iPhone 11 Pro Max Review - It's A Bigger iPhone 11 Pro

Dah tengok iPhone 11 Max Pro? Tekan sini kalau nak tengok iPhone 11 Pro Max Review - It's A Bigger iPhone 11 Pro. Jangan lupa share kepada kawan-kawan dan family korang.

iPhone 11 Pro Max Review - It's A Bigger iPhone 11 Pro
Assalamualaikum hai guyz. Apa kabar korang semua harini? Semoga semua sihat sejahtera musim jerebu ni. Banyak kan minum air masak dan jaga kesihatan ya. Harap-harap jerebu kat Malaysia semakin berkurang.

Jadi hari ni saya nak share pasal iPhone 11 Pro Max sempena event pelancaran diorang semalam. Saya tengok kat Youtube event Apple semalam seronok betul dengar pasal model baru kali ni. Kepada fans iPhone mesti tengah kira-kira bajet nak tukar iPhone baru kan.

iPhone 11 Pro Max Review - It's A Bigger iPhone 11 Pro 

Kesimpulan Awal 

iPhone 11 Pro Max Review - It's A Bigger iPhone 11 Pro
Ringkaskan review, Pro Max adalah kembar iPhone 11 Pro yang bersaiz besar. Tapi bukan lah maksudnya spesifikasi yang lain tak bagus...

iPhone 11 Pro Max kali ni memang best, dan sebagai flagship keluaran Apple tahun 2019, korang akan rasa macam betul-betul pro dan puas hati dengan beberapa spesifikasi tambahan lain.
  • [vtab]
    • Spesifikasi positif 
      • Besar, terang, skrin display yang menakjubkan, dan sebelah belakang yang bertekstur selesa dan cantik. IOS terkini dan battery life lebih lama. 
    • Spesifikasi negatif
      • Design yang mirip seakan iPhone XS Max. Keluaran iPhone yang paling mahal pernah wujud. Saiz yang agak besar. 

Related video


Baca juga: Huawei Nova 5T - Smartphone Terlaris di Malaysia

Harga & Tarikh Jualan iPhone 11 Pro Max di Malaysia

Perbandingan harga ketiga-tiga model baru iPhone 

iPhone 11 Pro Max Review - It's A Bigger iPhone 11 Pro
1. iPhone 11
  • 64GB – RM3,399
  • 128GB – RM3,599
  • 256GB – RM4,099
2. iPhone 11 Pro
  • 64GB – RM4,899
  • 256GB – RM5,599
  • 512GB – RM6,499
3. iPhone 11 Pro Max
  • 64GB – RM5,299
  • 256GB – RM5,999
  • 512GB – RM6,899
Perbandingan harga ni dapat jelaskan lagi betapa mahal nya iPhone 11 Pro Max, kalau korang nak iPhone yang paling top boleh lah mula ikat perut dari sekarang. Sumber: Soyacincau

Tarikh mula dijual 

Kalau korang tak sabar nak dapatkan ketiga-tiga model baru ni, Malaysia akan jual secara rasmi pada 27 Sept 2019. Korang boleh buat pre order seminggu lebih awal iaitu pada 20 Sept nanti.

Kamera & Video

Kamera sebagai topik utama perbualan

Kamera iPhone 11 Pro Max adalah antara topik hangat diperbualkan, dengan tambahan sensor ketiga dibahagian kamera utama. Selain tambahan sensor, terdapat pilihan lensa gambar biasa dan ultra wide angle. Fitur ni adalah mirip dengan iPhone 11 Pro yang kecik sikit dari Pro Max. Artificial intelligence (AI) yang sama jugak ada dalam kedua-dua iPhone ni.

Kalau gambar korang snap tak nampak kepala, korang boleh guna sensor ultra wide angle supaya semua bahagian gambar korang dapat snap. Selain tu, night mode jugak lebih baik dari sebelum ni. Korang boleh tengok perbandingan gambar night mode kat bawah.

  • [col]
    • iPhone 11 Pro Max Review - It's A Bigger iPhone 11 Pro
    • iPhone 11 Pro Max Review - It's A Bigger iPhone 11 Pro

Rakaman video yang menakjubkan

Chipset yang ada dalam iPhone 11 Pro Max jugak mampu untuk merakam video yang sangat hebat berformat 4K pada 60fps, dan sangat memuaskan pengguna iPhone bila Apple meletakkan fitur editing video yang boleh digunakan terus melalui peranti mereka.

iPhone 11 Pro Max Review - It's A Bigger iPhone 11 Pro

Boleh rakam dan edit langsung dalam iPhone akhirnya menjadi realiti dengan adanya peranti Pro Max ni. Jadi lepas ni director filem jalanan pon boleh jadikan fitur ni sangat berguna kepada mereka. Kelajuan snap gambar pulak memang sedia maklum, keluaran Apple memang laju dan cantik bila snap gambar dalam semua keadaan.

Baca jugak: 9 Apps Terbaik Untuk Edit Gambar Dalam Smartphone

Design Bentuk & Screen Display

Reka bentuk dan design

iPhone 11 Pro Max Review - It's A Bigger iPhone 11 Pro
Reka bentuk iPhone 11 Pro Max takde yang spesial sangat sebab mirip dengan iPhone 11 Pro. Seolah macam iPhone XS dan XS Max, kedua-dua smartphone ni direka hanya untuk keluar yang lebih besar atau kecil mengikut kepelbagaian keselesaan di tangan pengguna.

Sama macam model tahun 2018, iPhone 11 Pro Max menawarkan metallic rim yang selesa dipegang, glass cover dibelakang, dan lubang speaker dibelah bawah peranti.

Kelainan yang ada pada model kali ni adalah kamera yang timbul sikit. Satu cara untuk merasa selesa bila pegang, nipis, dan licin ditangan sambil memberi ruang kepada sensor kamera untuk dapatkan lebih cahaya dan menjadikan kualiti gambar korang lebih bagus.

Screen display

Skrin iPhone model terbaru kali ni mempunyai teknologi yang sama dengan tahun lepas - OLED yang sama, masih memaparkan gambar yang jelas, ketajaman resolution yang sama, color punchy dan vivid contrast antara terang dan gelap sangat cantik.

iPhone 11 Pro Max Review - It's A Bigger iPhone 11 Pro

Apa yang terbaru ialah Super Retina XDR, yang mana akan buat skrin lebih terang. Korang boleh tonton movies yang support HDR10 dan depth color yang lebih tinggi, dan jugak menjadikan skrin ni sebagai rujukan monitor yang lebih baik untuk merakam video. Korang boleh tonton movie scene yang gelap dengan lebih jelas.

Selain tu, saiz skrin yang lebih besar 6.5 inch. Pendapat saya, kalau korang boleh handle smartphone yang bersaiz besar, korang patut ambil peluang untuk dapatkan iPhone ni. Sebab dia lebih mudah untuk browsing, lebih sharp, dan layar skrin yang lebih baik untuk tonton movie atau main games. Dan pastikan korang dapatkan jugak casing iPhone Pro Max.

Bateri iPhone 11 Pro Max dan iOS 13

iOS 13

iPhone 11 Pro Max Review - It's A Bigger iPhone 11 Pro

Sama macam kembar kecik dia, Pro Max merupakan flagship daripada Apple pada tahun 2019 maksudnya dia memperkenalkan fitur yang terbaik dari iOS 13.

Face ID telah dinaik taraf, sesuai dengan kamera depan yang mempunyai vision yang lebih luas. Kapibiliti untuk main game pulak, iPhone Pro Max mempunyai cipset A13 Bionic bukan cuma cipset yang paling laju dalam mana-mana smartphone, tapi jugak cipset grafik yang paling power.

iPhone 11 Pro Max Review - It's A Bigger iPhone 11 Pro

Bateri iPhone 11 Pro Max 

Soalan yang tertanya-tanya, kalau iOS 13 mampu support game yang grafik tinggi, macam mana bateri iPhone ni boleh support game play yang lama.

Menurut battery life yang Apple lancarkan dalam iPhone 11 Pro Max, Apple menjaja kemampuan cipset A13 Bionic bahawa boleh memanjangkan tempoh penggunaan bateri. Apple klaim tempoh tambahan selama 5 jam berbanding dengan iPhone XS Max, dan juga telah menyediakan fast charger di dalam kotak pembungkusan.

iPhone 11 Pro Max Review - It's A Bigger iPhone 11 Pro

Sebelum ni hanya Samsung dan beberapa smarphone lain dah buat fast charging, jadi selamat datang kepada fast charging oleh Apple. Apple bagitahu lagi, pengecas bateri dari 0% kepada 50% cuma mngambil masa 30 minit sahaja dengan menggunakan adapter 18W, tinggi betul kan haha...

Tambahan lagi, wireless charging dah ditawarkan, maksudnya korang dah tak perlu untuk cucuk plug untuk dapatkan beberapa percentage bateri. iPhone 11 Pro Max secara tak langsung mempunyai tempoh penggunaan bateri yang lebih lama berbanding si kembar kecik iPhone 11 Pro. Tahniah kepada model ni yang mempunyai ruang fizikal yang lebih besar, lebih ruang = lebih mAh.

Baca jugak: 6 Perkara Samsung DIAMKAN Diri Semasa Pelancaran Note 10 & Note 10+

Kesimpulan

Kalau korang cuma nak yang terbaik buat iPhone korang, dari segi bateri dan prestasi jadi iPhone 11 Pro Max sangat sesuai untuk korang.

Lagi maklumat tambahan

  • Weight: 226g
  • Dimensions: 158 x 77.8 x 8.1mm
  • OS: iOS 13
  • Screen size: 6.5-inch
  • Resolution: 2688 x 1242
  • CPU: A13 Bionic
  • Storage: 64/256/512GB
  • Battery:  5 hours longer than XS Max
  • Rear camera: 12MP + 12MP + 12MP
  • Front camera: 12MP
  • Waterproof: IP68
  • Headphone jack: No
Sumber: Tachradar

Semoga maklumat kat sini dapat bantu korang nak buat pilihan tukar smartphone baru. Tekan [Home ##home##] untuk kembali ke laman utama.

Tag/Kata kunci :
[IOS] [Samsung] [Smart-Phone] [Teknologi] 

COMMENTS

BLOGGER: 16
  1. mujur la i bukan peminat iphone . Kalau tak mesti dah tengah gelabah sekarang nak cari duit tukar hp . haha

    BalasPadam
  2. fuhhh mmg sangat menarik semua tp harga dia tuh... mmg sebulan gaji oiiiii
    nasibla akak bukan pengguna iphone... kita mampu terjakun dengan semua ciri2 yg dia ada tp tak la terjakun nk memilikinya...

    BalasPadam
  3. OMG HAHAHAHA Kita baru je pakai iphone 6 dia dh keluar yg baru.. tapi apapun ikut kemampuan masing2 yedakk :)

    BalasPadam
  4. umangai harga dia..mujurlah suami ammi memang tak izinkan ammi beli "Apple".

    BalasPadam
  5. p/s menjawab pertanyaan... blog sy xde masalah 403 tu. cuma bla sy BW blog2 lain, sy xdpt nk msk. sy xtau sm ada diorg private kn blog or tukar url or dah 'godek' something kt html code smpi menyebabkn blogger x boleh nk access/BW. hanya owner blog je yg boleh selesaikn masalah ni. tu pn kalu diorg aware laa knape dia up entry, tp xde org dtg komen

    BalasPadam
  6. Wow, sungguh menggoda iPhone 11 ni. Tapi apakan daya hanya mampu tengok...

    BalasPadam
  7. saya akan beli telefon mahal tetapi saya beli dengan impian..

    orang kaya...impian bisa menjadi kenyataan..

    aamiin

    BalasPadam
  8. Travel ke Krabi kami bawa Iphone X dan Note 9 pun sudah mencukupi utk rakam video, zmn sekarang dah tak payah bawa mirrorless sgt kalau travel jauh...iphone memang gambar sharp dan sgt natural. Suka pinjam iphone X suami utk capture gambar, natural view!

    BalasPadam
  9. nasib ain bukan penggemar iphone. tp cantik betul dia keluarkan design color. geram tgok hahaa


    blogwalking sini ya dari https://theathra.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. Tak sabar nak guna iPhone balik, unbeatable in my opinion T-T

    BalasPadam
  11. Aduhaiiiiii..bergenang air mata tengok harga dia. bilalah ada rezeki dapat upgrade ni. terbaik lah dia punya features baru ni

    BalasPadam
  12. Cheaper pun still mahal :')

    BalasPadam
  13. Fuh! Harga berapi-api.nsb bkn fan apple, if tak, tak tidur mlm ngenang 😉😉😉

    BalasPadam
  14. entah nape akak pon bukan iphone lover ,, tapi tengok ke harga luruh jantung ni huu

    BalasPadam
  15. mama tak pandai guna iphone huhu

    BalasPadam

/fa-instagram/ Recent Instagram Post

Nama

Agama,3,Agong,5,Android,5,Anime,1,Artikel,2,Berita,6,Bisnes,3,Blog Tips,3,Bola Sepak,1,Cari Jodoh,1,Disney,1,Event,4,Facebook,6,Fakta,8,Food,1,Frozen,1,Galleri,9,Game,1,Gaya Hidup,9,Google,2,Hanoi,1,Hiburan,11,Horror,2,Huawei,2,Hubungan Diplomatik,2,Indonesia,2,Instagram,5,IOS,3,Istana Negara,2,Johor,2,Kedah,1,Kelantan,1,Kesihatan,4,Kuantan,3,Malaysia,9,Marvel,1,Mercu Tanda,4,Mesir,1,Movie,5,Mufti Pahang,1,Muzik,2,Pelancongan,4,Penceraian,2,Perkahwinan,3,Photoshop,3,Premiere,1,Raja Permaisuri,2,Sahabat,1,Samsung,3,Selebriti,4,Shop,4,Smart-Phone,12,Soal Hati,4,Spotify,1,Sukan,1,Sultan Kelantan,1,Teknologi,11,Telegram,1,Travel,4,Trivia,1,Tular,4,Tun Mahathir,2,Turki,1,Tutorial,6,Twitter,4,Vietnam,1,WhatsApp,4,Woman,4,YouTube,3,
ltr
item
Anwar Zakuwan .Com: iPhone 11 Pro Max Review - It's A Bigger iPhone 11 Pro
iPhone 11 Pro Max Review - It's A Bigger iPhone 11 Pro
Dah tengok iPhone 11 Max Pro? Tekan sini kalau nak tengok iPhone 11 Pro Max Review - It's A Bigger iPhone 11 Pro. Jangan lupa share kepada kawan-kawan dan family korang.
https://1.bp.blogspot.com/-yWrWNUNtWjo/XXlGKY0uH8I/AAAAAAAALwk/NB1cQYX6MlY3TrOelw4DFMTwu3cGZY-fQCNcBGAsYHQ/s320/Template%2BGambar.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-yWrWNUNtWjo/XXlGKY0uH8I/AAAAAAAALwk/NB1cQYX6MlY3TrOelw4DFMTwu3cGZY-fQCNcBGAsYHQ/s72-c/Template%2BGambar.jpg
Anwar Zakuwan .Com
https://www.anwarzakuwan.com/2019/09/iphone-11-pro-max-review-its-a-bigger-iphone-11-pro.html
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/2019/09/iphone-11-pro-max-review-its-a-bigger-iphone-11-pro.html
true
6411884237974842672
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy