Telefon Android Hilang Boleh Dapat Semula? Begini Caranya | TEKNOLOGI

Korang hilang telefon? Korang tahu ke Telefon Android Hilang Boleh Dapat Semula? Begini Caranya | TEKNOLOGI. Jangan lupa share kepada kawan-kawan dan keluarga.

Telefon Android Hilang Boleh Dapat Semula? Begini Caranya | TEKNOLOGI
Assalamualaikum hai guyz. Apa kabar korang semua, semoga sihat selalu. Yang bisnesman tu semoga korang terus sukses ye. Alhamdulillah, hari ni masih diberi kesempatan untuk jari-jari ni menulis dan berkongsi ilmu.

Entri kali ni saya nak berkongsi tentang macam mana cara nak trace semula smartphone korang kalau berlaku kehilangan atau kecurian atau perkara yang sama waktu dengannya lah...

Telefon Android Hilang Boleh Dapat Semula? Begini Caranya... 

Buat perkara-perkara bijak ni serta-merta 

Kalau nak hilang tu sekejap je, boleh jadi korang tertinggal telefon korang dekat kaunter pasaraya, atau ade orang yang sengaja langgar korang langsung mencopet dari poket atau beg tangan tanpa korang sedar. Mudahnya telefon korang hilang, sama ada kene curi, rompak, tersalah ambil, dan perasaan tanpa sidekick digital disisi tersangat stress.

Bukan sahaja korang akan merasa kehilangan aksess ke serata dunia, bahkan smartphone ialah peranti privasi yang korang ada. Dan kos nak cari galang ganti tu kene pikir jugak...

Kalau korang sedar telefon korang hilang, jangan panik!

Ada beberapa tools yang dibina dalam setiap Android yang memungkinkan dia terkunci (lock) dan mengesan semula (tracking) telefon yang hilang dengan mudah. Untuk memastikan telefon yang hilang boleh dijumpai, korang kene ambil beberapa langkah untuk memastikan korang berjaya dapatkan semula telefon korang.
[post_ads]

Buat persediaan

1. Buat lock screen yang selamat

Bantu diri korang sendiri dengan cara gunakan password, atau pengesahan cap jari (fingerprints recognition). Dan kalau boleh cuba elak dari menggunakan facial recognition dalam peranti Android korang.

Teknologi yang digunakan untuk facial recognition dalam kebanyakan Android sangat mudah ditipu seperti gambar muka pengguna. Autentikasi muka boleh jadi lebih selamat kalau Android Q ada tambahkan sokongan bagi sekuriti keaslian identifikasi muka kepada Android.

Kemudian, buat satu password dan setup autentikasi cap jari dalam phone settings di bahagian security. Pada awalnya saya rasa, skan cap jari dan memasukkan kod PIN setiap kali nak guna telefon agak tidak selesa. Tapi kalau nak dibiarkan seseorang akses semua galleri gambar, video, aplikasi bank, emel, dan kesemua maklumat privasi adalah lebih berbaloi menggunakan password atau cap jari setiap kali nak guna telefon.

Sediakan satu langkah ekstra untuk membuka kekunci telefon anda adalah lebih berbaloi, kalau pertimbangkan impak yang akan berlaku daripada mendedahkan maklumat peribadi kepada orang yang tak dikenali.

Baca juga : 6 perkara Samsung diamkan semasa pelancaran Note 10 dan Note 10+

Telefon Android Hilang Boleh Dapat Semula? Begini Caranya | TEKNOLOGI
2. Google Find My Device

Bila-bila masa korang log masuk ke peranti Android melalui akaun Google, Find My Device telah sedia ada terpasang. Kalian akan gunakan Find My Device bila telefon kalian hilang dari tangan, cuma kunci dari jauh dan jejak semula dengan mudah.

Korang boleh periksa Find My Device dan enable-kan dengan membuka Settings > dan pergi ke Security & Location > Find My Device. Alternatif lainnya, kalau peranti korang takde Security & Location, boleh pergi ke Google > Security > Find My Device.

Find My Device sepatutunya dah di bolehkan. Kalau belum, slide suis tu ke posisi On dan keluar dari Settings macam biasa.

3. Samsung's Find My Mobile

Kalau korang pengguna telefon Samsung, secara tambahan kepada servis Google Find My Device, korang boleh - dan digalakkan - untuk setup servis Samsung Find My Mobile. Bukan sahaja sebagai penambahan kepada servis jejak telefon yang hilang, tapi ia jugak memberi tools yang Google Find My Device takde.

Dengan servis daripada Samsung, korang boleh buat sesuatu kepada telefon yang hilang seperti membuat backup dari kawalan jauh, atau tengok sama ada seseorang dah tukar SIM kad korang dari dalam telefon. Untuk tools ni korang mesti ada akaun Samsung untuk menggukan Find My Mobile.

Dalam telefon Samsung, buka Settings dan pergi ke Biometrics and Security > Find My Mobile. Kalau korang sign in ke akaun Samsung semasa setup permulaaan, servis Find My Mobile selalunya dan di bolehkan. Kalau belum, ambil beberapa saat untuk sign in ke akaun Samsung dan aktifkan srvis Find My Mobile.

Kunci skrin dari jarak jauh dan jejak semula telefon yang hilang

Telefon Android Hilang Boleh Dapat Semula? Begini Caranya | TEKNOLOGI
Cara guna Google Find My Device

Menggunakan servis Android ni korang perlu ingat satu perkara : android.com/find. Website tersebut merupakan dimana korang akan pergi bila korang hilang telefon korang. Pastikan korang log masuk menggunakan akaun Google yang berpautan dengan telefon Android korang.

Takde laptop yang berdekatan? Korang boleh guna Android yang lain dan download aplikasi Find My Device daripada Play Store. Lepas sign in dalam aplikasi tu Google akan serta-merta mengesan telefon korang.

Satu notifikasi akan di hantar ke telefon korang untuk memberi tahu sesiapa sahaja yang memilikinya bahawa Dia sedang dijejaki. Gunakan menu di sebelah kiri dalam Find My Device untuk mengeluarkan bunyi (sangat membantu jika korang tersalah letak di rumah), kunci skrin peranti kalian, ataupun padam data didalam telefon anda.

Pilihan Secure Device akan kunci telefon korang dengan segera, dan akan keluar mesej notifikasi bagitahu bahawa korang telah pilih untuk kunci telefon tu, kemudian akan log keluar akaun Google. Jangan risau, korang masih boleh menjejak telefon tu walaupun telah dikunci. Kalau korang guna Google Pay untuk membuat bayaran, telefon yang terkunci akan menghalang sesiapa saja dari menggunakan telefon tersebut untuk membuat pembelian.

Kalau korang pilih fitur Erase Device, korang tidak akan dapat menjejak semula telefon korang. Gunakan fitur ini hanya sebagai jalan yang terakhir.

Andaikata, pencuri tu turn off telefon tu, korang takkan dapat jejak semula selagi mana telefon tu tidak dihidup kan semula dan mempunyai mobile data dan koneksi Wi-Fi. Google akan segera menghantar korang emel bila telefon korang dapat dikesan.

Bila korang dah dapat semula telefon yang hilang tu, korang perlu masukkan nombor PIN atau password untuk dapatkan akses ke telefon korang semula. Nombor PIN dan password dapat setelkan mesej di skrin kekunci. Korang juga mungkin perlu login semula ke akaun Google untuk memastikan ia betul-betul tuan punya telefon yang cuba akses - dan korang tak perlu turn off apa-apa dalam aplikasi Find My App.

Telefon Android Hilang Boleh Dapat Semula? Begini Caranya | TEKNOLOGI
Pengguna telefon Samsung

Pemilik telefon Samsung Galaxy mempunyai manfaat yang banyak dengan menggunakan servis Google ataupun Samsung untuk memberitahu lokasi peranti yang hilang. Tapi, saya lebih menyarankan untuk menggunakan tawaran servis Samsung. Seperti mana yang korang akan lihat kat sini, keupayaan tambahan Samsung adalah tidak ternilai.

Untuk jejak semula telefon yang hilang dengan servis Samsung, korang kene lawat laman findmymobile.samsung.com secara langsung kerana tidak ada aplikasi khusus untuk servis ni. Jadi, korang memang perlu menggunakan browser di telefon lain atau laptop.

Daftar masuk ke dalam akaun Samsung, kemudian pilih telefon korang yang hilang di sebelah kiri skrin. Peta akan keluar dan tunjuk kat mana telefon korang berada sekarang, dan satu pilihan menu akan keluar di bahagian sebelah kanan skrin.

Mula dengan kunci (lock) telefon yang hilang tu, yang mana akan tunjuk mesej peribadi di lock screen. Samsung Pay akan digantung dan tak boleh guna, dan halang telefon daripada ditutup (power off).

Kemudian, buat satu backup untuk telefon yang hilang tu. Korang perlukan backup telefon yag hilang untuk guna semula dalam telefon baru. Kalau telefon yang hilang tu bergerak ke tempat lain, gunakan fitur Track Location. Fitur ni membolehkan telefon di kesan setiap 15 minit. Akhir sekali, pasangkan (turn on) fitur pemanjangan bateri - ni akan melumpuhkan (disable) hampir kesemua kebolehan telefon.

Sama macam servis Google Find My Device, servis Samsung hanya memerlukan korang untuk masukkan kod PIN selepas menjejak telefon korang. Korang tak perlu pergi semula ke website Samsung untuk tutup apa-apa fitur mencari telefon yang hilang.

Baca juga : 6 perkara Samsung diamkan semasa pelancaran Note 10 dan Note 10+
[post_ads_2]

Jangan Konfrontasi Pencuri

Kalau korang berjaya dapatkan semula telefon yang telah hilang sama ada dicuri atau sebagainya, jangan cuba-cuba untuk dapatkan semula telefon tu sendiri. Dengan berbuat demikian akan membahayakan diri sendiri atau orang lain yang berdekatan, walaupun telefon tu penting, tapi bila dibandingkan dengan nyawa ianya tidak berbaloi.

Sebaliknya, hubungi pihak berkuasa tempatan dan bagitahu mereka korang perlukan bantuan untuk dapatkan semula telefon yang hilang atau dicuri di lokasi yang spesifik yang korang dah jejak tadi.

Hubungi Carrier Anda, Failkan Klaim Insuran

Andai kata dah jelas korang takkan dapat semula telefon korang, hubungi carrier dan buat laporan kehilangan telefon atau kecurian. Dengan berbuat begini akan senarai hitamkan telefon tersebut dari database carrier. Jugak dapat menghalang orang lain dari menggunakannya.

Bila korang hubungi carrier dan buat laporan, dia akan gantung servis sokongan carrier (carrier support) jugak. Ini sebenarnya satu benda baik kalau korang nak halang orang lain dari menggunakan telefon yang dicuri tu. Walau bagaimanapun, korang kene ingat kalau korang masih tracking telefon tu, korang akan terputus hubungan dengan telefon tu.

Akhir sekali, kalau korang ada bayar insuran untuk telefon tu, korang perlu memfailkan klaim dan bayar jumlah yang perlu ditolak untuk dapatkan telefon ganti. Dapatkan proses klaim insuran bermula dengan carrier korang, yang mana diorang akan rujuk korang kepada pihak ketiga syarikat insuran yang akan ganti telefon korang.

Semoga berjaya! Saya harap korang tak perlu nak emosi lagi lepas hilang telefon kesayangan korang. Jejak telefon korang dan dapatkannya semula.

Publish pada 17 Ogos 2019.

Tekan [Home ##home##] untuk kembali ke laman utama.

Kata kunci untuk post ni :
[Samsung] [Smart-Phone] [Android] [Teknologi] [Google] 

COMMENTS

BLOGGER: 10
  1. Balasan
    1. Zaman sekarang zaman modern wak.. Macam2 kemudahan yg disediakan..

      Padam
  2. tak dapat bayangkan kalau hp hilang..

    BalasPadam
  3. Good tips az...tq for sharing

    BalasPadam
  4. Terbaik. Biasanya kita tidak akan memerlukan semua ini sehinggalah malapetaka yang disebutkan menjadi kenyataan. Sediakan payung sebelum hujan. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. malang tak berbau, sediakan payung sebelum hujan...

      Padam
  5. good sharing..salam kenal dari www.umifuzy.com

    BalasPadam

/fa-instagram/ Recent Instagram Post

Nama

Agama,3,Agong,5,Android,5,Anime,1,Artikel,2,Berita,6,Bisnes,3,Blog Tips,3,Bola Sepak,1,Cari Jodoh,1,Disney,1,Event,4,Facebook,6,Fakta,8,Food,1,Frozen,1,Galleri,9,Game,1,Gaya Hidup,9,Google,2,Hanoi,1,Hiburan,11,Horror,2,Huawei,2,Hubungan Diplomatik,2,Indonesia,2,Instagram,5,IOS,3,Istana Negara,2,Johor,2,Kedah,1,Kelantan,1,Kesihatan,4,Kuantan,3,Malaysia,9,Marvel,1,Mercu Tanda,4,Mesir,1,Movie,5,Mufti Pahang,1,Muzik,2,Pelancongan,4,Penceraian,2,Perkahwinan,3,Photoshop,3,Premiere,1,Raja Permaisuri,2,Sahabat,1,Samsung,3,Selebriti,4,Shop,4,Smart-Phone,12,Soal Hati,4,Spotify,1,Sukan,1,Sultan Kelantan,1,Teknologi,11,Telegram,1,Travel,4,Trivia,1,Tular,4,Tun Mahathir,2,Turki,1,Tutorial,6,Twitter,4,Vietnam,1,WhatsApp,4,Woman,4,YouTube,3,
ltr
item
Anwar Zakuwan .Com: Telefon Android Hilang Boleh Dapat Semula? Begini Caranya | TEKNOLOGI
Telefon Android Hilang Boleh Dapat Semula? Begini Caranya | TEKNOLOGI
Korang hilang telefon? Korang tahu ke Telefon Android Hilang Boleh Dapat Semula? Begini Caranya | TEKNOLOGI. Jangan lupa share kepada kawan-kawan dan keluarga.
https://1.bp.blogspot.com/-ldJIhCau6C4/XVe1n31zE5I/AAAAAAAALTY/bnlkVImnxT4DycJHvGXfECuRpv-Y9ROSgCLcBGAs/s320/Template%2BGambar.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-ldJIhCau6C4/XVe1n31zE5I/AAAAAAAALTY/bnlkVImnxT4DycJHvGXfECuRpv-Y9ROSgCLcBGAs/s72-c/Template%2BGambar.jpg
Anwar Zakuwan .Com
https://www.anwarzakuwan.com/2019/08/telefon-android-hilang-boleh-dapat.html
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/2019/08/telefon-android-hilang-boleh-dapat.html
true
6411884237974842672
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy