Ini Rupanya Muka Sebenar Pelakon Seram, Boleh Tahan... | HIBURAN

Korang pernah tengok muka sebenar pelakon hantu? Ini Rupanya Muka Sebenar Pelakon Seram, Boleh Tahan... | HIBURAN. Jangan lupa share kepada kawan-kawan...

Ini Rupanya Muka Sebenar Pelakon Seram, Boleh Tahan... | HIBURAN
Assalamualaikum hai guyz. Korang apa kabar harini? Semoga sihat sejahtera semuanya Insya Allah. Sebenarnya hari ni, saya layan-layan movie hantu, lepas tu ada kawan suggest cerita ni cerita ni cerita ni then, saya dapat idea. Apa kata saya tulis satu artikel pasal muka sebenar pelakon cerita seram hantu-hantu ni. Humm bunyi macam menarik.

So, saya pon google la beberapa sumber untuk cari pelakon-pelakon sebenar disebalik muka seram diorang dalam filem-filem tu. Jadi blog kali ni adalah compile dari wikipedia pelakon-pelakon tu semua. Agak-agak muka real life diorang seram macam dalam movie tak???

Ini Rupanya Muka Sebenar Pelakon Seram, Boleh Tahan...

Bagi Saya Ada Antara Mereka Yang Muka Tanpa Mekap Pon Seram

Tapi kalau cakap muka diorang memang sesuai jadi hantu macam ehh kau kutuk muka aku eah? Bukan kutuk... Saya cuma jujur je memang nampak seram jugak walaupon tanpa mekap semua hahaha. Tapi dalam ada jugak yang cantik ayu comel in real life diorang ni. Jom kita tengok satu persatu muka sebenar pelakon seram...

Menarik disini : Neelofa Dijangkiti Influenza A Kuarantin Di Hospital

Beberapa orang pelakon mengikut filem yang saya pernah tonton

1. Valak - Bonnie Aarons | The Conjuring 2 (2016)

Ini Rupanya Muka Sebenar Pelakon Seram, Boleh Tahan... | HIBURAN

Kerana penampilan pelakon wanita ni yang menarik perhatian, beliau seringkali menerima pelbagai jenis watak lakonan. Pelakon watak Valak ni terlahpon membintangi filem seram dan komedi. Peranan belian memainkan watak setan Valak akhirnya membuatkannya terkenal.

Bagi pendapat saya, hidung dia mancung sangat nampak macam seram sikit. Sumber gambar dari Brightside.

2. Pennywise si badut hantu - Bill Skarsgard | IT (2017) & IT Chapter 2 (2019)

Ini Rupanya Muka Sebenar Pelakon Seram, Boleh Tahan... | HIBURAN

Ni dia yang jadi pelakon Pennywise yang saya tulis artikel semalam. Biasa je muka dia kalau tak jadi badut jahat. Bill ni jugak ada belakon dalam movie The Divergent Series: Allegiant dan Anna Karenina, tapi dia jadi gila famous dengan watak Pennywise badut tu.

Takde la seram muka dia kan kalau tak pakai mekap, cuma bakat lakonan dia memang hebat. Sumber gambar dari Brightside.

Menarik disini : Review Movie IT Chapter 2

3. Samara - Bonnie Morgan | Rings (2016)

Ini Rupanya Muka Sebenar Pelakon Seram, Boleh Tahan... | HIBURAN

Pelakon wanita Bonnie Morgan merupakan ahli gimnast, jadi kalau korang nak lawan posing dia macam dalam gambar ni tak boleh la. Sebagai bekas gimnast, bagi beliau memang senang nak pose macam watak Samara dalam filem Rings. Menariknya, dia jugak merupakan stunt person dalam skenario Hideo Nakata. Hebat kan.

P/s : kalau korang nak cuba pose macam tu jangan smpai tergeliat pinggang pulak ye. Sumber gambar dari Brightside.

4. Michelle Crane - Danielle Bisutti | Insidious Chapter 2 (2013)

Ini Rupanya Muka Sebenar Pelakon Seram, Boleh Tahan... | HIBURAN

Pelakon wanita Amerika ni membintangi pelbagai drama TV seperti Cold Case, The O.C dan Bones. Dia jugak membintangi lebih 40 filem. Dan sekarang masih lagi berterusan memainkan watak filem dan menulis lagu.

Cantik kan, nmpak macam muda lagi. Umur sebenar saya pon tak pasti. Sumber gambar dari Brightside.

5. Zombie - Xan Angelovich | The Walking Dead (2010)

Ini Rupanya Muka Sebenar Pelakon Seram, Boleh Tahan... | HIBURAN

Pelakon cantik ni memainkan watak sebagai zombie dalam siri The Walking Dead, kalau tak silap siri The Walking Dead ni ada 7 season saya layan dulu-dulu. Masa tu tak kenal pon zombie yang satu ni sebenarnya cantik.

Untung kan awal-awal belakon jadi buruk sekarang pulak jadi model sepenuh masa. Gambar sumber dari Brightside.

Menarik disini : Avatar Bukan Lagi Filem No1 Terlaris, Avenger Endgame No1

6. Bride in Black - Tom Fitzpatrick | Insidious Chapter 3 (2015)

Ini Rupanya Muka Sebenar Pelakon Seram, Boleh Tahan... | HIBURAN

Tom Fitzpatrick ialah pemain watak yang sangat menyeramkan dalam filem Insidious Chapter 3. Tak sangka yang mainkan watak ni adalah seorang lelaki berumur. Tapi watak dia ni memang menjadi. Bukan dalam chapter 3 je, dalam Insidious Chapter 2 pon dah ada keluar watak lelaki ni.

Mula-mula saya tengok movie ni jadi seram sejuk nak pergi tandas sorang-sorang. Memang berbakat Tom ni hehe. Sumber gambar dari Brightside.

7. Kayako - Takako Fuji | The Grudge (2004)

Ini Rupanya Muka Sebenar Pelakon Seram, Boleh Tahan... | HIBURAN

Takako Fuji merupakan pelakon Jepun yang dikenali ramai oleh watak beliau sebagai hantu yang penuh dendam Kayako Saeki di dalam The Grudge. Seorang yang sangat ramah dan periang, berbeza dengan watak lakonan hantu beliau suka mencari mangsa.

Terbayang-bayang kalau dia nak merangkak naik tangga lagi hehe. Sumber gambar dari Bored Panda.

8. Toshio - Yuya Ozeki | Ju-On (2002)

Ini Rupanya Muka Sebenar Pelakon Seram, Boleh Tahan... | HIBURAN

Yuya Ozeki seorang remaja berumur 23 tahun sekarang ni. Pernah dulu famous dengan cerita hantu dari Jepun Ju-On yang merangkak keluar dari cermin kalau tak silap... Lama sangat dah cerita ni. Zaman saya kecik-kecik dulu.

Seorang yang sangat comel, tak sama langsung dengan dalam movie. Sumber gambar dari Bored Panda.

Trailer menarik disini :

Filem Seram Tempatan Pon Apa Kurangnya Kan

Cukup la tu artis luar negara. Sebagai rakyat yang nasionalism, kita mesti sokong hiburan tempatan hehehe. Sekarang kita tengok pulak artis tempatan yang berlakon watak seram. Korang rasa muka real life atau muka hantu diorang yang lebih sesuai. Jom kita tengok..

1. Hantu berambut panjang- Shahidan Izwan Ali | Munafik 2 (2018)

Ini Rupanya Muka Sebenar Pelakon Seram, Boleh Tahan... | HIBURAN

Rata-rata nitizen tak menyangka bahawa watak hantu bertelekung ni dimainkan oleh sesorang lelaki kacak. Tengok dalam movie boleh tahan buruk solekan dia. Ni la buktinya solekan profesional artis tempatan bukan kaleng-kaleng. Patut kita bagi kredit lebih kepada juru mekap kan...

Filem Munafik arahan Syamsul Yusof mendapat jumlah kutipan sangat tinggi. Majulah hiburan tempatan! Gambar sumber dari Remaja.

2. Hantu Kak Limah - Dalimawati Ismail | Hantu Kak Limah (2013&2018)

Ini Rupanya Muka Sebenar Pelakon Seram, Boleh Tahan... | HIBURAN

Pelakon wanita tempatan ni popular dengan watak Hantu Kak Limah. Filem ni ialah filem komedi seram Malaysia yang mempunyai 3 siri, diarahkan dan ditulis oleh Mamat Khalid dengan Gayatri Su-Lin Pillai. Dalimawati merupakan seorang ibu kepada 5 orang anak. Walaupon lakonan watak hantu, namun dunia sebenar beliau seorang yang lemah lembut dan penyayang.

Pernah sekali ditemu bual, dia meluahkan rasa sedih bila ada budak-budak kecik panggil dia hantu. Kesian... Budak-budak kan, memang terpengaruh dengan cerita hantu.. Sumber gambar dari Astro Awani.

3. Hantu Indonesia bertelekung - Weni Panca | Munafik 2 (2018)

Ini Rupanya Muka Sebenar Pelakon Seram, Boleh Tahan... | HIBURAN

Kalau korang dah tengok movie ni korang akan perasan ada hantu yang suka hasut Ustaz Adam. Suara dengar nyaring-nyaring sikit, lepas tu ada loghat Indonesia lagi. Sebenarnya tu adalah artis yang berasal dari Indonesia. Weni Panca pernah juga berlakon di Malaysia dalam filem seram yang lain.

Cantik kan, kalau macam ni jadi hantu kene rasuk pon takpe. Sumber gambar dari OH Bulan.

4. Pontianak - Maya Karin | Pontianak Harum Sundal Malam (2004)

Ini Rupanya Muka Sebenar Pelakon Seram, Boleh Tahan... | HIBURAN

Pontianak Harum Sundal Malam adalah filem arahan Shuhaimi Baba. Pelakon utama adalah Maya Karin sebagai Maria dan Meriam. Filem ni ade sequel Pontianak Harum Sundal Malam 2. Sape je yang tak kenal Maya Karin ni kan. Cantik dan pandai belakon jadi hantu.

Menarik disini : Kes Penceraian Paling Pelik, Suami Terlalu Baik Isteri Bosan

5. Semua hantu - Nur Fathia | Al-Hijab (2011)

Ini Rupanya Muka Sebenar Pelakon Seram, Boleh Tahan... | HIBURAN

Dalam filem Al-Hijab ni, Fathia melakonkan watak sebagai kekasih kepada Rafael dan juga memegang watak hantu yang Rafael nampak setelah dia buka hijab pandangan. Hijab mata tu (menurut filem ni) adalah untuk menghalang orang biasa untuk lihat makhluk halus. Lepas si Rafael ni buka hijab dia, maka macam-macam la makhluk yang dia boleh nampak...

Ending dia Rafael tak dapat tutup semula hijab sebab makcik yang bukakan untuk dia tu dah meninggal... Lama dah movie ni. Mekap Fathia pon boleh tahan seram kan.

Serba Sedikit Tentang Hiburan Tempatan Malaysia

Hiburan negara kita perlu banyak lagi nak diperbaiki bila dibandingkan dengan media hiburan holiwood. Tapi jangan kita terus pencilkan produk tempatan. Sama-sama kita sokong hasil negara kita walaupon banyak kekurangan, kita sama-sama buat yang terbaik dan perbaiki dari masa ke semasa.

Menarik disini : Najwa Latiff Putus Cinta Punca Berat Badan Naik

Apa pendapat korang tentang makeup seram artis kita?

Walaupon level CGI kita tak sehebat Jepun, tapi bagi saya hebat jugak filem-filem kita kan... Semuanya hasil bakat dan usaha pelakon tanah air. Walaupon Weni Panca tu asal Indonesia bukan tanah air kita, tapi mungkin sebab saya ada ramai kawan Indonesia, dan banyak tahu pasal Indonesia, lagipon dia berlakon kat Malaysia, kira termasuk sekali lah ye hehe.

Lagipon, bagi saya Indonesia dengan Malaysia ni serumpun. Budaya pon tak jauh berbeza. Betol la game bola Malaysia vs Indonesia baru-baru ni kene baling batu dan macam-macam. Tapi bukan semua Indonesia jahat. Rakyat diorang seramai 90M kan, yang buat rusuhan tu sikit je. Jangan pukul rata semua Indonesia jahat.

Saya tengok berita Indonesia bergaduh Malaysia jadi sedih weh. Sebagai seorang perantauan, Indo dan Malay kat Mesir ni saling tolong menolong. Kami dah jadi macam satu keluarga pon. Humm, semoga Indo dan Malay sentiasa harmoni dan dijauhkan dari sengketa.

Sampai setakat ni dulu artikel kali ni 

Okey gaes. Sampai disini dulu entri kali ni. Esok ada entri baru lagi. Terima kasih kepada pengunjung setia blog AZ.Com sudi singgah-singgah tinggalkan komen dan sebagainya. Nak jalan-jalan dulu ke blog kalian semua.

Tekan [Home ##home##] untuk kembali ke laman utama.

Kata kunci/Tag untuk post ni :
[Hiburan] [Horror] [Indonesia] [Movie] [Selebriti]

COMMENTS

BLOGGER: 16
  1. Tak boleh lawan hantu kita la. Pontianak paling cantik hehehe

    BalasPadam
  2. Pelakon2 yang memainkan watak hantu di Hollywood memang hodoh. Tp di Malaysia, pelakon watak hantu tu memang comel2!

    BalasPadam
  3. JURUMEKAP ARTIS YG BAWA WATAK MMG PRO N KREATIF

    BalasPadam
  4. Toshio paling comel lah. Tak seram tapi comel

    BalasPadam
  5. pandai dia orang mekap muka jadi hantu

    BalasPadam
  6. Nasib baik baca entri ni waktu siang, tapi sungguh pun waktu siang, tetap kena tutup sket gambar hantu dengan sebelah tangan. Hahaha. Tak nak nanti terbayang-bayang. Cerita Malaysia pun semakin ada peningkatannya juga. Filem terbaru nanti dendam pontianak, yang bawa watak pontianak pun cantik juga orangnya.

    BalasPadam
  7. yang penting lakonan mereka hidup..

    BalasPadam
  8. hebat tangan tukang mekap dan pereka costume

    BalasPadam
  9. Kakak saya kerja SFX makeup aritst (MUA), kadang2 dia practice new kind of style tengah2 rumah, nak tercabut nyawa. Kudos to all MUA for all those movies.

    BalasPadam
  10. ju-on tu comel je pelakon nya...

    BalasPadam
  11. seram la jugak tengok muka bertuko jadi hantu sume lol.. makeup artist kita pun tak kurang hebatnya jugakk

    BalasPadam
  12. Salute tuk semua jurumekap, creative tambah lagi dgn plakon2 yg berbakat

    BalasPadam
  13. Ada yang memang seram.. ada yang comel dan cantik.. ohsem mereka ini..
    salam perkenalan.. saya follow sini..

    BalasPadam
  14. cantik dan ensem tapi bila jadi hantu aduyaiii

    BalasPadam
  15. pennywise tu laa bapok ensem..haha
    tp bila jd clown tu, ya ampun,,seram sungguh..

    BalasPadam
  16. mekap diaorang superb .. terbaik!

    BalasPadam

/fa-instagram/ Recent Instagram Post

Nama

Agama,3,Agong,5,Android,5,Anime,1,Artikel,2,Berita,6,Bisnes,3,Blog Tips,3,Bola Sepak,1,Cari Jodoh,1,Disney,1,Event,4,Facebook,6,Fakta,8,Food,1,Frozen,1,Galleri,9,Game,1,Gaya Hidup,9,Google,2,Hanoi,1,Hiburan,11,Horror,2,Huawei,2,Hubungan Diplomatik,2,Indonesia,2,Instagram,5,IOS,3,Istana Negara,2,Johor,2,Kedah,1,Kelantan,1,Kesihatan,4,Kuantan,3,Malaysia,9,Marvel,1,Mercu Tanda,4,Mesir,1,Movie,5,Mufti Pahang,1,Muzik,2,Pelancongan,4,Penceraian,2,Perkahwinan,3,Photoshop,3,Premiere,1,Raja Permaisuri,2,Sahabat,1,Samsung,3,Selebriti,4,Shop,4,Smart-Phone,12,Soal Hati,4,Spotify,1,Sukan,1,Sultan Kelantan,1,Teknologi,11,Telegram,1,Travel,4,Trivia,1,Tular,4,Tun Mahathir,2,Turki,1,Tutorial,6,Twitter,4,Vietnam,1,WhatsApp,4,Woman,4,YouTube,3,
ltr
item
Anwar Zakuwan .Com: Ini Rupanya Muka Sebenar Pelakon Seram, Boleh Tahan... | HIBURAN
Ini Rupanya Muka Sebenar Pelakon Seram, Boleh Tahan... | HIBURAN
Korang pernah tengok muka sebenar pelakon hantu? Ini Rupanya Muka Sebenar Pelakon Seram, Boleh Tahan... | HIBURAN. Jangan lupa share kepada kawan-kawan...
https://1.bp.blogspot.com/-yWuZXUg-AKU/XXK-XmjtuXI/AAAAAAAALuw/ihFW_hythyYjzs7CUs6fYbA05D7F3KqNgCLcBGAs/s320/Template%2BGambar.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-yWuZXUg-AKU/XXK-XmjtuXI/AAAAAAAALuw/ihFW_hythyYjzs7CUs6fYbA05D7F3KqNgCLcBGAs/s72-c/Template%2BGambar.jpg
Anwar Zakuwan .Com
https://www.anwarzakuwan.com/2019/09/ini-rupanya-muka-sebenar-pelakon-seram.html
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/2019/09/ini-rupanya-muka-sebenar-pelakon-seram.html
true
6411884237974842672
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy