Fun Fact About Hanoi & Johor Bahru | Vietnam & Malaysia

Korang dah tahu Fun Fact About Hanoi & Johor Bahru | Vietnam & Malaysia. Jangan lupa share kat kawan-kawan dan family korang yang kaki travel.

Fun Fact About Hanoi & Johor Bahru | Vietnam & Malaysia
Assalamualaikum hai guyz. Apa kabar korang harini? Semoga korang semua sihat sejahtera. Hari ni saya nak berkongsi sikit pasal fun fact tentang Hanoi & Johor Bahru. Takde sebab apa pon, saja-saja share pasal fakta menarik pasal dua bandar ni. Enjoy...

Fun Fact About Hanoi & Johor Bahru | Vietnam & Malaysia

Fakta Menarik Yang Kadang-Kadang Pelik

Kenapa pilih Hanoi dengan Johor Bahru? Saje-saje... Random je ni sambil cari bahan bacaan ringan, saya terbaca la beberapa kisah pasal Hanoi, lepas tu baca pulak beberapa blog pasal Johor Bahru, dan saya rasa seronok kalau kongsi fakta ni dengan korang.

Video slideshow Hanoi & Johor Bahru


Jangan lupa subscribe, like & komen... Untuk mudahkan bacaan saya letak fakta pasal Hanoi dulu kemudian Johor Bahru ye.

Fakta Tentang Hanoi, Vietnam

1. Salah satu daripada ibu negara terlama di dunia

Fun Fact About Hanoi & Johor Bahru | Vietnam & Malaysia

Fakta menarik mengenai Hanoi ialah; ia merupakan salah satu ibu kota purba di dunia yang telah menyambut ulang tahun yang ke 1000 pada tahun 2010 yang lepas. Daripada tahun 1902 hingga 1953, Hanoi telah berkhidmat sebagai ibu kota kepada French Indochina - salah satu daripada hak milik jajahan Perancis yang menguntungkan.

Sampai la sekarang, korang masih lagi boleh nampak hasil seni bina bangunan Perancis di Hanoi. Selain dari seni bina Perancis, beberapa budaya lain korang boleh saksikan dalam kehidupan mereka termasuk lah makanan dan minuman... Sumber Az Local Trip

2. Jambatan Long Bien - Hasil kerja daripada arkitek Perancis

Fun Fact About Hanoi & Johor Bahru | Vietnam & Malaysia

Jambatan Long Bien (Long Bien Bridge) salah satu hasil kejuruteraan terbesar yang dicapai oleh jajahan Perancis di Hanoi. Disiapkan pada 1902, jambatan ni merupakan jambatan yang paling panjang di Asia dengan jarak sejauh 1.68km.

Selain tu, fakta yang lain pula ialah jambatan ni direka oleh jurutera Perancis yang terkenal Alexandre-Gustave Eiffel. Bunyi macam biasa dengar kan? Yup betul. Orang yang sama yang reka Eiffel Tower dekat Paris dan Statue Liberty di USA. Tu dua bangunan tu dia yang reka, dan Jambatan Long Bien ni pulak adalah kebanggaan milik dia di Asia. Sumber Az Local Trip

Menarik: Biodata & Sifat Yang di-Pertuan Agong

3. Mural seramik terbesar di dunia

Fun Fact About Hanoi & Johor Bahru | Vietnam & Malaysia

Hanoi mempunyai mural seramik terbesar di dunia yang tercatat di Guinness World Record. Mural seramik ni mempunyai kepanjangan 4km sepanjang dinding penghadang pengairan sungai Red River.

Idea untuk buat mural ni daripada Nguyen Thu Thuy, seorang jurnalis seni budaya, projek ni bermula dari tahun 2007 dan disiapkan pada tahun 2010. Ianya merupakan sebuah idea untuk mencantikkan dinding penghadang sungai dengan mempamerkan kekayaan seni budaya, sejarah, dan sifat keghairahan Hanoi selama bertahun-tahun.

Fun Fact About Hanoi & Johor Bahru | Vietnam & Malaysia

Lebih dari 600 artis dari Vietnam, luar negara, tukang tangan, bahkan kanak-kanak berkolaborasi bersama-sama menggunakan seramik dan skill seni tangan untuk tukarkan dinding sungai yang bosan ni kepada ciptaan Hanoi yang berwarna-warni. Projek ni disiapkan pada tahun 2010 bertepatan menyambut ulang tahun ibu kota Hanoi yang ke 1000. Sumber Az Local Trip

4. Trafik jem di Hanoi bukan biashe-biashe

Fun Fact About Hanoi & Johor Bahru | Vietnam & Malaysia

Jalan raya di Hanoi memang pada level paling atas, jalan raya diorang memang huru-hara. 7 juta penduduk di Hanoi memiliki 5 juta motosikal. Yup, 5 daripada 7 juta guys bukan biase-biase banyak. Traffik kat sini macam sungai mengalir takkan berhenti melintas lintang-pukang. Takda undang-undang jalan raya yang boleh hentikan motor mencilok, 'signal' merupakan perkataan yang tak wujud dalam kamus Hanoian.

Kat sini ade pepatah yang lucu, 'kalau korang boleh lepas Hanoi punya trafik jem, korang boleh lepas kat jem mana-mana sekali pon'. Kerajaan pon dah ade plan untuk menghalang penggunaan motorsikal pada tahun 2030. Sumber Global Cast Away

Menarik: Movie Review IT Chapter Two

5. Budaya minum kopi telur

Fun Fact About Hanoi & Johor Bahru | Vietnam & Malaysia

Korang minat minum kopi susu? Bukan apa, dekat Hanoi tak ramai yang suka campur susu. Sebaliknya, diorang minum susu dengan telur. Macam mana? diorang campur telur mentah dalam susu sebagai ganti kepada susu.

Menu ni dicipta pada tahun 1946 semasa perang Perancis disebabkan kehabisan susu, dan berkekalan sebagai trademark Hanoi sehingga hari ni. Kopi telur tempatan (ca phe trung) - sangat sangat sangat sedap dan terkenal di Hanoi. Sumber Global Cast Away

Fakta Tentang Johor Bahru, Malaysia

1. Salah seorang ahli keluarga akan bekerja di Singapore

Fun Fact About Hanoi & Johor Bahru | Vietnam & Malaysia

Singapore cuma 30 ke 45 minit dari Johor. Dan gap pertukaran matawang Dolar Singapore dengan Ringgit Malaysia sangat jauh. Perkara ni merupakan keuntungan kepada rakyat Malaysia yang tinggal di Singapore. Ni antara sebab salah satu dari ahli keluarga orang Johor Bahru akan bekerja di Singapore. 

Selain tu, dengan matawang Malaysia yang baru ni, kebanyakan rakyat Singapore sendiri akan pergi ke mall di Johor untuk membeli belah. Sumber Johor Now

Menarik: iPhone 11 Pro Max Review - Its A Bigger iPhone 11 Pro 

2. Rakyat Singapore suka pergi ke Johor Bahru

Fun Fact About Hanoi & Johor Bahru | Vietnam & Malaysia

Singaporean suka singgah ke Johor Bahru lebih-lebih lagi pada hujung minggu untuk enjoy makanan kat sini. Diorang kadang-kadang melawat saudara-mara, pergi shopping mall, dan isi minyak kat pam minyak Johor Bahru. Bcos Malaysia's petrol cheap mah...

Selain dari nampak nombor plate Singapore, korang boleh teka ni rakyat tempatan atau yang datang dari Singapore. Kalau nampak macam pelik je gaya, korang boleh tahu serta-merta ni bukan orang Malaysia. Sebagai contoh, guna tisu untuk cop meja kat tempat makan, goncang kereta kuat-kuat nak bagi ruang untuk lebih petrol dan macam-macam lagi. Sumber World of Buzz 

3. Bandar hutan simpan

Fun Fact About Hanoi & Johor Bahru | Vietnam & Malaysia

Johor mendapat perhatian daripada seluruh Asia dengan impian sebagai bandar hijau dengan flora. Dengan harapan sebagai bandar tanpa kereta dengan aturcara hidup yang sejahtera, kenderaan tak ternampak melintasi kawasan projek bandar hutan hijau ni.

Selain konsep rekaan yang bercita-cita tinggi dan maju, bandar hutan hijau klaim bahawa harga rumah yang ditawarkan hanya akan bernilai satu perempat daripada harga rumah di Singapore. Sumber Star Property

4. Hubungan baik kerajaan Johor dan Pahang

Fun Fact About Hanoi & Johor Bahru | Vietnam & Malaysia

Istana Bukit Serena adalah kediaman rasmi Sultan Johor. Perkahwinan YDP Agong dengan RP Agong dijalankan disini pada tahun 1986 dulu. Kebanyakan orang datang kesini untuk lihat laman diluar dan senibina di sini dengan model mahkota Sultan Johor.

Pahang dan Johor berhubung baik kerana seringkali mengadakan perlawanan polo bersama-sama. Selain itu, RP Agong merupakan adik perempuan Sultan Johor sekarang, ini membuatkan Tengku Mahkota Johor merupakan sepupu kepada Timbalan Sultan Pahang. Gambar The Crazy Tourist

Menarik : Biodata & Sifat Raja Permaisuri Agong

Lagi Seronok Kalau Dapat Travel Ke Hanoi & Johor

Fakta macam ni buat kaki travel lebih tak sabar nak jalan-jalan

Okey tak fakta-fakta kat atas. Ada banyak lagi yang menarik sebenarnya, cuma saya compile kan sikit je dulu. Sebab next time ada lagi pasal dua-dua tempat ni.

Sampai kat sini dulu post kali ni. Tekan [Home ##home##] untuk kembali ke laman utama. Jangan lupa tinggal trace korang ye nak walking-walking jap.

Tag/Keyword untuk post ni:
[Fakta] [Galleri] [Malaysia] [Johor] [Vietnam] [Hanoi] [Mercu Tanda] [Perlancongan] [Travel] 

COMMENTS

BLOGGER: 6
  1. Yaaa i love Johor Bahru!! Hehehehe

    BalasPadam
  2. kopi telur .?? cannot brain macam mana rasa dia . Pernah join explorace masa sekolah dulu kena minum telur mentah + peria yang dah siap blend .5 orang nak habiskan satu cawan tu pun gilir-gilir muntah .

    Yang mural seramik tu cantik sangat but that traffic jam reminds me when i went to bandung last year . Lebih kurang macam tu je , dengan orang bunyikan hon , bawak lalu . Tapi seronok jugak tengok ada budak-budak busking masa traffic light merah .

    BalasPadam
  3. johor kampung ku yang tercinta, menarik jugak fakta tentng hanoi tuh, mmg cantik mural seramic tu tp bab jem melampau tu cemana tu yek? tahun 2030 baru nk setel yek huhuhu .... itu baru plan belum di jalankan lagi

    BalasPadam
  4. JB selalu pegi tapi hanoi bila lah nak pegi

    BalasPadam
  5. Banyak tinggalan sejarah dan keunikan kat Hanoi tu. Teringin nak pergi forest city tu tapi terasa jauh pula nak pergi walaupun orang johor sebab dok utara johor. Itu yang terasa jauh..huhu

    BalasPadam
  6. Tak puas jalan di Johor. Pergi raya puasa hari tu dalam muar dan pagoh jer.

    BalasPadam

/fa-instagram/ Recent Instagram Post

Nama

Agama,3,Agong,5,Android,5,Anime,1,Artikel,2,Berita,6,Bisnes,3,Blog Tips,3,Bola Sepak,1,Cari Jodoh,1,Disney,1,Event,4,Facebook,6,Fakta,8,Food,1,Frozen,1,Galleri,9,Game,1,Gaya Hidup,9,Google,2,Hanoi,1,Hiburan,11,Horror,2,Huawei,2,Hubungan Diplomatik,2,Indonesia,2,Instagram,5,IOS,3,Istana Negara,2,Johor,2,Kedah,1,Kelantan,1,Kesihatan,4,Kuantan,3,Malaysia,9,Marvel,1,Mercu Tanda,4,Mesir,1,Movie,5,Mufti Pahang,1,Muzik,2,Pelancongan,4,Penceraian,2,Perkahwinan,3,Photoshop,3,Premiere,1,Raja Permaisuri,2,Sahabat,1,Samsung,3,Selebriti,4,Shop,4,Smart-Phone,12,Soal Hati,4,Spotify,1,Sukan,1,Sultan Kelantan,1,Teknologi,11,Telegram,1,Travel,4,Trivia,1,Tular,4,Tun Mahathir,2,Turki,1,Tutorial,6,Twitter,4,Vietnam,1,WhatsApp,4,Woman,4,YouTube,3,
ltr
item
Anwar Zakuwan .Com: Fun Fact About Hanoi & Johor Bahru | Vietnam & Malaysia
Fun Fact About Hanoi & Johor Bahru | Vietnam & Malaysia
Korang dah tahu Fun Fact About Hanoi & Johor Bahru | Vietnam & Malaysia. Jangan lupa share kat kawan-kawan dan family korang yang kaki travel.
https://1.bp.blogspot.com/-CinChSgfY1k/XYJ1fjO4n0I/AAAAAAAAL0Y/O-5LTWeHQDcCa-uHwa5STiVZxwaZ5QWJgCNcBGAsYHQ/s320/Template%2BGambar.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-CinChSgfY1k/XYJ1fjO4n0I/AAAAAAAAL0Y/O-5LTWeHQDcCa-uHwa5STiVZxwaZ5QWJgCNcBGAsYHQ/s72-c/Template%2BGambar.jpg
Anwar Zakuwan .Com
https://www.anwarzakuwan.com/2019/09/fun-fact-about-hanoi-johor-bahru-vietnam-malaysia.html
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/2019/09/fun-fact-about-hanoi-johor-bahru-vietnam-malaysia.html
true
6411884237974842672
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy