Sejauh Mana Efisyen Media Sosial Dalam Mencari Jodoh

Macam mana nak tahu efisyen atau tak senang je, kalau berhubungan dalam media sosial mampu bawa sampai ke jinjang pelamin maksudnya efisyen dan bagus la platform mencari jodoh dalam media sosial ni. Sebabnya berkahwin adalah objektif semua pasangan berkenalan dalam laman media sosial.

Sejauh Mana Efisyen Media Sosial Dalam Mencari Jodoh
Assalamualaikum hai guys.. Apa kabar korang hari ni? Semoga korang semua sihat sejahtera. Semalam saya ada terbaca pasal sebuah organisasi mencari jodoh di Facebook. Jadi hari ni saya nak cerita pasal mencari jodoh dalam media sosial dan berapa jauh efisyensi yang dia boleh pergi.

Sejauh Mana Efisyen Media Sosial Dalam Mencari Jodoh

Adakah media sosial platform yang terbaik untuk mencari jodoh? Atau Sebaliknya?

Macam mana nak tahu efisyen atau tak senang je, kalau berhubungan dalam media sosial mampu bawa sampai ke jinjang pelamin maksudnya efisyen dan bagus la platform mencari jodoh dalam media sosial ni. Sebabnya berkahwin adalah objektif semua pasangan berkenalan dalam laman media sosial.

Tapi adakah semua pasangan yang berhubungan dalam media sosial berkekalan hingga naik pelamin? Tak jugak kan.. Jadi nya ada kelemahan jugak media sosial ni dalam menjadi orang tengah kepada sebuah perkahwinan.
[post_ads]

Antara Artis Malaysia Yang Ke Jinjang Pelamin Melalui Media Sosial

Cinta berputik penyanyi program realiti 

Sejauh Mana Efisyen Media Sosial Dalam Mencari Jodoh
Kisah cinta bekas peserta program realiti nyanyian, Azza atau nama sebenarnya Azariah Suaymi bergelar isteri kepada Alif Ehsan A Rahim, bukan satu keputusan yang mudah buat Azza apatah lagi peribadi wanita itu yang cukup sukar menerima lelaki yang belum dikenalinya.

“Daripada segi pergaulan, saya memang jaga batas diri dan mengelak untuk bertemu dengan lelaki yang tidak saya kenali secara sendirian,” jelasnya.

Mengimbas kembali detik perkenalan, jelas Azza, semuanya berlaku melalui aplikasi BBM (BlackBerry Messanger). Sumber Utusan Online

Menarik: Kes Penceraian Paling Pelik, Suami Terlalu Baik Isteri Jadi 'Bosan'

Cinta pelumba MotoGP negara di muka buku

Sejauh Mana Efisyen Media Sosial Dalam Mencari Jodoh
Perkenalan di media sosial antara pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah, 24, dan suri hatinya Noor Suzana Abdul Manaf nyata telah mengubah persepsi anak muda itu dalam memilih pasangan hidup.

Raut wajah lembut dengan sepasang mata yang redup dimiliki wanita yang kini berusia 24 tahun itu berjaya membuat hati pelumba Monster Yamaha Tech3 itu gundah-gulana.

“Kalau dahulu citarasa saya lebih kepada wanita tidak bertudung dan seksi tetapi sejak terpandang gambar Suzana di media sosial telah membuat hati saya terus terpaut. Dia bertudung tetapi gayanya yang menarik dan mempesona telah membuat hati saya bagai ditarik-tarik untuk terus mengenalinya dengan lebih dekat. Sumber Utusan Online

Sejauh Mana Efisyen Media Sosial Dalam Mencari Jodoh

Media Sosial Mana Yang Sediakan Servis Mencari Pasangan?

Facebook salah satu media yang berpengaruh dalam aktiviti seperti ni

Sejauh Mana Efisyen Media Sosial Dalam Mencari Jodoh
CEO Facebook, Mark Zuckerberg, berkata, ia direka dengan memanfaatkan status berjuta pengguna Fb yang belum berpunya selain bertujuan meningkatkan jumlah masa penggunaan platform media sosial paling popular di dunia itu dalam kalangan netizen.

Kata Zuckerberg, seramai 200 juta pengguna FB melabelkan diri mereka sebagai ‘single’. Dengan itu, dia merasakan sesuatu perlu dilakukan dalam situasi ini. Tambahnya, servis ini dicipta bagi melahirkan hubungan kekasih untuk jangka masa panjang, dan bukannya untuk berseronok.

Kalau digunakan ke jalan yang betul dan selamat, rasanya mereka yang betul-betul bujang dapat bertemu jodoh mereka nanti. Sumber ApaKataOrang

Menarik: Najwa Latif Putus Cinta Punca Badan Berisi

Kesan Buruk Mencari Jodoh Di Media Sosial

Ditipu dan dipergunakan oleh pasangan yang tak dikenali

Sejauh Mana Efisyen Media Sosial Dalam Mencari Jodoh
Kisah viral pemuda Indonesia akan berkahwin dengan kekasihnya namun ternyata ditipu. Kisah pemuda bernama Yusuf mendadak menjadi viral di media sosial. Yusuf telah menjalinkan hubungan selama 2 tahun dengan wanita yang bekerja di Taiwan namun belum pernah bertemu.

Dirinya mempercayai wanita bertudung tersebut dan menjalani hubungan jarak jauh. Dari foto yang dilihatnya di Facebook, wanita tersebut memiliki wajah yang cantik.

"Pernah ngasih foto, pernah kita mau deket nikah ini sebelumnya hanya telepon suara, itu juga mau (ngirim foto) karena aku paksa, ada unsur paksaan". Yusuf juga sering memberikan wang kepada wanita tersebut yang apabila dijumlahkan mencapai 10 juta rupiah (RM2.9k+)

Wang tersebut dipakai oleh sang wanita untuk membeli keperluan sehariannya dan tambang pulang-pergi. "Ada itu minta buat make up atau apa gitu, ya itu katanya buat ongkos pesawat dia gak punya terus aku kasih buat PP (Pulang-Pergi)" ucap Yusuf. Sumber Tribun
[post_ads_2]

Buka peluang berlaku maksiat, curang dan jenayah rogol

Sejauh Mana Efisyen Media Sosial Dalam Mencari Jodoh

Kes rogol dalam kalangan remaja bawah umur dan pelajar sekolah di Kedah adalah disebabkan pergaulan bebas dengan rakan selain mengenali pasangan melalui laman sosial seperti Facebook, WhatsApp, WeChat dan sebagainya.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, kebanyakan kes rogol yang dikesan adalah disebabkan remaja perempuan mudah terikut dan terpengaruh dengan pujuk lelaki yang kemudiannya terjebak dengan seks suka sama.

Zainuddin berkata, bukanlah tugas polis semata-mata untuk membendung kes ini dari terus berlaku, tetapi peranan ibu bapa serta tunjuk ajar dari guru di sekolah mungkin dapat “menyelamatkan” lebih ramai pelajar sama ada mangsa atau si pelaku dari terjebak dengan kes rogol. Sumber Metro

Sejauh Mana Efisyen Media Sosial Dalam Mencari Jodoh

Portal Terbaik Untuk Mencari Jodoh Adalah Di Baituljannah

Pencarian Merupakan Suatu Usaha

Sejauh Mana Efisyen Media Sosial Dalam Mencari Jodoh
Mencari jodoh merupakan sebuah usaha dalam membina masjid. Orang kata, hidup ini tidak boleh bergantung kepada doa semata-mata, malah perlu diikuti dengan usaha yang selari dengan kemampuan. Jika ingin makan, berdoa sahaja tidak cukup kerana makanan tidak akan turun dari langit. 

Oleh itu, berusahalah mencari makanan dan rezeki yang halal dengan bekerja untuk mendapatkan wang dan sebagainya. Jika menunggu ibarat bulan jatuh ke riba, silap haribulan kita sendiri boleh mati kebuluran. Sama juga dengan jodoh. Setiap orang perlu memulakan langkahnya sendiri agar bertemu jodoh yang telah ditentukan Allah. 

Jika salah seorang tidak memulakan langkah, macam mana kita nak memastikan ia akan berkesan. Tidak salah mencuba, walau akhirnya ternyata bukan dia jodoh kita. Mungkin Allah sudah menetapkan seseorang yang lebih baik dan melalui peristiwa itulah kita akan mendapat lebih banyak kekuatan dan pengalaman sebagai pengajaran dalam hidup. Sumber Tzkrh

Menarik: Tiga Pilihan Bila Tukar Domain Name Baru Untuk Blogger 

Kesimpulan

Media sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain memang berpeluang untuk dapat pasangan yang baik, namun harus diingatkan bahawa setiap media internet mempunyai kelemahan tersendiri. Salah satu platform terbaik untuk mencari jodoh di internet ialah Baituljannah. Bina profil di Baituljannah, sebuah laman web cari jodoh muslim yang membuka peluang untuk anda bertemu calon pasangan sejati yang dicari. Lawat Baituljannah.  

Tekan [Home ##home##] untuk kembali ke laman utama. 

COMMENTS

BLOGGER: 22
  1. bagi akak media sosial ni ada baik dan buruknya, itu semua terpulang pada diri kita sendiri, akak suka sebab dari fb akak jumpa kawan2 lama akak masa sekolah, masa kt U dulu yang dh terputus hubungan. Dari Fb kita boleh tahu dan tengok pasal kawan2 dan saudara mara kita... itu antara yg baik bg akak

    habis tu anwar dah daftar belum kt baituljannah? hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye betol media sosial ada baik ada buruk nya.. media sosial jugak yang banyak naikkan traffik blog saya hehehe...

      saya dah daftar baituljannah, tak tahu la dapat jodoh macam mane heeee...

      Padam
  2. Balasan
    1. terima kasih sudi follow, sekarang jugak saya follow back tuan..

      Padam
  3. memang ada baik buruknya. yang penting kena sentiasa hati-hati dan waspada mengenali org lasing di media sosial

    BalasPadam
    Balasan
    1. betol tu mama... orang asing boleh menyamar jadi macam-macam.. siapa tahu bahaya menanti kan.

      Padam
  4. JODOH DIPERTEMUKAN ALLAH TAK KIRA DI MANA

    BalasPadam
  5. Kesimpulannya semua terletak pada individu tu sndiri. Social media hanyalah platform sahaja. Tak dinafikan ramai jugak org sekeliling kenal pasangan masing2 bermula dari laman sosial hehe termasuk lah yg bercakap ni. Cumanya belum pasti ke jinjang pelamin ke tak.. harap2 ke situ lah destinasi kami huhuhu kanda dah kahwin ke belum??

    BalasPadam
  6. Kalau dah jodoh tak kemana orang kata tapi kalau jodoh daripada media sosial ni agak skeptikal sikitlah. But in the end, macam Ain cakap, berbalik pada individu. Kalau jujur dan ikhlas memang niat nak cari jodoh, insyaAllah dipermudahkan. Gitew XD

    BalasPadam
  7. Mrs. A agak skeptikal sikit dengan mencari jodoh dari media sosial ni.
    Syukurlah dan bertemu jodoh tapi kalau anak-anak nanti Mrs. A memang tak galakkan kot.
    Nasiblah ko anak-anak dapat ibu kolot hahahaa...

    BalasPadam
  8. saya Perdah daftar portal baituljannah tu dulu . Lepas tu tak pandai guna macam mana terus biar je. Hahahahah ,Tapi one of my friend jumpa jodoh dekat baituljannah tu . Alhamdulillah dah selamat mendirikan rumah tangga sekarang . Nasihat dia , dalam portal baituljannah tu orang yang betul-betul serious Je boleh sign up . Kalau nak main-main lupakan je la .

    BalasPadam
  9. Ada pro dan kontranya. yang penting kena berhati2 dan gunakan saluran yang betul

    BalasPadam
  10. Ramai juga rakan-rakan Zumal yang bertemu jodoh dari FB. Alhamdulillah kekal. Lagi pun media sosial ni percuma digunakan.

    BalasPadam
  11. kena hati2 juga sbb media social ni ada pro and cons dia.

    BalasPadam
  12. Salam rabu. tak minat sgt cari jodoh melalui media sosial ni. lebih baik mintak mak ayah carikan.

    BalasPadam
  13. kena hati2 bila berkenalan di media sosial ni...tapi ada juga yang betul2 boleh jadi jodoh kita, macam saya dan suami...berkenalan di blog, ke FB, ke YM kemudian ke jinjang pelamin..hihihihi

    BalasPadam
  14. Laman sosial ni ada baik & buruknya.. terpulang pada individu.. yg penting tahu batas2.. dlm soal cari jodoh/bertemu jodoh dr laman sosial pun ada pro & cont.. klu betul2 jujur, niat yg betul utk membina rumahtangga, its ok..cuma pastikan dan selidik betul2 sblm menjalin apa2 hubungan.. hehe..

    BalasPadam
  15. usaha tangga kejayaan..

    potensi untuk dapat jodoh di media sosial tinggi kerana pilihan yang banyak ...add friend sehingga 5K

    kalau tak pun guna sistem page..lagi ramai calon.

    persoalanya adakah kita berkenan

    BalasPadam
  16. it can be good and it might as well be bad. who knows

    BalasPadam
  17. dengan adanya media sosial memang memudahkan bertemu jodoh. tapi itulah kena berhati hati juga. tapi kalau jodoh kuat dan itulah jalannya, itulah jodoh namanya

    BalasPadam

/fa-instagram/ Recent Instagram Post

Nama

Agama,3,Agong,5,Android,5,Anime,1,Artikel,2,Berita,6,Bisnes,3,Blog Tips,3,Bola Sepak,1,Cari Jodoh,1,Disney,1,Event,4,Facebook,6,Fakta,8,Food,1,Frozen,1,Galleri,9,Game,1,Gaya Hidup,9,Google,2,Hanoi,1,Hiburan,11,Horror,2,Huawei,2,Hubungan Diplomatik,2,Indonesia,2,Instagram,5,IOS,3,Istana Negara,2,Johor,2,Kedah,1,Kelantan,1,Kesihatan,4,Kuantan,3,Malaysia,9,Marvel,1,Mercu Tanda,4,Mesir,1,Movie,5,Mufti Pahang,1,Muzik,2,Pelancongan,4,Penceraian,2,Perkahwinan,3,Photoshop,3,Premiere,1,Raja Permaisuri,2,Sahabat,1,Samsung,3,Selebriti,4,Shop,4,Smart-Phone,12,Soal Hati,4,Spotify,1,Sukan,1,Sultan Kelantan,1,Teknologi,11,Telegram,1,Travel,4,Trivia,1,Tular,4,Tun Mahathir,2,Turki,1,Tutorial,6,Twitter,4,Vietnam,1,WhatsApp,4,Woman,4,YouTube,3,
ltr
item
Anwar Zakuwan .Com: Sejauh Mana Efisyen Media Sosial Dalam Mencari Jodoh
Sejauh Mana Efisyen Media Sosial Dalam Mencari Jodoh
Macam mana nak tahu efisyen atau tak senang je, kalau berhubungan dalam media sosial mampu bawa sampai ke jinjang pelamin maksudnya efisyen dan bagus la platform mencari jodoh dalam media sosial ni. Sebabnya berkahwin adalah objektif semua pasangan berkenalan dalam laman media sosial.
https://cdn.pixabay.com/photo/2014/11/13/17/04/heart-529607_960_720.jpg
Anwar Zakuwan .Com
https://www.anwarzakuwan.com/2019/09/sejauh-mana-efisyen-media-sosial-dalam.html
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/2019/09/sejauh-mana-efisyen-media-sosial-dalam.html
true
6411884237974842672
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy