Tiga Pilihan Bila Tukar Domain Name Baru Untuk Blogger

Korang boleh pilih salah satu dari Tiga Pilihan Bila Tukar Domain Name Baru Untuk Blogger. Jangan lupa share kepada kawan-kawan blogger yang lain.

Tiga Pilihan Bila Tukar Domain Name Baru Untuk Blogger
Assalamualaikum hai guyz. Apa kabar korang hari ni? Semoga semua sihat sejahtera. Semalam tak sempat nak layan blog. Walking pon tak berapa meriah sangat dua tiga hari ni. Hari ni saya nak share sikit pengalaman saya bila tukar domain name baru untuk blogger sekalian.

Tiga Pilihan Bila Tukar Domain Name Baru Untuk Blogger

Tukar domain name blog memang menyusahkan dan mengganggu trafik

Saya pernah beberapa kali sebelum ni tukar custom domain name (termasuk blogspot), dan memang sakit jiwa. Once tukar, semua link akan terganggu. Apa pengajaran yang saya belajar dari situ, secara kesimpulan nya kita ada tiga pilihan yang boleh dibuat bila tukar domain name baru.

Disini saya susun tiga pilihan yang saya consider bila tukar domain baru.

Menarik: Satu Blog Khusus Untuk Program Affiliate
[post_ads]

Pilihan 1: Bungkus Semua & Tukar Secara Total

Tiga Pilihan Bila Tukar Domain Name Baru Untuk Blogger

Pilihan pertama ni termasuk memindah kesemua konten korang daripada domain lama, import semua sekali ke domain yang baru dan kemudian set up URL redirect untuk pindah semua trafik yang nak masuk ke blog yang baru.

Bunyi macam mudah? Tak, tak senang macam korang pikir. Tu cuma penjelasan mudah yang saya tulis secara spontan. Yang sebenarnya akan berlaku sangat sangat tertekan. Lebih-lebih lagi bila konten banyak dengan segala backlink yang ditanam sekian lama.

Saya buat semua ni masa pertama kali penghijrahan dulu, sebab utamanya adalah saya pindah daripada Typepad kepada WordPress. Ia lebih mudah kalau cuma pindah dalam satu platform yang sama, tapi pindah kesemua blog ke platform yang berlainan tu, korang perlu ambil langkah yang banyak dan berhati-hati.

Nasihat saya, mula-mula pastikan korang ada backup. Lepas tu, buat research dan study dulu segala tutorial yang korang boleh cari. Ada banyak sumber kat internet korang boleh dapat, dan ada banyak cara dan step yang korang boleh buat, dan korang kene baca semua yang ada sebelum mulakan pemindahan.

Dan paling penting, jangan mula migrasi melainkan korang ada masa terluang yang mencukupi untuk troubleshoot dan baiki tune lepas siap memindah, melainkan korang tak peduli kalau ada link yang broken. Kalau korang nak pindah platform dari Blog ke WordPress boleh tekan sini.

Menarik: Tinggalkan Responsive Link di Komen Blogger - Tutorial

Pilihan 2: Tapau Separuh, Ambil Mana Yang Paling Penting Dulu


Pilihan yang ni korang cuma ambil separuh atau mungkin sikit je daripada konten korang dan memerlukan tukaran manual kepada domain baru korang. Pilihan ni yang saya buat pada portal Kerja Kosong Malaysia & Singapore yang saya handle dengan beberapa kawan lain, baru je lagi semalam. Pilihan ni korang boleh buat kalau konten korang tak banyak sangat nak kene pindah, atau mungkin post yang lama korang ambil keputusan untuk delete, ataupon korang ada strategi baru nak approach viewer.

Tujuan saya semalam, adalah untuk naikkan semula popular post dan naikkan semula blog yang dah lama menyepi kepada trafik yang lebih aktif. Saya mula tukar beberapa link dalam post lama supaya dapat masuk ke post-post lain yang berkaitan. Tukar beberapa link dalam widget, tukar link dalam header, announce link baru dalam fb group, dan update website link baru dalam fb page.

Ia takde lah sempurna sangat, korang mungkin akan hilang beberapa fan yang simpan shortcut ke link lama. Tapi ada jugak yang baiknya jangan risau.

Menarik: Cara Upload Gambar Ke Insta Melalui PC Atau Laptop
[post_ads_2]

Pilihan 3: Move On, Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih

Kalau korang masih baru lagi dalam berblog, dan masih belum dapat banyak trafik, sama ada tak berbaloi untuk habiskan masa untuk pindahkan semua konten ke domain baru. Korang tak perlu attach sangat dengan yang lama. Just get over with..

Korang boleh ambil sikit dari langkan kedua tadi kalau nak simpan konten yang korang suka atau agak popular untuk dapatkan trafik yang ada, tapi kadang-kadang perubahan bukan lah suata perkara yang teruk...

Kadang-kadang jalan paling senang boleh jadi jalan terbaik.

Menarik: Senang Je Nak Tulis Tulisan Jawi Dalam Smartphone

Korang pernah tak tukar domain name?

Kalau korang pernah tukar, mungkin boleh share sikit pengalaman pahit manis yang korang lalui dekat komen. Kadang-kadang saya tukar custom domain ke blogspot asal, punca dia banyak. Salah satunya sebab Facebook block, report spam, suspicious lah macam-macam la alasan dia bagi.

Lagi mudah tukar domain terus daripada ikut servis Facebook yang memang sampai bila-bila tak dapat unblock hummm... Sabar je la.

Tekan [Home ##home##] untuk kembali ke laman utama.

Tag untuk post ni:
[Blog Tips] [Facebook] [Smart Phone] [Teknologi]

COMMENTS

BLOGGER: 5
  1. maksudnya, kalau tukur domain name, content semua benda akan lari ke?
    teringin nak tukar domain name ni tapi noob sangat dan tak sempat nak belajar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. konten tak lari, tapi link2 yang ada dalam konten tu jadi error..

      Padam
  2. sy belum terfikir lgi terfikir nak tukar domain.. kena byak baca pengalaman org lain sebelum tukar..

    BalasPadam
  3. da tukar sejak tahun 2011...tapi masih guna blogspot..

    BalasPadam
  4. Ma tukar domain dulu byk guna widget2 lama je

    BalasPadam

/fa-instagram/ Recent Instagram Post

Nama

Agama,3,Agong,5,Android,5,Anime,1,Artikel,2,Berita,6,Bisnes,3,Blog Tips,3,Bola Sepak,1,Cari Jodoh,1,Disney,1,Event,4,Facebook,6,Fakta,8,Food,1,Frozen,1,Galleri,9,Game,1,Gaya Hidup,9,Google,2,Hanoi,1,Hiburan,11,Horror,2,Huawei,2,Hubungan Diplomatik,2,Indonesia,2,Instagram,5,IOS,3,Istana Negara,2,Johor,2,Kedah,1,Kelantan,1,Kesihatan,4,Kuantan,3,Malaysia,9,Marvel,1,Mercu Tanda,4,Mesir,1,Movie,5,Mufti Pahang,1,Muzik,2,Pelancongan,4,Penceraian,2,Perkahwinan,3,Photoshop,3,Premiere,1,Raja Permaisuri,2,Sahabat,1,Samsung,3,Selebriti,4,Shop,4,Smart-Phone,12,Soal Hati,4,Spotify,1,Sukan,1,Sultan Kelantan,1,Teknologi,11,Telegram,1,Travel,4,Trivia,1,Tular,4,Tun Mahathir,2,Turki,1,Tutorial,6,Twitter,4,Vietnam,1,WhatsApp,4,Woman,4,YouTube,3,
ltr
item
Anwar Zakuwan .Com: Tiga Pilihan Bila Tukar Domain Name Baru Untuk Blogger
Tiga Pilihan Bila Tukar Domain Name Baru Untuk Blogger
Korang boleh pilih salah satu dari Tiga Pilihan Bila Tukar Domain Name Baru Untuk Blogger. Jangan lupa share kepada kawan-kawan blogger yang lain.
https://1.bp.blogspot.com/-p41KMBYKvSU/XYrkLHIIM-I/AAAAAAAAL58/W2dJh__RekQkf6vHu4wffop3lFttqcJjACNcBGAsYHQ/s320/Template%2BGambar.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-p41KMBYKvSU/XYrkLHIIM-I/AAAAAAAAL58/W2dJh__RekQkf6vHu4wffop3lFttqcJjACNcBGAsYHQ/s72-c/Template%2BGambar.jpg
Anwar Zakuwan .Com
https://www.anwarzakuwan.com/2019/09/tiga-pilihan-bila-tukar-domain-name.html
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/2019/09/tiga-pilihan-bila-tukar-domain-name.html
true
6411884237974842672
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy