Kemangkatan Sultan Ismail Petra - Sultan of Kelantan

Semalam kita dikejutkan dengan berita sedih pemergiaan DYMM Sultan Ismail Petra iaitu ayahanda kepada Sultan Muhammad V. Pemergiaan beliau sangat dirasai oleh rakyat Kelantan terutamanya.

Kemangkatan Sultan Ismail Petra - Sultan of Kelantan
Assalamualaikum semua. Semalam kita dikejutkan dengan berita sedih pemergiaan DYMM Sultan Ismail Petra iaitu ayahanda kepada Sultan Muhammad V. Pemergiaan beliau sangat dirasai oleh rakyat Kelantan terutamanya, kerana beliau merupakan seorang raja yang banyak mencemar duli bertemu rakyat jelata dan rakyat Kelantan juga sangat menyayangi beliau.
[post_ads]

Kemangkatan Sultan Ismail Petra - Sultan Kelantan

Kenlantan Cuti Peristiwa Selama Dua Hari

AYAHANDA Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, baginda mangkat pada 8.11 pagi

“Dengan sangat kedukaan dan kemashyuran dilafazkan iaitu Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra yang dihormati dan dikasihi telah mangkat pada jam 8.11 pagi hari ini bersamaan 28 Muharram 1441 Hijrah.

“Oleh itu ketahuilah bahawa dengan perintah titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V adalah ditentukan perkabungan kerana kemangkatan Sultan Ismail iaitu mulai hari ini.

Beliau berkata, untuk istiadat pengebumian, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan akan melakukan perbincangan rasmi selepas ini.

“Bagi menghormati perkabungan, kita juga mengisytiharkan cuti peristiwa selama dua hari bermula esok,” katanya. Sumber HMetro

Menarik: Biodata & Sifat YDPA Al Sultan Abdullah Sultan Of Pahang

Baginda telah gering sejak 2009

Kemangkatan Sultan Ismail Petra - Sultan of Kelantan
Almarhum baginda sebelum ini pernah menerima rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana mengalami strok pada 14 Mei 2009.

Kerajaan Negeri Kelantan melantik 10 pakar perubatan sebagai panel bagi memeriksa tahap kesihatan baginda.

Pada 25 Mei 2009, Sultan Muhammad V, Tengku Muhammad Faris Petra dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan ekoran Sultan Ismail Petra tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri mengikut Perkara 22a (1) (b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan bahagian kedua. Sumber Astro Awani

Agong beri penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ismail Petra

YDPA Al-Sultan Abdullah tiba di Istana Kota Lama bagi memberi penghormatan terakhir

Kemangkatan Sultan Ismail Petra - Sultan of Kelantan

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat tiba di Istana Kota Lama di sini, bagi memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ismail Petra, yang mangkat pada pukul 8.11 pagi ini.

Seri Paduka, yang tiba pada pukul 3.20 petang turut diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di istana berkenaan pada pukul 2.10 petang. Sumber Astro Awani
[post_ads_2]

Kesedihan rakyat Kelantan dikongsi bersama

Kemangkatan Sultan Ismail Petra - Sultan of Kelantan
Istiadat pemakaman jenazah Almarhum Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra selesai jam 7.20 malam tadi di Makam Diraja Langgar di sini.

Solat jenazah diimamkan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad pada jam 4.56 petang yang disertai kerabat diraja, orang kenamaan dan kira-kira 1,000 rakyat jelata.

Terdahulu, orang kenamaan dan rakyat diberi peluang menziarahi Almarhum Sultan Yahya Petra di Istana Balai Besar di sini, selama dua jam bermula 2 petang tadi.

Jenazah Almarhum baginda meninggalkan perkarangan Istana Balai Besar jam 5 petang ke Makam Diraja Langgar dengan pedati yang diiringi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejauh 3.4 kilometer.

Menarik: Biodata & Sifat Raja Permaisuri Agong Ratu Malaysia

Ribuan rakyat jelata yang hadir memberi penghormatan terakhir sepanjang laluan

Kemangkatan Sultan Ismail Petra - Sultan of Kelantan

Berangkat ke istiadat pemakaman yang bermula pada 6.40 petang ialah isteri Almarhum, Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid serta semua anakanda baginda termasuk Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Turut berangkat, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, dan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, menunaikan solat jenazah kepada Almarhum Sultan Ismail Petra di Istana Balai Besar. Sumber Astro Awani

Tekan [Home ##home##] untuk kembali ke laman utama.

COMMENTS

BLOGGER: 14
  1. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un..
    Salam takziah kepada seluruh kerabat Kelantan..

    BalasPadam
  2. innalillahiwainnailaihirojiunn..
    di paragraph atas mungkin boleh diedit di nama Sultan Muhammad tu.. V instead of IV.

    BalasPadam
  3. Al fatihah...takziah kepada kerabat diraja Kelantan turut berdukacita

    BalasPadam
  4. Innalillah... salam takziah buat keluarga diraja.
    Moga Allah mengampuni semua kesalahannya dan menerima semua amal kebaikannya
    done follow #74

    BalasPadam
  5. Salam takziah buat keluarga baginda. Semoga Roh baginda dicucuri Rahmat dan mendapat keampunan dan kasih sayang Allah SWT. Amin.

    BalasPadam
  6. Salam Takziah pada semua warga Kelantan.. satu kehilangan besar pada rakyat..
    Moga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..

    BalasPadam
  7. done follow back.

    sampai masa dah ye.

    BalasPadam
  8. innalillah semoga baginda damai di sana

    BalasPadam
  9. Innalillahiwainnailahirojiun. Salam Takziah buat rakyat Kelantan...

    BalasPadam
  10. salam takziah buat kerabat baginda sultan dan rakyat kelantan...

    BalasPadam

/fa-instagram/ Recent Instagram Post

Nama

Agama,3,Agong,5,Android,5,Anime,1,Artikel,2,Berita,6,Bisnes,3,Blog Tips,3,Bola Sepak,1,Cari Jodoh,1,Disney,1,Event,4,Facebook,6,Fakta,8,Food,1,Frozen,1,Galleri,9,Game,1,Gaya Hidup,9,Google,2,Hanoi,1,Hiburan,11,Horror,2,Huawei,2,Hubungan Diplomatik,2,Indonesia,2,Instagram,5,IOS,3,Istana Negara,2,Johor,2,Kedah,1,Kelantan,1,Kesihatan,4,Kuantan,3,Malaysia,9,Marvel,1,Mercu Tanda,4,Mesir,1,Movie,5,Mufti Pahang,1,Muzik,2,Pelancongan,4,Penceraian,2,Perkahwinan,3,Photoshop,3,Premiere,1,Raja Permaisuri,2,Sahabat,1,Samsung,3,Selebriti,4,Shop,4,Smart-Phone,12,Soal Hati,4,Spotify,1,Sukan,1,Sultan Kelantan,1,Teknologi,11,Telegram,1,Travel,4,Trivia,1,Tular,4,Tun Mahathir,2,Turki,1,Tutorial,6,Twitter,4,Vietnam,1,WhatsApp,4,Woman,4,YouTube,3,
ltr
item
Anwar Zakuwan .Com: Kemangkatan Sultan Ismail Petra - Sultan of Kelantan
Kemangkatan Sultan Ismail Petra - Sultan of Kelantan
Semalam kita dikejutkan dengan berita sedih pemergiaan DYMM Sultan Ismail Petra iaitu ayahanda kepada Sultan Muhammad V. Pemergiaan beliau sangat dirasai oleh rakyat Kelantan terutamanya.
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/sul28_1569644020.jpg
https://i.ytimg.com/vi/Ss8CjpeJFzM/default.jpg
Anwar Zakuwan .Com
https://www.anwarzakuwan.com/2019/09/kemangkatan-sultan-ismail-petra-sultan-kelantan.html
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/2019/09/kemangkatan-sultan-ismail-petra-sultan-kelantan.html
true
6411884237974842672
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy