Neelofa Dijangkiti Influenza A - Malaysian Actress in Hospital | SELEBRITI

Artis tempatan Malaysia - Neelofa Dijangkiti Influenza A - Malaysian Actress in Hospital | SELEBRITI. Jangan lupa share kepada kawan pasal ni ye....

Neelofa Dijangkiti Influenza A - Malaysian Actress in Hospital | SELEBRITI
Assalamualaikum hai guyz. Entri kali ni saya kumpulkan dari beberapa sumber tentang kesihatan yang kita perlu ambil perhatian. Beberapa hari yang lalu artis tempatan kita Neelofa dijangkiti virus influenza A. Bila saya cerita pada adik-adik saya diorang ingatkan influenza ni nama negara dekat Afrika... Memang tak tahu la budak-budak kan.

Jadi sebagai orang yang bertanggungjawab, saya pon cerita la secara ringkas pasal penyakit ni. Ternyata perkara ni sangat perlu diberi perhatian. Semoga bermanfaat semua...

Neelofa Dijangkiti Influenza A - Malaysian Actress In Hospital

Semoga Neelofa tabah dengan ujian penyakit yang menimpa beliau.

Sedikit keratan akhbar tempatan mengenai Neelofa

Pengacara televisyen dan entrepreneur Noor Neelofa Mohd Nor sekarang dirawat di hospital Kuala Lumpur kerana dijangkiti Influenza A. Di dalam media sosial Twitter milik beliau, dia berkata di telah dijangkiti virus tersebut semasa trip ke Arab Saudi pada baru-baru ini.

"Saya ingin memohon maaf kepada semua klien, rakan kongsi, dan sesiapa sahaja yang ada buat temujanji dengan saya minggu ini" katanya.


Neelofa juga berkata dia tidak akan menerima mana-mana pelawat, dan dia akan dikuarantinkan selama seminggu di hospital ibu kota selama seminggu. Tambahan beliau lagi, "Saya juga terpaksa menolak dengan baik menghadiri semua jemputan majlis dan sesiapa yang berhasrat untuk melawat saya kerana ia berjangkit.

Neelofa mula menyedari dirinya kurang sihat setibanya di Malaysia dan bergegas ke hospital bagi menjalankan pemeriksaan. Dia juga mohon agar orang ramai mendoakan kesihatan beliau.

"Semoga saya sihat pada minggu hadapan dan kembali bekerja seperti biasa" katanya.

Sumber : Malay Mail dan MyMetro

Baca ini juga : 7 Kebaikan Baking Soda Untuk Rambut, Kulit & Badan

Mari Kenal Apa Itu Influenza

Neelofa Dijangkiti Influenza A - Malaysian Actress in Hospital | SELEBRITI

Menurut Datuk Dr Zulkifli Ismail (Perunding Pediatrik & Kardiologi Pediatrik) 

Flu (influenza) adalah jangkitan hidung, tekak dan paru-paru disebabkan oleh virus influenza. Virus influenza mudah berjangkit. Kanak-kanak, wanita hamil, warga emas dan mereka yang mengalami penyakit kronik boleh mendapat jangkitan teruk dan ada kalanya membawa maut.

Tidak seperti di negara beriklim sederhana, di negara tropika seperti Malaysia, musim puncak bagi influenza berlaku dari Oktober hingga Januari dan April hingga Jun.
  • Jenis A: Boleh menjangkiti manusia dan haiwan, epidemik sangat teruk dan amat berbahaya
  • Jenis A (H1N1): Boleh menjangkiti manusia dan haiwan. Kadangkala pandemik (seperti pada 2009 dan 2013) dan amat berbahaya
  • Jenis B: Boleh menjangkiti manusia. Sering berlaku, kurang teruk, ada kalanya berbahaya, tidak pandemik
  • Jenis C: Boleh menjangkiti manusia. Ringan, jarang berlaku, bukan epidemik
Endemik ialah penyakit yang sentiasa wujud dalam sesuatu komuniti atau populasi. Epidemik ialah penyakit yang menyerang ramai orang dalam komuniti sekali gus dan merebak ke satu atau beberapa komuniti. Pandemik apabila wabak merebak ke seluruh dunia.

Antara Soalan Yang Sering Ditanya Tentang Virus Ini 

Neelofa Dijangkiti Influenza A - Malaysian Actress in Hospital | SELEBRITI
1. Apakah simptom influenza?

Kebanyakan mereka yang menghidapi influenza berasa letih dan mengalami demam, sakit kepala, batuk tidak berkahak, berhingus atau hidung tersumbat, cirit-birit atau muntah-muntah dan sakit otot. Batuk boleh berlarutan sehingga dua minggu atau lebih.

2. Apakah perbezaan antara influenza dan selesema biasa?

Selesema biasa lazimnya menyebabkan hidung berhingus, bersin dan hidung tersumbat. Ia adalah jangkitan virus pada saluran pernafasan atas yang lazimnya tidak berbahaya dan berlaku pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Influenza juga mempunyai simptom yang sama dan menjejaskan saluran pernafasan atas, tetapi ia terjadi dengan cepat dan lebih teruk. Virus yang menyebabkan influenza berbeza daripada virus yang menyebabkan selesema, influenza juga berlaku mengikut musim.

3. Bagaimanakah ia merebak?

Kanak-kanak yang dijangkiti boleh memindahkan virus influenza apabila batuk atau bersin, dan melalui hidung berhingus yang mengandungi titisan virus influenza. Orang lain boleh dijangkiti influenza apabila menyedut titisan terbabit atau titisan termasuk ke dalam hidung atau mulut mereka selepas tersentuh permukaan yang tercemar.

4. Sekiranya anak saya menghidapi influenza, sampai bilakah dia berpotensi menjangkiti orang lain?

Selepas 24 jam dijangkiti virus influenza dan lima hari selepas bermulanya simptom. Kanak-kanak yang lemah sistem imun boleh menjangkiti orang lain selama hampir dua minggu. Kanak-kanak yang dijangkiti boleh menyebar penyakit sebelum mereka sendiri berasa sebarang simptom.

Neelofa Dijangkiti Influenza A - Malaysian Actress in Hospital | SELEBRITI

5. Bagaimana saya boleh melindungi dan mencegah anak saya daripada influenza?

Cara terbaik untuk melindungi anak anda terhadap influenza adalah dengan memberi mereka vaksinasi apabila mencapai umur yang sepatutnya (enam bulan dan ke atas). Kanak-kanak berusia enam hingga lapan bulan memerlukan dua dos dalam tahun pertama mereka diberi vaksinasi. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

6. Adakah vaksin terbabit juga melindungi anak saya daripada selesema biasa?

Tidak, vaksin hanya melindungi anak anda terhadap virus influenza. Virus yang menyebabkan influenza dan selsema adalah berlainan jenis.

7. Apakah pilihan perubatan lain yang terdapat selain daripada vaksinasi?

Ubat antiviral boleh merawat influenza dalam kalangan kanak-kanak terutama mereka yang sakit teruk atau masuk hospital. Ia boleh memberi mereka kelegaan, mempercepatkan proses sembuh dan mencegah komplikasi influenza yang serius. Namun begitu, ubat antiviral memerlukan preskripsi doktor.

Jangan sekali-kali memberi aspirin atau ubat yang mengandungi aspirin kepada kanak-kanak atau remaja yang menghidapi influenza. Antibiotik juga tidak membantu kerana ia hanya berkesan untuk merawat jangkitan bakteria.

Neelofa Dijangkiti Influenza A - Malaysian Actress in Hospital | SELEBRITI

8. Adakah terdapat cara lain untuk mencegah influenza?

Cara terbaik untuk anak anda ialah vaksinasi. Bagaimanapun, beberapa tabiat dan amalan kebersihan juga boleh membantu :
  • Jauhkan anak anda daripada kanak-kanak lain yang sakit
  • Mencuci tangan menggunakan sabun dengan kerap
  • Jauhkan tangan dari muka
  • Tutup mulut dan hidung apabila batuk dan bersin untuk melindungi orang lain
  • Makan secara sihat dan galakkan anak anda untuk lebih aktif secara fizikal.

9. Apa yang saya perlu lakukan sekiranya anak saya sakit?

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi influenza akan sakit selama sekitar satu minggu, sejurus itu mereka akan sembuh. Walaupun begitu, dapatkan juga nasihat doktor dan pastikan anak anda berehat secukupnya dan banyak minum air kosong.

10. Bilakah patut saya bimbang? Hubungi doktor dengan segera sekiranya anak anda:

  • Demam panas yang berlarutan
  • Sukar bernafas atau nafas pendek
  • Kulit bertukar menjadi biru
  • Sukar minum air
  • Kelihatan keliru atau mengalami sawan
  • Mengalami simptom yang berulang
  • Mempunyai masalah perubatan (asma, talasemia, penyakit yang dirawat menggunakan steroid dan lain-lain)

11. Bolehkah anak saya pergi ke sekolah?

Tidak, elak daripada menyebarkan virus, lebih baik mereka duduk di rumah dan berehat. Biarkan anak anda duduk di rumah sehingga suhu badannya normal melebihi 24 jam. Suhu badan sihat bagi kanak-kanak ialah 37 hingga 37.2°C. Demam ditakrifkan sebagai suhu badan 37.8 darjah Celsius atau lebih.

Sumber : MyMetro

Baca ini juga : 5 Sebab Kenapa Anda Kene Mandi Sebelum Subuh

Semoga kita semua diberi kesihatan yang sebaiknya 

Korang jangan lupa jaga kesihatan baik-baik. Tekan [Home ##home##] untuk kembali ke laman utama.

Kata kunci / Tag untuk post ni :
[Kesihatan] [Selebriti]

COMMENTS

BLOGGER: 4
  1. Didn't know she's infected. Hope she and anyone who's going through this will recover soon. InshaAllah

    BalasPadam
  2. moga di beri kesembuhan pd Neelofa, ramai juga dgr ada yg kene jangkitan influenza selepas pulang dr tanah suci

    BalasPadam
  3. Semoga diberikan kesembuhan buat neelofa...akak antara penghidap Influenza A masa first wave melanda Malaysia dulu dan i was in coma for 1 month because of that...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh ye ke.. Alhamdulillah sekarang akak dah sihat. Takut dengar pasal sakit-sakit teruk ni...

      Padam

/fa-instagram/ Recent Instagram Post

Nama

Agama,3,Agong,5,Android,5,Anime,1,Artikel,2,Berita,6,Bisnes,3,Blog Tips,3,Bola Sepak,1,Cari Jodoh,1,Disney,1,Event,4,Facebook,6,Fakta,8,Food,1,Frozen,1,Galleri,9,Game,1,Gaya Hidup,9,Google,2,Hanoi,1,Hiburan,11,Horror,2,Huawei,2,Hubungan Diplomatik,2,Indonesia,2,Instagram,5,IOS,3,Istana Negara,2,Johor,2,Kedah,1,Kelantan,1,Kesihatan,4,Kuantan,3,Malaysia,9,Marvel,1,Mercu Tanda,4,Mesir,1,Movie,5,Mufti Pahang,1,Muzik,2,Pelancongan,4,Penceraian,2,Perkahwinan,3,Photoshop,3,Premiere,1,Raja Permaisuri,2,Sahabat,1,Samsung,3,Selebriti,4,Shop,4,Smart-Phone,12,Soal Hati,4,Spotify,1,Sukan,1,Sultan Kelantan,1,Teknologi,11,Telegram,1,Travel,4,Trivia,1,Tular,4,Tun Mahathir,2,Turki,1,Tutorial,6,Twitter,4,Vietnam,1,WhatsApp,4,Woman,4,YouTube,3,
ltr
item
Anwar Zakuwan .Com: Neelofa Dijangkiti Influenza A - Malaysian Actress in Hospital | SELEBRITI
Neelofa Dijangkiti Influenza A - Malaysian Actress in Hospital | SELEBRITI
Artis tempatan Malaysia - Neelofa Dijangkiti Influenza A - Malaysian Actress in Hospital | SELEBRITI. Jangan lupa share kepada kawan pasal ni ye....
https://1.bp.blogspot.com/-6tLxZJC71XA/XWBkI3GqOcI/AAAAAAAALXA/pf5IElkL0n4WKM-8XWkgrOsjqC_Ke2hjwCLcBGAs/s320/Template%2BGambar.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-6tLxZJC71XA/XWBkI3GqOcI/AAAAAAAALXA/pf5IElkL0n4WKM-8XWkgrOsjqC_Ke2hjwCLcBGAs/s72-c/Template%2BGambar.jpg
Anwar Zakuwan .Com
https://www.anwarzakuwan.com/2019/08/neelofa-dijangkiti-influenza-malaysian-actress-in-hospital.html
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/2019/08/neelofa-dijangkiti-influenza-malaysian-actress-in-hospital.html
true
6411884237974842672
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy