasa syukur dan bangga kerana tidak semua plasma bekas pesakit boleh digunakan.

Allah Ganti Kesedihan Saya Ini Dengan Rasa Bangga 

"Allah gantikan kesedihan saya pada 2020 ini dengan rasa terharu dan bangga kerana berpeluang membantu pesakit-pesakit COVID-19 melalui pendermaan plasma darah ini," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur.

Menjadi penderma sulung negara tanggal 2 April lalu, plasma darah Reza Huzairi didapati cukup ampuh, sihat dan sesuai serta memenuhi kriteria yang dapat membantu rawatan pesakit COVID-19 yang berada dalam keadaan kritikal.

"Sepanjang proses pendermaan plasma darah selama sejam di Pusat Darah Negara pada 2 April lalu, saya banyak bertanya pada doktor mengenai rawatan COVID-19 menggunakan plasma darah mereka yang pernah terkena jangkitan ini.

Pesakit Covid-19 Yang Telah Sembuh Harapan Pesakit Yang Serius

Tidak semua plasma boleh didermakan kerana penderma mestilah sihat

"Mestilah sihat daripada sebarang penyakit kronik, tidak mengambil sebarang ubat pada jangka masa panjang dan mempunyai kesihatan yang optimum, saya datang untuk membuat ujian dan bersyukur plasma darah saya sesuai untuk didermakan," katanya.

Menurut beliau, dengan berat badannya 65 kilogram, hanya 500 mililiter plasma darahnya boleh diambil pada satu-satu masa, namun ia boleh digunakan untuk membantu rawatan beberapa orang pesakit.

Justeru, beliau merancang untuk kembali menderma dalam tempoh dua minggu akan datang selagi dibenarkan oleh doktor supaya lebih ramai pesakit mendapat manfaat.

Baca juga: Keputusan Untuk Pelanjutan Tempoh PKP Pada 10 April Ini
Pesakit Covid-19 Yang Telah Sembuh Harapan Pesakit Yang Serius

Plasma darah yang didermakan itu akan dijadikan serum 

Reza Huzairi berkata plasma darah yang didermakan itu akan dijadikan serum untuk dimasukkan ke dalam darah pesakit COVID-19 yang kritikal bagi membantu mereka melawan virus maut berkenaan.

Bagaimanapun, beliau dimaklumkan bahawa kesan optimum diperoleh apabila ia digunakan oleh orang yang mempunyai jenis darah sama dengannya..

Oleh sebab itu, beliau berharap lebih ramai bekas pesakit COVID-19 yang sihat tampil untuk menderma plasma darah mereka bagi membantu merawat pesakit yang sedang berjuang melawan virus itu.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan beberapa pesakit yang sudah pulih sudi membantu dengan menyumbang darah untuk kajian penyelidikan wabak terbabit.

Katanya, terdapat beberapa kes pesakit yang sudah sembuh dan dibenarkan pulang ingin menyumbang bagi tujuan itu, namun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat saringan terlebih dahulu sama ada terdapat jangkitan kuman lain seperti Hepatitis C dan sebagainya.

Reza Huzairi Pesakit Ke-46 Berkata Beliau Dijangkiti COVID-19 Ketika Gelombang Kedua

Naib Presiden Kanan, Modal Insan Kumpulan UDA Holdings Berhad itu berkata pengalaman ditempatkan di dalam wad isolasi Hospital Sungai Buloh (HSB) tidak akan dilupakan seumur hidupnya apabila dikunci 24 jam selama 11 hari tanpa boleh bertemu isteri dan tiga anak lelakinya.

"Tidak pernah saya membayangkan saya akan berada di dalam situasi itu. Perasaan tertekan itu bukan main-main ...dalam resah memikirkan diri sendiri, saya juga resah memikirkan tentang isteri dan anak-anak di rumah.

“Juga kepada semua staf saya ...bimbang jika virus yang ada pada saya ini menjangkiti mereka pula. Saya hanya bergantung kepada Allah SWT ketika itu,” katanya.

Reza Huzairi berkata selama tempoh 11 hari ‘terkurung’ itu, beliau tetap meneruskan kerja pejabat seperti biasa walaupun berada di dalam wad agar perasaan tertekan itu tidak terus menyelubungi dirinya.

Pesakit perlu bersemangat dan fokus untuk cepat pulih

Pesakit Covid-19 Yang Telah Sembuh Harapan Pesakit Yang Serius
“Walaupun sesekali tubuh saya terasa amat letih kerana antibodi sedang bekerja. Jika itu terjadi, saya perlu berehat.

Alhamdulillah kesihatan saya okay dan tidak mempunyai simptom yang teruk," katanya.

Sebagai tanda pengharagaan dan terima kasih kepada warga KKM khususnya doktor, jururawat dan petugas kesihatan di HSB, Reza Huzairi berpesan kepada rakyat Malaysia supaya bersabar dalam keadaan sekarang dan mengingatkan agar semua mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Tidak perlu keluar dari rumah jika tiada keperluan yang amat penting. Kita sebagai rakyat Malaysia pasti boleh melakukannya," katanya. Sumber BERNAMA

Ini satu pertalian yang cukup istimewa. Covid-19 Survivor ( Pesakit Covid 19 yang telah sembuh) kini merupakan antara harapan bagi sesetangah pesakit covid 19 yang masih berjuang.

Memandangkan vaksin dan rawatan khusus bagi virus ini masih belum sedia untuk digunakan, penggunaan plasma darah pesakit covid yang telah sembuh telah digunakan. Plasma adalah salah satu komponan darah yang terdapat dalam darah manusia.

Baca juga: Harga Petrol RON95, RON97, & Diesel Menyaksikan Penurunan

Plasma ini mengandungi antibodi yang mampu membunuh virus covid 19. Penggunaan plasma ini akan mewujudkan imuniti pasif kepada pesakit covid 19 yang sedang bertarung.

Sehingga kini, terdapat 915 pesakit Covid 19 yang telah sembuh. Pesakit yang bersesuaian untuk mendermakan plasma darah untuk tujuan ini akan dilakukan oleh pihak hospital mengikut kriteria yang bersesuaian. Sumber Public Health Malaysia

Tekan [Home ##home##] untuk kembali ke laman utama.

COMMENTS

BLOGGER: 3
  1. alhamdulillah...tadi nampak juga orang share kat FB, tapi tak baca pun...ingatkan derma darah, bila baca kat sini baru la faham apa sebenarnya yang berlaku...semoga lebih ramai C19 survivor tampil menyumbang plasma darah masing2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah kak.. Semoga diorang2 ni mampu tolong yg tgh kritikal kat hospital tu..

      Padam
  2. stay safe. i hope this will be over soon

    BalasPadam

/fa-instagram/ Recent Instagram Post

Nama

Agama,3,Agong,5,Android,5,Anime,1,Artikel,2,Berita,10,Bisnes,5,Blog Tips,3,Bola Sepak,1,Cari Jodoh,2,Contest,1,Covid-19,4,Disney,1,Ekonomi,3,Etiqa,1,Event,5,Facebook,6,Fakta,8,Food,1,Frozen,1,Galleri,9,Game,1,Gaya Hidup,11,Google,2,Hanoi,1,Hartanah,2,Hiburan,12,Horror,2,Huawei,2,Hubungan Diplomatik,2,Indonesia,2,Instagram,5,Insurans,1,IOS,3,Istana Negara,2,Johor,2,Kedah,1,Kelantan,1,Kesihatan,7,Kewangan,2,Kuantan,3,Malaysia,10,Marvel,1,Mercu Tanda,4,Mesir,1,Minyak,1,Movie,5,Mufti Pahang,1,Muzik,2,Pahang,1,Pandemik,3,Pelancongan,4,Penceraian,2,Perkahwinan,4,Perlindungan,2,Petrol,1,Photoshop,3,Premiere,1,Raja Permaisuri,2,Sahabat,1,Samsung,3,Selebriti,5,Shop,7,Smart-Phone,12,Soal Hati,5,Spotify,1,Sukan,1,Sultan Kelantan,1,Takaful,1,Teknologi,11,Telegram,1,Travel,4,Trivia,1,Tular,7,Tun Mahathir,2,Turki,1,Tutorial,6,Twitter,4,Vietnam,1,WhatsApp,4,WHO,1,Woman,4,YouTube,3,
ltr
item
Anwar Zakuwan .Com: Pesakit Covid-19 Yang Telah Sembuh Harapan Pesakit Serius
Pesakit Covid-19 Yang Telah Sembuh Harapan Pesakit Serius
Tiada yang lebih menggembirakan seorang bekas pesakit COVID-19 yang telah sembuh apabila mengetahui plasma darahnya boleh membantu merawat pesakit lain yang dijangkiti pandemik yang mencetuskan keresahan masyarakat di seluruh dunia.
https://scontent.fkul6-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/91633184_3119525494727127_1398032749863895040_n.jpg?_nc_cat=1&_nc_sid=110474&_nc_eui2=AeH1tao5jSb4pu7cWN1PNgT3arWiVGEY1YtqtaJUYRjVi8SmFlrGWpjcxax9GNLbSShP98Rabn-u_6OfUl8SAg4Y&_nc_ohc=MUtsRSWOx-IAX-ezusk&_nc_ht=scontent.fkul6-1.fna&oh=3d6dd958571888097062827ea41f2626&oe=5EB17C83
Anwar Zakuwan .Com
https://www.anwarzakuwan.com/2020/04/pesakit-covid-19-yang-telah-sembuh-harapan-pesakit-yang-serius.html
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/2020/04/pesakit-covid-19-yang-telah-sembuh-harapan-pesakit-yang-serius.html
true
6411884237974842672
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy