Movie Review - IT Chapter Two | Best Horror Movie 2019 - MUST WATCH

A ssalamualaikum hai guyz. Apa khabar korang hari ni? Semoga sihat sejahtera. Alhamdulillah semalam dah selesai exam untuk sem last, harap...

Movie Review - IT Chapter Two | Best Horror Movie 2019 - MUST WATCH
Assalamualaikum hai guyz. Apa khabar korang hari ni? Semoga sihat sejahtera. Alhamdulillah semalam dah selesai exam untuk sem last, harap-harap dapat keputusan yang terbaik. Dan akhirnya dapat jugak harini melepaskan rindu untuk membebel dalam blog. Hehehe...

Terima kasih kepada korang yang sudi singgah blog ni walaupon beberapa hari tak bukak, sory guyz biasa la busy sikit. Jadi hari ni saya nak kongsi sikit review tentang movie IT Chapter Two. Kepada korang yang dah tonton Chapter pertama dulu, movie sequel ni sangat best untuk ditonton.

Final trailer kat bawah. Jemput subs channel Youtube saya ye...

Movie Review - IT Chapter Two | Best Horror Movie 2019

IT Chapter 2 Akan Berada di Pawagam 5 Sept 2019

Movie Review - IT Chapter Two | Best Horror Movie 2019 - MUST WATCH

Badut ni memang tak pernah tak seram

Itu la dia badut sarkas tu. Badut ni tak tahu kenapa tapi memang dari movie yang lepas lagi membuatkan ramai ketakutan, termasuk la diri saya sendiri. Saya sendiri pon sebenarnya termasuk dalam geng-geng yang ketakutan bila tengok Pennywise berjoget badut, dengar suara dia panggil-panggil "Georgie", dan senyum lebar dia... Huuu sambil menaip pon terbayang muka dia.

Kesimpulan ringkas dari filem pertama

Dalam IT, kemunculan pertama Pennywise dekat saluran air tepi jalan bila dia kutip adik Bill (Georgie) yang tenggelam bila nak dapatkan semula paper boat dia. Perkara malang tu membuatkan beberapa orang budak sekolah menubuhkan kumpulan Loser Club, yang mana kelab tu mencari semula Georgie, selamatkan kawan-kawan yang lain seperti Beverly, dan cubaan membunuh Pennywise. Filem IT yang pertama berakhir bila Ben menyedari Pennywise masih belum mati.

Mereka berjanji untuk taat setia kepada kelab ni, dan berikrar untuk kembali semula selepas 27 tahun, untuk bersama-sama membunuh Pennywise sekali lagi bila makhluk tu muncul semula.

Sekarang, sequel dah tiba. Ahli setia kelab Loser Club telah bersatu semula di tempat asal mereka untuk mencari Pennywise dan melaksanakan janji mereka. Seram ke tak IT Chapter 2, korang yang tentukan...

Movie Review - IT Chapter Two | Best Horror Movie 2019 - MUST WATCH

Menarik di sini : I Want To Eat Your Pancreas, Kenapa Movie Ni Wajib Ditonton

Apa Yang Kalian Jumpa Dalam Sequel Kali Ni 

Kadang-kadang memori lama buat kita susah move on

Movie Review - IT Chapter Two | Best Horror Movie 2019 - MUST WATCH

Di dalam sequel, Pennywise menjadi lebih penyabar dan semakin bijak. Dengan meng-eksploitasi pelbagai memori yang terpendam, dia dapat banyak kesempatan keatas Loser Club. Semacam klise, tapi itulah yang filem tu mahukan daripada penonton sebenarnya. Tak sepatutnya kita membuang memori dan kenangan yang kita ada, semua orang sepatutnya menerima ketentuan yang berlaku dalam hidup kita.

Tu adalah pendapat saya, merupakan tema yang cuba diaplikasikan dan diterokai oleh beberapa maklumat terbaru yang penonton boleh dapatkan daripada memori dan pengakhiran Richie (Bill Hader)

Menarik : Avatar Bukan Lagi Filen No1 Terlaris - Evengers Endgame No1

Filem yang penuh dengan emosi 

Bersedialah korang nak hadap emosi masing-masing. Hampir kesemua kejutan yang dilakukan diakhiri sama ada dengan gurauan Richie ataupun korang terpaksa tengok mandian darah. Bagi saya, saya tak suka sangat tengok darah-darah ni semua. Dan sesetengah penonton akan rasa sedikit tertekan dan saspen dengan elemen seram oleh persembahan psyco dari Bill Skarsgard. Dan macam biasa nanti akan ada adegan menyeramkan dengan efek CGI dan sebagainya.

Movie Review - IT Chapter Two | Best Horror Movie 2019 - MUST WATCH

Sedikit Maklumat Disebalik Tabir Mengenai Filem Ni 

Director: Andy Muschietti
Writers: Gary Dauberman (screenplay by), Stephen King (based on the novel by)
Stars: Jessica Chastain, James McAvoy, Bill Hader


Sumber video dan gambar : It Chapter Two IMDb

Tinggalkan komen dan trace blog kalian kat komen 

Okeyh. Macam tu la serba sedikit tentang movie review kali ni. Tekan [Home ##home##] untuk kembali ke laman utama. Jangan lupa share kepada kawan-kawan korang yang kaki panggung.

Sampai kat sini je dulu tulisan kali ni. Nak jalan-jalan blog korang pulak hehehe...

Tag / Kata kunci untuk post ni:
[Movie] [Hiburan] [Tular] [Horror] [Selebriti] [YouTube]

COMMENTS

BLOGGER: 17
  1. teringin jugak nak tengok IT kedua ni...yang pertama dulu geram jugak la nengoknye...benci badut tu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha same la geram jugak.. Bila muncul je sy tutup mata 😆

      Padam
  2. FILEM MENARIK MESTI RAMAI YG SUKA MENONTONNYA WALAU CITERNYA MENYERAMKAN

    BalasPadam
  3. akak tak pernah tengok cite IT nih, cite pasal pembunuhan yg ngeri2 nih mmg akak tak minat, penat tengok darah banyak2...heheheh

    BalasPadam
  4. tak suka badut !!!! so mmg x penah tgk cite ni since the first one haha

    BalasPadam
  5. Tengok gambar badut tu dah buat Zumal rasa sangat seram tau

    BalasPadam
  6. tak sabar nak tengokkk AAAAA XD

    BalasPadam
  7. okey , sekarang jugak p beli tiket :)

    BalasPadam
  8. movie thriller ke, dengan badut siap.. sungguh akak x suka badut :D

    BalasPadam
  9. badut sepatutnya bg orang happy, tapi kalau badut jahat, mmg jahat sungguh, lps kita sakit hati tengok expressi muka badut..haha..

    kena tgk chapter 1 baru best kan..

    BalasPadam
  10. Nak tengok nti..simpan dulu as wish list.. hehe

    BalasPadam
  11. cerita seram memang saya nak elakkan...

    kalau cerita lucu...boleh on

    BalasPadam
  12. citer seram ni. teringat pulak clown yang super kejam dan seram tu. wahh sequel after 27 tahun ye. tak sabar nak tgk.

    BalasPadam
  13. IT yang pertama pun tak tonton lagi ni. Tapi, cerita stephen king memang majoritinya best. Tengok video tu, tak suka dengar gelak badut tu. Buat teringat aje. Menyesal pula buka tadi. Hahaha.

    BalasPadam
  14. Dulu dah tengok cerita ni masa tahun 1990an dulu.. memang elok cerita ni dibrandingkan semula. Best.

    BalasPadam
  15. IT yang 1st pun takut2 nak tengok. berkali2 jugak ulangnya baru boleh tangkap cerita penuh. IT yang kedua ni tak tahu la camne. kena kumpul kekuatan dulu nak menengoknya. haha

    BalasPadam
  16. huhu sakit perut lah tgk citer macam ni

    BalasPadam

/fa-instagram/ Recent Instagram Post

Nama

Agama,3,Agong,5,Android,5,Anime,1,Artikel,2,Berita,6,Bisnes,3,Blog Tips,3,Bola Sepak,1,Cari Jodoh,1,Disney,1,Event,4,Facebook,6,Fakta,8,Food,1,Frozen,1,Galleri,9,Game,1,Gaya Hidup,9,Google,2,Hanoi,1,Hiburan,11,Horror,2,Huawei,2,Hubungan Diplomatik,2,Indonesia,2,Instagram,5,IOS,3,Istana Negara,2,Johor,2,Kedah,1,Kelantan,1,Kesihatan,4,Kuantan,3,Malaysia,9,Marvel,1,Mercu Tanda,4,Mesir,1,Movie,5,Mufti Pahang,1,Muzik,2,Pelancongan,4,Penceraian,2,Perkahwinan,3,Photoshop,3,Premiere,1,Raja Permaisuri,2,Sahabat,1,Samsung,3,Selebriti,4,Shop,4,Smart-Phone,12,Soal Hati,4,Spotify,1,Sukan,1,Sultan Kelantan,1,Teknologi,11,Telegram,1,Travel,4,Trivia,1,Tular,4,Tun Mahathir,2,Turki,1,Tutorial,6,Twitter,4,Vietnam,1,WhatsApp,4,Woman,4,YouTube,3,
ltr
item
Anwar Zakuwan .Com: Movie Review - IT Chapter Two | Best Horror Movie 2019 - MUST WATCH
Movie Review - IT Chapter Two | Best Horror Movie 2019 - MUST WATCH
https://1.bp.blogspot.com/-EUTTCzqa3BI/XXA2_EmOHrI/AAAAAAAALuE/Ag7jHIuLTSYHlUJriNVf5pCc9XfipjucwCLcBGAs/s320/Template%2BGambar.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-EUTTCzqa3BI/XXA2_EmOHrI/AAAAAAAALuE/Ag7jHIuLTSYHlUJriNVf5pCc9XfipjucwCLcBGAs/s72-c/Template%2BGambar.jpg
Anwar Zakuwan .Com
https://www.anwarzakuwan.com/2019/09/movie-review-it-chapter-two-best-horror-movie-2019-must-watch.html
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/2019/09/movie-review-it-chapter-two-best-horror-movie-2019-must-watch.html
true
6411884237974842672
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy