Dinner With Friend at Most Visited Place In Cairo | LIFESTYLE

Dinner With Friend at Most Visited Place In Cairo | LIFESTYLE. Jangan lupa share pada kawan-kawan dan keluarga.

Dinner With Friend at Most Visited Place In Cairo | LIFESTYLE
Assalamualaikum, hai guys. Kali ni entri tentang jalan-jalan cari makan. Semalam saya dating dengan kawan lama. Dulu kawan sekelas, sekarang masing-masing ada tanggungjawab sendiri, so kami ambik kesempatan sementara saya ada kat mesir lagi apa kata kita jumpa dan lepak-lepak sambil minum kopi. Ini bukan diari, tapi story...

Story ni saya buat review satu kedai makan GH Corner yang jadi kebiasaan tetamu dari Malaysia akan singgah, apa yang best sangat tempat ni? Jom tengok.

Dinner With Friend at Most Visited Place In Cairo

Food Review, Restaurant Review & Livestyle

Story bermula bila kawan saya ni baru tamat khidmat askar, dan sekarang tengah nak cari kerja. Yelah masing-masing broke hahaha. Berapa kali punya plan akhirnya semalam jadi, kami jumpa di Kaherah, dan saya decide kitorang nak makan kat mana. Alang-alang kawasan tu dekat dekat GH Corner ni jadi saya pilih la kedai ni.

Saya kenalkan dulu GH Corner

Dinner With Friend at Most Visited Place In Cairo | LIFESTYLE
Restoran ni adalah Rangkaian Perniagaan Syarikat GISB Holdings Sdn Bhd Cawangan Madinah Nasr Kaherah Mesir. Ada satu lagi kedai yang sama rangkaian dengan ni dipanggil Nur Malaysia (kalau salah tolong betulkan). Pon kedai yang sangat menarik.

Suasana yang sangat selesa, hidangan yang mantap, layanan merecik, sangat kondusif dan memiliki privasi. Ehh melambung pulak puji.

Dari segi harga

Harga menu-menu di sini harga standard. Sesetengah pelajar kat sini anggap mahal, tapi sebenarnya dengan suasana dan service kedai ni, harga yang diletak adalah standard. Dan jelas dengan service dan suasana kat situ, target pelanggan untuk kedai ni adalah tetamu atau pelancong dari tanah air. Bukan student. Bukan level student.

Percaya cakap saya, kalau korang adalah student hari ni, once dah kerja dan sempat melancong ke Mesir, korang akan tahu harga makanan kedai ni is affordable. Kedai ni bukan unwelcome for student, but that is how bussiness run.

Menu

Dinner With Friend at Most Visited Place In Cairo | LIFESTYLE
Menu tersangat banyak, ade pelbagai jenis citarasa dari western, masakan panas, pencuci mulut, dan sebagainya. Kalau student-student sini rindu masakan tanah air, kat sini memang terkenal dengan menu ikut selera orang Malaysia. Bahan-bahan masakan rasanya bawak dari malaysia kot. Tapi bukan semua la, lauk basah tu konfem la beli yang tempatan punya kan.

Contact them

Saya tinggalkan beberapa maklumat untuk hubungi kedai  ni ye :
Fb Page : facebook.com/GHCCAIRO
Messanger : messenger.com/t/GHCCAIRO
Alamat : Syari' Toha Al Dinari, Hayyu Sabi', Madinah Nasr 80000

Kedai ni boleh book meja, so kalau nak tempah makanan dulu sebelum datang pon boleh. Cuma delivery setakat ni takde lagi rasanya.

Nightlife & Friends

Saya seorang yang suka berkawan... 

Dinner With Friend at Most Visited Place In Cairo | LIFESTYLE
Saya ada sorang kawan ni dulu sekelas masa degree. Sekarang pon contact lagi cuma dia duduk jauh, saya pon duduk jauh. Sebenarnya takde la jauh mana, cuma nak jumpa tu kene ada transport jugak la. Dekat kaherah ni bas banyak bukan main, cuma kalau jauh sangat tu nak kene tukar-tukar bas penat jugak. Plan punya plan akhirnya jadi jugak kami hangout. Demikian la kisah nya...

Kenalkan kawan saya

Nama dia Anas Sharbinie (baju biru), asal dari Maadi Mesir. Dia ni budak baik. Mak ayah bisnesman, duduk rumah besar kat tepi sungai Nil. Sekarang ni baru nak mulakan bisnes, ikut jejak orang tua katanya. Bosan asyik jalan-jalan je.

Dia ni fasih berbahasa perancis. Dulu pernah setahun mengajar bahasa perancis dekat sekolah, tapi tak berbaloi dia cerita. Yuran sekolah bayar pakai dollar, gaji pulak bayar pakai genih (matawang Mesir), jadi kat situ gap dia besar...

Kerja pulak banyak, gaji ciput, macam-macam la dia bebel... Budak-budak suka buat bising la apa la. Nak buat macam mana, jiwa bisnes susah la nak kerja jadi cikgu kan. Yang mampu jadi cikgu ni orang yang memang jiwa ikhlas je...

Okey cukup situ je, nanti kami nak jalan-jalan ke sungai Nil pulak. Kami sama-sama kelas masa degree dulu.  Sekarang saya tak tentu hala, sekejap kerja, kejap je kerja dah berhenti. Tak lama lagi nak balik Malaysia, cari calon isteri la. Mak ayah dah bising suruh kahwin, tapi saya malas lagi ingat nak travel lagi tempat lain. Apa boleh buat, kene la taat orang tua kan.

Dinner With Friend at Most Visited Place In Cairo | LIFESTYLE
Yang baju hijau tu pulak Islam, jiran depan rumah Anas. Baru kenal. Pon budak baik jugak, bawak motor boleh tahan laju. Kami plan nanti nak lepak malam-malam kat sungai Nil. Kami straight ye, cuma takde pacaran.

So malam kami akan habiskan waktu dengan membuang masa tengok sungai Nil dan orang lalu lalang, sambil membawang takde hala tuju. Jangan selalu sangat buat macam ni, nanti otak korang boleh beku. Lama-lama otak jadi tak berjalan. Buat jarang-jarang boleh la...

Ambil angin malam, tangkap-tangkap gambar, selfie dan sebagainya. Kali ni saya jalan-jalan tak buat video. Sebab mulut asyik berborak jadi tak sempat nak buat video. Sebab kami suka berborak pakai tangan hahaha...

Ada yang baca sampai bawah ni? Rajin pulak korang nak baca celoteh ni. Korang memang ohsem. Sekian, jumpa lagi di next post.

Tekan [Home ##home##] untuk kembali ke laman utama.


COMMENTS

Nama

Agama,2,Agong,1,Android,1,Anime,1,Artikel,2,Berita,5,Bisnes,3,Blog Tips,1,Event,1,Facebook,2,Fakta,3,Food,1,Galleri,4,Gaya Hidup,7,Google,1,Hiburan,7,Hubungan Diplomatik,1,Indonesia,1,Instagram,3,Istana Negara,1,Kesihatan,3,Kuantan,1,Malaysia,4,Marvel,1,Mercu Tanda,1,Mesir,1,Movie,2,Mufti Pahang,1,Muzik,2,Pelancongan,3,Photoshop,1,Samsung,2,Selebriti,1,Shop,1,Smart-Phone,5,Soal Hati,1,Teknologi,4,Telegram,1,Travel,3,Trivia,1,Tun Mahathir,1,Turki,1,Tutorial,5,Twitter,1,WhatsApp,3,Woman,2,YouTube,1,
ltr
item
Anwar Zakuwan .Com: Dinner With Friend at Most Visited Place In Cairo | LIFESTYLE
Dinner With Friend at Most Visited Place In Cairo | LIFESTYLE
Dinner With Friend at Most Visited Place In Cairo | LIFESTYLE. Jangan lupa share pada kawan-kawan dan keluarga.
https://1.bp.blogspot.com/-S4jGpK_RnjQ/XUfUWgiU5rI/AAAAAAAAK8k/s73y9FQTj-UUTbKoMZ1szLye30L8iiatQCLcBGAs/s320/Template%2BGambar.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-S4jGpK_RnjQ/XUfUWgiU5rI/AAAAAAAAK8k/s73y9FQTj-UUTbKoMZ1szLye30L8iiatQCLcBGAs/s72-c/Template%2BGambar.jpg
Anwar Zakuwan .Com
https://www.anwarzakuwan.com/2019/08/dinner-with-friend-at-most-visited.html
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/2019/08/dinner-with-friend-at-most-visited.html
true
6411884237974842672
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy