Keluarkan Duit KWSP Untuk Pembelian Rumah?

Macam mana saya tahu? Tahu la... Sia-sia jadi ejen hartanah berdaftar kalau tak reti bab-bab keluarkan duit KWSP untuk pembelian rumah ni. Kalau saya tak tahu, saya tanya la boss.

Assalamualaikum. Apa kabar korang hari ni, semoga pkp hari ni lebih bermakna dari hari pkp yang semalam hehe... Jadi untuk entri kali ni, saya akan kongsikan sikit tips ataupon cara macam mana korang nak keluarkan duit KWSP untuk pembelian rumah.

Yup, beli rumah keluarkan duit KWSP. Harga rumah RM200k beli guna duit KWSP yang baru 6 bulan bekerja... Banyak betul duit dalam KWSP korang. Sebenarnya, guna duit KWSP tu takde la sampai 200k, sebenarnya sikit je. Saya akan cuba terangkan se simple mimple mungkin untuk korang semua.

Keluarkan Duit KWSP Untuk Pembelian Rumah?

Keluarkan Duit KWSP Untuk Pembelian Rumah?

Sebenarnya senang je cara dia. Macam mana saya tahu? Tahu la... Sia-sia jadi ejen hartanah berdaftar kalau tak reti bab-bab ni. Kalau saya tak tahu, saya tanya la boss. Kalau nak guna duit KWSP ni sekejap je urusan kat pejabat dia tu, cuma bagi ic je pastu cakap nak keluarkan duit deposit beli rumah...

Kalau bagi ic je memang sekejap je la urusan kat KWSP tu, lepas tu korang kene balik rumah semula sebab ade dokumen lain yang nak kene bawak hahahaha.

10% Untuk Cover Deposit Buat Loan

Keluarkan Duit KWSP Untuk Pembelian Rumah?
Tapi ingat ye, bukan sampai 200k duit KWSP korang boleh sapu. Cuma 10% je dari harga rumah yang korang boleh keluarkan. Sikit ke? Cukup la tu..

10% tu korang boleh buat cover duit deposit yang korang guna untuk buat loan. Sebab loan pon dah 90% dari bank. Untuk kerja swasta, bank akan bagi 90% loan dari harga rumah.

So korang boleh la topup lagi 10% duit KWSP untuk ganti deposit. Biasanya bank memang akan bagi 90% loan dari harga rumah. Cuma kadang-kadang bank akan bagi 70% margin loan bila korang beli rumah ketiga, keempat, ataupon beli tanah.

Keluarkan Duit KWSP Untuk Pembelian Rumah?
Deposit ni nak atau taknak memang korang kene ada modal sikit la

Walaupon korang nak jual rumah dan nak untung, pon tetap kene ada modal untuk legal fees dll... Loan maksimum korang boleh dapat cuma 90% saja daripada harga rumah.

So, balance tu anda kena cover sendiri. Jika korang dapat 100% loan, deposit 10% tetap diperlukan dan akan dikembalikan selepas dapat rumah nanti.

Deposit ni jugak boleh jadi security kalau kata pembeli tetiba cancel, ada jugak pampasan untuk owner. Sebab tu susah nak cari owner yang bagi beli rumah dengan zero deposit.

First deposit biasanya 3.18%. Second deposit 6.82% selepas sign SnP (Sale And Purchase Agreement) Sebaik-baiknya gunalah agency yang berdaftar macam saya untuk mengelakkan kes penipuan.

Baca juga: Risiko Yang Dihadapi Bila Cuma Bergantung Insurans Majikan

Keluarkan Duit KWSP Untuk Pembelian Rumah?

Jangan pernah bagi booking direct kepada owner

Yelah, punya taknak pakai agency lepas tu ikut je cakap owner sebijik-sebijik... Last sekali kene tipu. Kalau pakai agency ni lebih selamat, loan akan ditolong sampai dapat 90% loan. Kalau kata loan kene reject atau tak dapat 90% loan, first deposit 3.18% tadi agency akan pulang semula.

Baki 6.82% tu baru bayar kepada owner melalui lawyer, sebab agreement semua dah ada dan dah ditandatangani depan lawyer.

Dokumen cukup, seminggu je duit masuk dalam akaun korang

Kat sini saya bagi korang senarai dokumen yang diperlukan untuk keluarkan duit dari akaun 2 KWSP.
  1. Borang KWSP 9C (AHL) dan Senarai Semak Dokumen [##link##] 
  2. Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal [##link##] 
  3. Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
  4. Surat Perjanjian Jual Beli – tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan
  5. Buku bank atau Penyata akaun simpanan

Dokumen sokongan kalau ada lagi bagus

  1. Sale and Purchase Agreement
  2. Offer Letter Loan rumah anda
  3. Dokumen-dokumen lain yang diperlukan mengikut kes pembelian

Syarat-syarat untuk keluarkan duit dari akaun 2 KWSP

  1. Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara
  2. Umur bawah 55
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
  4. Membeli rumah kediaman*
  5. Pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan** ATAU pembiayaan sendiri
  6. Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan
Rujukan: KWSP

Baca juga: Sejauh Mana Efisyen Media Sosial Dalam Mencari Jodoh

Keluarkan Duit KWSP Untuk Pembelian Rumah?

Macam yang saya bagitau tadi, nak beli rumah memang memerlukan deposit awal. Jadi, korang perlu ada modal duit sendiri dulu, kemudian baru klaim dengan KWSP. Bukannya KSWP bagi cash, lepas tu korang guna untuk deposit. Kalau boleh buat macam tu, mesti ramai yang akan salah guna.

Setiap kes pembelian, dokumen adalah berlainan. Kalau beli secara tunai, lagi banyak dokumen yang diperlukan. Sebaiknya, pergi dulu ke KWSP untuk dapatkan list dokumen untuk kes korang.

Dah settle semua, dah submit semua dokumen, tunggu je bayaran. Bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank anda dengan syarat :-

  1. Ahli mempunyai akaun bank yang aktif dengan panel KWSP yang dilantik; DAN
  2. Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank
  3. Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)
  4. Sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli, bayaran akan dibuat melalui Cek Jurubank

Jadi, tak perlu risau la kena tipu ke apa ke.

Baca juga: Kes Penceraian Paling Pelik - Suami Terlalu Baik, Isteri "Bosan"

Kesimpulan

Pengeluaran duit KWSP ni sangatlah berguna untuk yang tahu caranya. Saya yakin, ramai yang belum tahu cara dia. Mungkin syarat dan dokumen untuk pengeluaran KWSP ni agak leceh, tapi kalau anda fikir semula, walaupun leceh tapi berbaloi sebab boleh dapatkan semula deposit yang kita keluarkan.

Keluarkan Duit KWSP Untuk Pembelian Rumah?
Sebenarnya tak susah mana pun. Dapatkan je check list, dokumen apa yang diperlukan. Buat dapatkan satu persatu.

Korang ada banyak masa untuk settlekan, bukan 3 minggu, tapi 3 tahun selepas sign SPA. Tak cukup masa lagi?

Lepas ni jangan dok tanya KWSP tu dah, boleh ke tak keluar untuk renovate rumah. Confirm tak boleh. Dah bagitau dalam syarat kat atas tu.

Saya harap dengan entri kali ni dapat bantu yang masih keliru berkenaan dengan pengeluaran KWSP ni terutama untuk kes-kes melibatkan hartanah ni.

Dan kalau korang ada plan nak beli rumah, saya boleh tolong dengan hati terbuka... Eh eh eh.

Amirul Anwar Zakuwan
Properties & Takaful

Sekian guys. 

COMMENTS

BLOGGER: 6
  1. Kena bijak manage duit kan encik..
    Bagus juga perkongsian ini untuk mereka yang ada KWSP..

    BalasPadam
  2. betul tu, pengeluaran kwsp juga berguna untuk mereka yang mahu membuat pelaburan untuk masa hadapan...

    BalasPadam
  3. gonna save up until it's really the time to use it

    BalasPadam
  4. ASSALAMUALAIKUM. Terima kasih utk perkongsian ini. SS pun belum beli rumah sendiri lagi ni. umur dah lewat ni... alahaiii...

    BalasPadam
  5. belum ada urusan pengeluaran lagi untuk pembelian rumah..baru buat pengeluaran i lestari akaun 2 tu je lah setakat ni.

    BalasPadam

/fa-instagram/ Recent Instagram Post

Nama

Agama,3,Agong,5,Android,5,Anime,1,Artikel,2,Berita,10,Bisnes,5,Blog Tips,3,Bola Sepak,1,Cari Jodoh,2,Contest,1,Covid-19,4,Disney,1,Ekonomi,3,Etiqa,1,Event,5,Facebook,6,Fakta,8,Food,1,Frozen,1,Galleri,9,Game,1,Gaya Hidup,11,Google,2,Hanoi,1,Hartanah,2,Hiburan,12,Horror,2,Huawei,2,Hubungan Diplomatik,2,Indonesia,2,Instagram,5,Insurans,1,IOS,3,Istana Negara,2,Johor,2,Kedah,1,Kelantan,1,Kesihatan,7,Kewangan,2,Kuantan,3,Malaysia,10,Marvel,1,Mercu Tanda,4,Mesir,1,Minyak,1,Movie,5,Mufti Pahang,1,Muzik,2,Pahang,1,Pandemik,3,Pelancongan,4,Penceraian,2,Perkahwinan,4,Perlindungan,2,Petrol,1,Photoshop,3,Premiere,1,Raja Permaisuri,2,Sahabat,1,Samsung,3,Selebriti,5,Shop,7,Smart-Phone,12,Soal Hati,5,Spotify,1,Sukan,1,Sultan Kelantan,1,Takaful,1,Teknologi,11,Telegram,1,Travel,4,Trivia,1,Tular,7,Tun Mahathir,2,Turki,1,Tutorial,6,Twitter,4,Vietnam,1,WhatsApp,4,WHO,1,Woman,4,YouTube,3,
ltr
item
Anwar Zakuwan .Com: Keluarkan Duit KWSP Untuk Pembelian Rumah?
Keluarkan Duit KWSP Untuk Pembelian Rumah?
Macam mana saya tahu? Tahu la... Sia-sia jadi ejen hartanah berdaftar kalau tak reti bab-bab keluarkan duit KWSP untuk pembelian rumah ni. Kalau saya tak tahu, saya tanya la boss.
https://cdn.pixabay.com/photo/2016/11/18/17/46/architecture-1836070_960_720.jpg
Anwar Zakuwan .Com
https://www.anwarzakuwan.com/2020/04/keluarkan-duit-kwsp-untuk-pembelian-rumah.html
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/2020/04/keluarkan-duit-kwsp-untuk-pembelian-rumah.html
true
6411884237974842672
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy