Biodata & Sifat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah of Pahang

7 Biodata & Sifat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah of Pahang yang korang perlu tahu! Share kepada kawan-kawan korang.

Biodata & Sifat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah of Pahang
Assalamualaikum hai guyz. Apa khabar korang hari ni? Semoga sihat sejahtera selalu. Alhamdulillah hari ni saya produktif, tambah lagi dengan puasa sunat tasua' يوم التسعاء dengan esok insya Allah puasa asyura. Hari ni hangat berita tentang Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Mengurnia Darjah Kebesaran dan Pingat Persekutuan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Korang mesti dah terbiasa dengan artikel pasal Agong dengan Raja Permaisuri yang banyak mencemar duli dan berjiwa rakyat. Jadi, untuk entri hari ni saya nak kongsi sikit biodata Yang di-Pertuan Agong kita.

Baca ni juga: Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke 16

Biodata & Sifat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah of Pahang

Saya cuba buat research pasal maklumat-maklumat Agong kali ni. Tapi banyak sangat yang guna perkataan-perkataan bahasa istana yang saya tak berapa nak faham. Jadi kat sini saya ringkaskan je bagi mudah faham sebagai bacaan ringan.

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah

1. Yang di-Pertuan Agong ke 16 dan Sultan Pahang ke 6

Biodata & Sifat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah of Pahang
Baginda telah dilantik pada 11 Januari 2019 untuk menggantikan ayahanda baginda sebagai Sultan Pahang ke-6.

Pada 24 Januari 2019, Majlis Raja-raja telah berkenan memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-16.

2. Diputerakan

Al-Sultan Abdullah telah diputerakan pada hari khamis 30 Julai 1959 di Istana Manggal Tunggal, Pekan, Pahang. Sumber gambar Says.

3. Isteri / Tengku Ampuan 


Al-Sultan Abdullah berkahwin dengan puteri ketiga Sultan Johor, iaitu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada 6 Mac 1986 di Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Johor. Baginda mempunyai enam cahaya mata bersama Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah; empat putera dan dua puteri.

Baginda berkahwin buat kali kedua dengan Cik Puan Julia Rais yang merupakan bekas pelakon Malaysia dan mempunyai tiga cahaya mata; kesemuanya puteri. Sumber Wikipedia

4. Baginda Aktif Dalam Sukan 


Baginda begitu meminati bidang sukan dan ketika di England, baginda mengetuai Pasukan Polo Diraja Pahang dalam perlawanan antarabangsa di Windsor Polo Club, England, seterusnya mengambil bahagian dalam pertandingan di Singapura, Manila, Filipina, Brunei, Argentina, Amerika Syarikat, Sepanyol dan Belgium.

Di Pekan, Baginda menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri dinamakan Pasukan Sri Mahkota Alam dan Baginda juga meminati sukan lain seperti golf, go-kart dan penerbangan ultralight. Sumber BH Online

Baca ni juga: Zikir Berdiri & Goyang Badan Tidak Sesat - Mufti Pahang

5. Baginda Berjiwa Rakyat 


Baginda banyak kali mencemar duli dan turun bertemu rakyat yang kesusahan, antaranya bantu mangsa kemalangan, bantu mangsa rumah terbakar, mangsa banjir, sarapan di kedai nasik lemak, makan KFC, minum kopi di kedai. Selain itu, Baginda juga mempunyai sifat lemah lembut dan penyayang, lebih-lebih lagi kepada Almarhum Ayahanda beliau.

Biodata & Sifat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah of Pahang
Mungkin sifat merendah diri dan sayangkan rakyat jelata yang ada dalam jiwa Al-Sultan diwarisi daripada Almarhum Ayahanda beliau sendiri.

Pernah dulu zaman Almarhum Ayahanda Baginda menangis lepas insiden kematian rakyat Malaysia masa pertahankan Lahad Datu dan Semporna, kemudian Almarhum Ayahanda memberi nasihat kepada rakyat untuk bersatu pertahankan negara.

Masa tu satu Malaysia turut bersedih kalau tak silap... Lama dah kisah ni tapi masih teringat lagi. Sumber gambar Google.

6. Baginda Bertitah Supaya Memperkasakan Tulisan Jawi 

Biodata & Sifat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah of Pahang

Baginda pernah bertitah untuk memperkasakan tulisan jawi sebab tak nak tulisan jawi hilang, lagipon Baginda juga berbangga menjadikan tulisan jawi sebagai budaya. Dan sekarang ni pihak Majlis Perbandaran Pekan dah banyak tukar sign board tepi jalan kepada tulisan jawi.

Penggunaan tulisan jawi sebenarnya dah dilaksanakan oleh Majlis Daerah Pekan (MDP) sejak tahun 2005 lagi, dan sekarang usaha tersebut diperluaskan lagi meliputi segmen-segmen lain di daerah Pekan, seterusnya ke daerah-daerah lain. Sumber : Wan Rosdy

7. Baginda Menasihati Rakyat Supaya Melakukan Aktiviti Keagamaan

Biodata & Sifat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah of Pahang

Baginda sentiasa menggalakkan supaya masjid yang telah dibina oleh Kerajaan digunakan dengan sepenuhnya oleh rakyat jelata.

Selaku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, baginda juga tidak ketinggalan dalam menasihati rakyat supaya sentiasa mengimarahkan masjid dengan melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan untuk faedah dunia dan akhirat. Sumber Says.

Daulat Tuanku! 

Yang last nombo 7 ni saya sengaja letak yang menyentuh hati sikit hehe... Sebab kalau pemimpin yang paling berpengaruh boleh nasihat macam tu, mesti rakyat biasa pon akan patuh taat.

Sampai sini dulu biodata mengenai Agong kita 

Next post nanti ada lagi entri pasal Yang di-Pertuan Agong. Nak rehat jap sambil blogwalking fans Anwar Zakuwan Com yang setia. Tekan [Home ##home##] untuk kembali ke laman utama.

Tag/Kata kunci untuk post ni:
[Agong] [Istana Negara] [Malaysia] [Kuantan] [Mercu Tanda] [Tular] [Fakta]

COMMENTS

BLOGGER: 11
  1. Bangga lahir dekat pahang heheh :3
    And semua puteri-puteri pahang cantikk T-T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bangga kan, sama la turut berbangga dapat Agong yg sangat baik..

      Padam
  2. untung org pahang ada sultan yg baik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah tuah orang kita menumpang juga

      Padam
  3. Daulat Tuanku...
    Agong yg sgt down to earth...

    BalasPadam
  4. Agong kita. Turut berbangga juga dilahirkan di Negeri Pahang yang indah.

    BalasPadam
  5. Sangat suka dengan keperibadian Baginda YDP Agong. Daulat Tuanku !

    BalasPadam
  6. suka tengok baginda YDA dgn permaisuri...down to earth & mesra rakyat,,

    BalasPadam
  7. sebelum jadi agung mmg liez suka sgt dekat YDA dan pemaisuri. sanhgat prohatin dan macam orang biasa je cara layanan dan gaya both of them..

    done follow #57.. salam perkenalan

    BalasPadam
  8. Daulat tuanku. Agong yang paling disayangi rakyat

    BalasPadam
  9. DAULAT TUANKU AGONG BERJIWA RAKYAT

    BalasPadam

/fa-instagram/ Recent Instagram Post

Nama

Agama,3,Agong,5,Android,5,Anime,1,Artikel,2,Berita,6,Bisnes,3,Blog Tips,3,Bola Sepak,1,Cari Jodoh,1,Disney,1,Event,4,Facebook,6,Fakta,8,Food,1,Frozen,1,Galleri,9,Game,1,Gaya Hidup,9,Google,2,Hanoi,1,Hiburan,11,Horror,2,Huawei,2,Hubungan Diplomatik,2,Indonesia,2,Instagram,5,IOS,3,Istana Negara,2,Johor,2,Kedah,1,Kelantan,1,Kesihatan,4,Kuantan,3,Malaysia,9,Marvel,1,Mercu Tanda,4,Mesir,1,Movie,5,Mufti Pahang,1,Muzik,2,Pelancongan,4,Penceraian,2,Perkahwinan,3,Photoshop,3,Premiere,1,Raja Permaisuri,2,Sahabat,1,Samsung,3,Selebriti,4,Shop,4,Smart-Phone,12,Soal Hati,4,Spotify,1,Sukan,1,Sultan Kelantan,1,Teknologi,11,Telegram,1,Travel,4,Trivia,1,Tular,4,Tun Mahathir,2,Turki,1,Tutorial,6,Twitter,4,Vietnam,1,WhatsApp,4,Woman,4,YouTube,3,
ltr
item
Anwar Zakuwan .Com: Biodata & Sifat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah of Pahang
Biodata & Sifat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah of Pahang
7 Biodata & Sifat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah of Pahang yang korang perlu tahu! Share kepada kawan-kawan korang.
https://1.bp.blogspot.com/-mVhOzT1OJ5Y/XXb9tQbRjaI/AAAAAAAALwA/MQ19VUiQqj8rkISBhZPNqv8t68tJcLBrACLcBGAs/s320/Template%2BGambar.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-mVhOzT1OJ5Y/XXb9tQbRjaI/AAAAAAAALwA/MQ19VUiQqj8rkISBhZPNqv8t68tJcLBrACLcBGAs/s72-c/Template%2BGambar.jpg
Anwar Zakuwan .Com
https://www.anwarzakuwan.com/2019/09/biodata-sifat-yang-di-pertuan-agong-2019-al-sultan-abdullah-of-pahang.html
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/2019/09/biodata-sifat-yang-di-pertuan-agong-2019-al-sultan-abdullah-of-pahang.html
true
6411884237974842672
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy