Biodata & Sifat Raja Permaisuri Agong - Ratu Malaysia

Korang dah tahu siapa Permaisuri Agong? Kalau belum jemput tengok Biodata & Sifat Raja Permaisuri Agong - Ratu Malaysia. Jangan lupa share kepada kawan-kawan dan keluarga.

Biodata & Sifat Raja Permaisuri Agong - Ratu Malaysia
Assalamualaikum hai guyz. Apa kabar korang harini? Semoga semua sihat sejahtera selalu Insya Allah. Idea untuk tulis blog pon tak mucul sebenarnya. Cuma semalam saya terfikir, sebab banyak post pasal Twitter Permaisuri Agong, jadi kali ni saya nak share pasal Biodata & Sifat Raja Permaisuri Agong la.

Lagipon, baru-baru ni saya ada kongsikan sikit tentang biodata dan sifat Yang di-Pertuan Agong kita, jadi rasanya tak lengkap pulak kalau tak digandingkan dengan Biodata & Sifat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah kan.

Baca juga: Biodata & Sifat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah of Pahang

Biodata & Sifat Raja Permaisuri Agong - Ratu Malaysia

Raja Permaisuri Agong atau Ratu Malaysia راج ڤرمايسوري اݢوڠ merupakan isteri kepada Yang di-Pertuan Agong. Ia adalah gelaran rasmi bagi isteri ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh ialah "Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong" سري ڤدوک بݢيندا راج ڤرمايسوري اݢوڠ

Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj

1. Raja Permaisuri Agong ke-16 dan Tengku Ampuan Pahang yang ke-5

Biodata & Sifat Raja Permaisuri Agong - Ratu Malaysia
Tunku Hajah Azizah telah bertemu jodoh dengan Tengku Abdullah yang juga merupakan Sultan Pahang yang ke 6. 

Baginda berdua telah melangsungkan perkahwinan pada 6 Mac 1986 di Istana Bukit Serene, Johor Bahru. Selepas mendirikan rumah tangga bersama Tengku Mahkota Pahang ketika itu, Tunku Azizah bergelar sebagai Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Darul Makmur. Sumber Wikipedia

2. Diputerikan

Tunku Hajah Azizah diputerikan pada Hari Jumaat, 5 Ogos 1960 Masihi, bersamaan dengan 11 Safar 1380 Hijrah di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru. Tunku juga merupakan puteri ketiga kepada pasangan Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail bersama isterinya, Enche’ Besar Hajah Kalsom.

KDYMM Tuanku Azizah yang berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini mempunyai empat orang adik-beradik. Kakanda lelakinya kini merupakan Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan Mahmud Iskandar. Sumber Wikipedia

Biodata & Sifat Raja Permaisuri Agong - Ratu Malaysia

3. Putera dan puteri

  • Tengku Ahmad Iskandar Shah (Mangkat)
  • Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (Tengku Mahkota Pahang)
  • Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah
  • Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah
  • Tengku Afzan Aminah Hafidzatullah
  • Tengku Jihan Azizah Athiyatullah 


Tengku Ampuan Pahang memgambil seorang anak angkat lelaki yang juga merupakan sepupu kepada suaminya, Tengku Abdullah, iaitu Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Tengku Arif Bendahara Ibrahim, pada tahun 1987.

Baginda diputerakan pada 25 Ogos 1986 (umur 33) dan merupakan anak bongsu kepada Tengku Arif Bendahara Ibrahim dan isteri ketiga, Czarina binti Abdullah. Tengku Amir telah melangsungkan perkahwinannya bersama YM Puteri Suraiya Afzan yang juga merupakan cucunda Sultan Ahmad Shah.. Sumber Wikipedia.

Baca juga: Menara Kedua Tertinggi Di Malaysia Bakal Beroperasi September Ini

4. Tunku Azizah terkenal dengan minatnya terhadap bidang masakan

Biodata & Sifat Raja Permaisuri Agong - Ratu Malaysia

Tunku Azizah menghasilkan dua buah buku masakan dan manisan tradisi Pahang sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengumpul dana Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).

Biodata & Sifat Raja Permaisuri Agong - Ratu Malaysia
"Bakat saya memasak diwarisi oleh Almarhum bonda(Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah) dan turut mendapat galakan ayahanda (Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail) yang mahu saya belajar memasak sejak dari kecil.

"Malah Almarhum ayahanda juga berpesan, baginda mahu orang yang datang istana supaya memuji makanan sedap yang dihidangkan dan bukannya sebab besar dan cantiknya istana," titah Tunku Azizah. Sumber Astro Awani.

Dalam satu temubual bersama media, Tunku Azizah pernah memaklumkan baginda mula masuk ke dapur seawal usia lima tahun di bawah pengawasan pengasuh dirajanya dan pernah mengikuti pendidikan masakan tidak formal di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI).

Mencemar duli memasak untuk mangsa banjir



Baginda juga sering turun padang dan membantu memasak untuk mangsa-mangsa banjir di Pahang. Tunku Azizah sanggup menyinsing lengan baju semata-mata untuk ‘beraksi di dapur’ bagi memasak lauk-pauk bagi memastikan mangsa banjir mendapat makanan lazat dan mencukupi sepanjang berada di situ.

Menurut seorang saksi, Nor Mastuza Abdul Aziz, yang berpeluang membantu Tunku Azizah memasak semasa daerah Pekan dilanda musibah banjir pada 2014 dan 2015, dia menyifatkan baginda seorang tukang masak yang cekap dan mendapat pujian ramai.

“Ayam masak merah dan sardin merupakan menu yang sering jadi pilihan tuanku. Jika Tunku Azizah memasak, baginda tidak suka ikan tersebut dipotong kepada kepada saiz kecil, sebaliknya baginda lebih suka memasaknya dalam saiz yang asal.

“Baginda pernah bertitah, jika hendak menjamu orang, biarlah dia dapat makan sepuas hati dan kenyang,” katanya lagi. Bagus kan sifat Raja Permaisuri Agong kita ni...

5. Penampilannya bertudung menjadi inspirasi rakyat 

Biodata & Sifat Raja Permaisuri Agong - Ratu Malaysia

Setelah menjadi Raja Permaisuri Agong yang baharu, banyak mata-mata netizen tertumpu kepada Tunku Azizah yang bukan sahaja cantik rupawan, tetapi kerana ketrampilannya.

Ternyata ramai yang menyukai penampilan baginda yang bertudung litup dan memakai pakaian yang lengkap menutup aurat sekali gus menjadikan baginda lambang wanita Islam yang patut dijadikan ikutan!

Kebanyakan busananya merupakan hasil rekaan pereka fesyen terkemuka, Rizalman yang telah bekerjasama dengan baginda selama sudah 15 tahun. Menurut pereka fesyen itu, "Apabila baginda mengenakan hijab, saya tambah selendang yang menutupi bahagian depan dan rekaan itu saya hanya buat untuknya sahaja." Sumber Says

6. Bersifat peramah, periang dan sangat disenangi oleh rakyat

Biodata & Sifat Raja Permaisuri Agong - Ratu Malaysia
Baginda merupakan seorang yang periang dan disenangi hati rakyat. Kenderaan diraja baginda pernah tersadai di tepi jalan akibat tayar pancit, dan Tengku Afzan begitu teruja mengalami kejadian tersebut. Menurut Tunku Azizah, ini adalah kali pertama kereta yang dinaiki mereka pancit di tengah jalan.

Seloroh baginda itu ternyata telah menghiburkan hati rakyat jelata. Melihatkan pada kejadian tersebut, anakanda Tunku Azizah iaitu Yang Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah sempat merakamkan video menerusi laman Instagram-nya.

Selain tu, baginda juga sangat merendah diri apabila seorang penjual durian di Pulau Pinang secara tidak sengaja memanggil Tunku Azizah dengan gelaran 'Kak’ kerana tidak menyedari wanita yang berdiri di hadapannya adalah kerabat diraja Pahang.

Kejadian tersebut berlaku ketika baginda sedang dalam lawatan tidak rasmi ke Pulau Pinang.

Oleh kerana sikap peramah dan bersahaja baginda melayan orang sekelilingnya menyebabkan baginda begitu disenangi dan disayangi oleh rakyat tempatan.

Juga disayangi dan dihargai oleh banduan penjara

Tunku Azizah juga disenangi oleh banduan penjara di negeri Pahang. Selain mempunyai kepakaran dalam selok-belok bidang kulinari, Tunku Azizah memang juga memperjuangkan seni kain Tenun Pahang Diraja yang berusia lebih 300 tahun, dan beliau mengasaskan latihan dalam penjara untuk banduan mengeluarkan produk bawah label Tenun Pahang Diraja.

Biodata & Sifat Raja Permaisuri Agong - Ratu Malaysia
Bahkan, sifat yang disenangi rakyat itu membuatkan baginda pernah mendapat surat penghargaan daripada banduan yang mengikuti latihan tersebut.

Dalam surat itu tertulis, "Tuanku, seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat kerana sudi mencemar duli bertemu dan memberi tunjuk ajar kepada patik semua walaupun patik semua adalah banduan yang sedang menjalani hukuman di penjara.

Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa sebak apabila membaca surat daripada lima banduan Penjara Bentong yang terlibat dalam projek Tenun Pahang Diraja yang diusahakan baginda.

“… saya menangis dan sebak,” titah baginda menerusi akaun Twitternya @cheminahsayang yang turut melampirkan surat yang tertera cap jari kelima-lima banduan itu.

Berdasarkan surat itu, Atan, Gafar, Black, Jimi dan Panjang menjunjung kasih kepada Tunku Azizah kerana diberi peluang untuk mempelajari teknik menghasilkan kain tenun itu, bermula dari asas mewarna hingga menenun.

Biodata & Sifat Raja Permaisuri Agong - Ratu Malaysia

“Jasa dan budi baik Tuanku akan sentiasa patik semua kenang selagi nyawa dikandung badan," tambahan daripada surat tersebut. Sumber Front Desk

Sewaktu pernikahan Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim, baginda telah mengenakan kain Tenun Pahang Diraja pada majlis perkahwinannya yang dihasilkan banduan di Penjara Penor dan dihadiahkan oleh Tunku Azizah Maimunah yang juga ibu saudaranya.

Baca juga: Selamat Menyambut Hari Merdeka Ke-62 To All Malaysian

7. Merupakan pengerusi Seumur Hidup Yayasan Fertiliti Tunku Azizah 

Biodata & Sifat Raja Permaisuri Agong - Ratu Malaysia
Di awal perkahwinan Baginda, baginda telah diuji apabila Tuanku Tengku Ampuan Pahang mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat dan kerap kali mengalami keguguran.

Namun, Tuanku Tengku Ampuan Pahang berusaha dengan menggunakan kaedah In-Vitro dan berjaya hamil.

Hal ini telah memberikan inspirasi kepada Tuanku Tengku Ampuan Pahang untuk mengasaskan TAFF untuk membantu pasangan-pasangan yang ingin mendapatkan cahaya mata tetapi tidak berkemampuan untuk menjalankan rawatan tersebut.

TAFF mula dibangunkan pada Mac 2005 dan telah terbukti berjaya membantu ramai pasangan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan cahaya mata.

Singkatan kepada Tunku Azizah Fertility Foundation - TAFF

TAFF juga merupakan satu-satunya yayasan fertiliti di Malaysia yang membantu pasangan yang menginginkan cahaya mata. Usaha baginda mendapatkan zuriat telah menjadi sumber inspirasi dan contoh buat ramai wanita di negara ini.

Biodata & Sifat Raja Permaisuri Agong - Ratu Malaysia

Bukan sekali, sebaliknya enam kali baginda menghadapi keguguran sepanjang 16 kali melalui proses rawatan kesuburan, termasuk persenyawaan tabung uji (IVF) serta Intra-cytoplasmic sperm injection (ICSI), dan terpaksa menanti kira-kira 10 tahun untuk kelahiran cahaya mata.

Ujian yang dihadapi dalam mendapatkan zuriat dan pengalaman menjalani rawatan kesuburan, memberi ilham kepada Tunku Azizah untuk menubuhkan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) pada Ogos 2004 bagi membantu wanita-wanita yang melalui dugaan seperti baginda.

”(Ketika) Baginda mula mengumpul bahan untuk menulis buku masakan sekitar tahun 2003, dan bertanya jika saya jual buku ini, ke mana duitnya hendak pergi? Dari situ baginda mendapat ilham untuk menubuhkan TAFF.

“TAFF adalah bukti sifat empati Tuanku dengan wanita senasib dengan baginda. Kini baginda adalah nenek, ninda, popo dan amma kepada semua 115 cucu TAFF kerana bantuan ini diberikan kepada semua tanpa mengira kaum,” katanya. Sumber Portal Diraja Pahang. Ni lah sifat seorang Raja Permaisuri Agong terbaik rakyat Malaysia...

Related video - Subs my channel for more!

Daulat Tuanku!

Semua yang kat atas tu saya kumpul dari beberapa sumber yang boleh jumpa kat Google je. Cuma saya ambil dan ringkaskan bagi ringankan bacaan korang supaya dapat diambil manfaat sifat Raja Permaisuri Agong kita ni.

Pemimpin yang baik adalah contoh yang baik

Banyak lagi sebenarnya maklumat lain yang boleh dicari pasal Queen of Pahang ni kan, beberapa jam tadi ada berita pasal orang yang menghina Tuanku ditangkap polis.


Then tiba-tiba terjumpa screenshot Tunku Azizah komen pasal deactive akaun Twitter tu bukan sebab hinaan ke apa tapi personal reason dan mintak supaya berhenti buat laporan polis. Sebabnya rumor kata Tunku deactive akaun Twitter sebab ada hinaan pada beliau dalam Twitter.

Saya takde komen pasal tu, tunggu esok tengok macam mana kisah selanjutnya. Terima kasih korang kalau baca sampai habis ♥️ Sampai sini dulu post kali ni. Sambung blog walking ke tempat korang jap 🚶🚶🚶

Tekan [Home ##home##] untuk kembali ke laman utama. Jangan lupa tinggal trace korang kat tempat komen ye.

Tag / Kata kunci :
[Agong] [Fakta] [Instagram] [Kuantan] [Malaysia] [Soal Hati] [Tular] [Twitter] [Woman] 

COMMENTS

BLOGGER: 11
  1. Waalaikumussalam. sihat alhamdulillah. MashaAllah 1st time baca biodata peribadi RPA kesayangan kita ni. Terus jatuh cinta dengan keperibadian Baginda. Mmg ain follow RPA pun dkt twiiter. sejujurnya masa Baginda deactivate twitter tu sedih sgt. Tapi lagi sedih msa jumpa tweet mcm ss atas tu. Semoga semua baik saja. Semoga Tuhan berkati Agong dan RPA Malaysia. Daulat Tuanku

    BalasPadam
  2. suka dengan perwatakan baginda...


    psst... thanks sudi join segmen Mia.

    blog anda tersenarai di https://www.mialiana.com/2019/09/senarai-url-blog-36.html

    BalasPadam
  3. pernah juga rasa nak pegi ke TAFF dulu sebab lambat dpt anak... tp sebab jauh di pahang maka akak usaha jelah cara lain sambil ambil "semangat" Tuanku Permaisuri

    BalasPadam
  4. RPA sangat humble, sporting jugak. Mesra rakyat sangat.

    singgah https://thejagungspirasi.blogspot.com/2019/09/nasi-lemak-mcd-dah-jadi-makanan.html

    BalasPadam
  5. permaisuri yg di sayangi rakyat

    BalasPadam
  6. i don't know why , suka sangat tengok queen kita nie . Sejuk je hati tengok pemakaian dia , cara dia cakap .Semoga our king & queen dilanjutkan usia .

    BalasPadam
  7. sy x fhm org2 yg bitter dgn RPA ni...

    BalasPadam
  8. Suka tengok cara pemakaian permaisuri, nice sangat

    BalasPadam
  9. mama pun suka sgt dgn raja permaisuri kita.. sampai folo twitter baginda

    BalasPadam
  10. Suka dengan perwatakan dan penampilan Permaisuri Agong Tunku Azizah ni. Sangat mesra dan disenangi rakyat sama seperti kekandanya Sultan johor.

    BalasPadam
  11. Suka tuanku permaisuri sebab berjiwa rakyat, sayangnya tak sangka ada anak- anak muda yang lantang dalam berkata- kata..tak hormat langsung perasaan orang kan...

    BalasPadam

/fa-instagram/ Recent Instagram Post

Nama

Agama,3,Agong,5,Android,5,Anime,1,Artikel,2,Berita,6,Bisnes,3,Blog Tips,3,Bola Sepak,1,Cari Jodoh,1,Disney,1,Event,4,Facebook,6,Fakta,8,Food,1,Frozen,1,Galleri,9,Game,1,Gaya Hidup,9,Google,2,Hanoi,1,Hiburan,11,Horror,2,Huawei,2,Hubungan Diplomatik,2,Indonesia,2,Instagram,5,IOS,3,Istana Negara,2,Johor,2,Kedah,1,Kelantan,1,Kesihatan,4,Kuantan,3,Malaysia,9,Marvel,1,Mercu Tanda,4,Mesir,1,Movie,5,Mufti Pahang,1,Muzik,2,Pelancongan,4,Penceraian,2,Perkahwinan,3,Photoshop,3,Premiere,1,Raja Permaisuri,2,Sahabat,1,Samsung,3,Selebriti,4,Shop,4,Smart-Phone,12,Soal Hati,4,Spotify,1,Sukan,1,Sultan Kelantan,1,Teknologi,11,Telegram,1,Travel,4,Trivia,1,Tular,4,Tun Mahathir,2,Turki,1,Tutorial,6,Twitter,4,Vietnam,1,WhatsApp,4,Woman,4,YouTube,3,
ltr
item
Anwar Zakuwan .Com: Biodata & Sifat Raja Permaisuri Agong - Ratu Malaysia
Biodata & Sifat Raja Permaisuri Agong - Ratu Malaysia
Korang dah tahu siapa Permaisuri Agong? Kalau belum jemput tengok Biodata & Sifat Raja Permaisuri Agong - Ratu Malaysia. Jangan lupa share kepada kawan-kawan dan keluarga.
https://1.bp.blogspot.com/-RH4y-Gohwu8/XXxtnfd1cyI/AAAAAAAALw0/xwh2oYs7oCAo7IuUmeM_SLxnXyiCINXAwCNcBGAsYHQ/s320/Template%2BGambar.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-RH4y-Gohwu8/XXxtnfd1cyI/AAAAAAAALw0/xwh2oYs7oCAo7IuUmeM_SLxnXyiCINXAwCNcBGAsYHQ/s72-c/Template%2BGambar.jpg
Anwar Zakuwan .Com
https://www.anwarzakuwan.com/2019/09/biodata-sifat-raja-permaisuri-agong.html
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/2019/09/biodata-sifat-raja-permaisuri-agong.html
true
6411884237974842672
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy