I Want to Eat Your Pancreas (2018), Kenapa Movie ni Wajib Di Tonton | MOVIES

Tekan di sini kalau nak tengok tentang I Want to Eat Your Pancreas (2018), Kenapa Movie ni Wajib Di Tonton. Jangan lupa share kepada kawan-kawan dan kaki wayang.

I Want to Eat Your Pancreas (2018), Kenapa Movie ni Wajib Di Tonton | MOVIES
Assalamualaikum hai guys, hari ni saya nak kongsi sikit satu movie anime yang bertajuk kimi no suizou wo tabetai (I Want to Eat Your Pancreas - 2018). Cerita ni saya baru tengok semalam. Cerita ni dah lama sebenarnya, tapi tajuk dia tu bunyi macam cerita zombie je kan... So saya baru habis cerita ni dan...

Susah betul nak move on. Harap-harap saya tak spoil apa-apa. 

I Want to Eat Your Pancreas (2018), Kenapa Movie ni Wajib Di Tonton

Salah satu movie anime yang sangat popular dengan jalan cerita yang sangat tragik

Tajuk

I Want to Eat Your Pancreas (2018), Kenapa Movie ni Wajib Di Tonton | MOVIES
Tajuk cerita ni bukan la menunujukkan apa yang akan dibuat dalam cerita ni, maksudnya takde pon sapa-sapa yang akan makan sapa-sapa. Tapi bagi saya sendiri, lepas tengok jalan cerita ni memang sesuai la tajuk dia ni. Kenapa?

Sebab cerita ni watak utama di budak perempuan yang sakit barah pancreas. Jadi kenapa makan? Sebab sesetengah amalan orang dulu-dulu, kalau nak organ kita sihat kita kene makan organ. Kalau nak hati kita sihat makan la hati, maksudnya kalau nak pancreas korang sihat takde penyakit, makan la pancreas orang lain. 

Selain tu, bagi sesetengah kepercayaan (menurut movie ni), dengan memakan organ seseorang, roh orang tu akan sentiasa ada bersama orang yang makan tu. Jadi dalam cerita ni, masa ending nanti bila diorang dah sama-sama suka, Sakura nak makan pancreas budak laki tu sebab dia takut kehilangan orang yang dia sayang selain dia pon takut dengan kondisi kesihatan dia. 

Tambahan lagi, lelaki tu pulak (Hiroki) nak makan pancreas Sakura sebab dia nak Sakura tu sentiasa hidup dalam hati dia yang sebelum ni mati sebab takde kawan-kawan. Pon sebab dia suka kat perempuan tu... Hummm sori la kalau ter spoil. 

Sinopsis

I Want to Eat Your Pancreas (2018), Kenapa Movie ni Wajib Di Tonton | MOVIES
Movie ni menceritakan 2 watak utama sebagai pelajar sekolah menengah bernama Sakura dan Hiroki. Sakura menghidap kanser pankreas tahap 4 (kalau tak silap) cuba untuk menikmati sisa-sisa hidupnya bersama Hiroki iaitu kawan sekelas beliau.

Kisah Sakura dan Hiroki bermula ketika Hiroki terjumpa buku catatan harian, seakan macam diari macam tu... Dalam buku tu dia akan update apa yang dia buat tiap-tiap hari dan apa status penyakit dia dan sebagainya la. Nak dijadikan cerita, Sakura ni rahsiakan penyakit dia ni dari semua kawan-kawan baik dia. Tanpa sengaja, Hiroki terjumpa buku ni dan baca apa dalam tu, dia pon dapat tahu bahawa Sakura akan mati tak lama lagi....


Reaksi Hiroki cuma bersahaja. Sebab dia ni memang jenis tak ambil tahu sangat pasal apa yang terjadi sekeliling dia. Jenis introvert la lebih kurang. Dia ni jenis banyak habiskan masa baca buku je, lepas tu banyak lepak kat library dan jadi pengawas kat situ.

Sakura tahu rahsia dia dah diketahui Hiroki, dan ambil keputusan untuk berkawan dengan Hiroki. Sebab dia tahu Hiroki ni tak ramai kawan, dan rahsia dia akan selamat kalau nak berkongsi dengan Hiroki. Tanpa diduga, kawan punya kawan akhirnya hubungan mereka semakin rapat. Dan Sakura ada buat macam wishlist sebelum dia mati, dan banyak-banyak aktiviti tu dia akan buat sama-sama dengan Hiroki.


I Want to Eat Your Pancreas (2018), Kenapa Movie ni Wajib Di Tonton | MOVIES
Rapat sangat mereka berdua ni, selalu pergi bercuti sama-sama, habiskan masa bersama. Hampir semua benda la diorang ni buat sama-sama. Hiroki yang asalnya tak dikenali sesiapa akhirnya ada yang nak berkawan sebab selalu dilihat berdua dengan Sakura. Sampai kawan baik Sakura pon jeles dan tak berapa suka dengan Hiroki ni. Bese la tu kawan baik kan...

Ada sekali tu Sakura dikejarkan ke hospital tiba-tiba, Sakura kata sebabnya hal kecik je. Daripada seminggu, jadi 2 minggu sebab badan Sakura makin hari makin tak kuat. Hummm... Aku taknak spoil, tapi dekat sini...

Humm, susah nak cerita. Korang tengok la dulu cerita ni. Serius best tak tipu. Ps : jangan lupa sediakan tisu kat tepi masa tengok ye.




Antara aktiviti mereka

Banyak-banyak wishlist Sakura salah satunya adalah tengok bunga api. Video lagu ni saya still takleh move on sebab, sedih sangat bila teringat kat Sakura. Paling kesian Haroki, diorang baru je berkawan baik. Hummm....

Jalan cerita

Movie ni sangat kretif, jalan cerita yang sangat unik dan memang tak dapat nak teka apa nak jadi. Sangat menarik, sangat sedih. Kalau korang minat cerita sedih boleh la tengok cerita ni. Grafik pon cantik, musik dan lagu-lagu dalam movie ni memang sedap.


I Want to Eat Your Pancreas (2018), Kenapa Movie ni Wajib Di Tonton | MOVIES

Disebalik tadbir

Direktor

Pengarah filem ni ialah Shin'ichirĂ´ Ushijima yang juga dikenali melalui filem-filem gempak lain seperti One Punch Man (2015), Death Parade (2015), dan sebagainya. Beliau jugak merupakan writer bagi screenplay filem yang sama. Bagi writer novel cerita ni pulak ialah Yoru Sumino. 

Cast 

I Want to Eat Your Pancreas (2018), Kenapa Movie ni Wajib Di Tonton | MOVIES
Ni antara beberapa cast je la, bukan list semua kru ye
  • Mahiro Takasugi
  • Lynn
  • Yukiyo Fujii
  • Yuma Uchida
  • Jun Fukushima

Anugerah Filem

Pernah dicalonkan dalam Sitges - Catalonian International Film Festival 2018 sebagai Anima't Award untuk Best Feature-Length Film.

Sumber IMDB 

Serius cerita ni best, tak rugi kalau korang tengok. Sapa yang tengok movie ni tak menangis memang keras la... Hahaha. Tekan [Home ##home##] untuk kembali ke laman utama. 

COMMENTS

BLOGGER: 2
  1. Sedih cerita ni, tak sangka die dapat berita mengejut malam tu. Baru je mcm nak happy ����

    BalasPadam
    Balasan
    1. Humm kann... Baru je lepas senyum sorg2 mase tu..

      Padam

/fa-instagram/ Recent Instagram Post

Nama

Agama,3,Agong,5,Android,5,Anime,1,Artikel,2,Berita,6,Bisnes,3,Blog Tips,3,Bola Sepak,1,Cari Jodoh,1,Disney,1,Event,4,Facebook,6,Fakta,8,Food,1,Frozen,1,Galleri,9,Game,1,Gaya Hidup,9,Google,2,Hanoi,1,Hiburan,11,Horror,2,Huawei,2,Hubungan Diplomatik,2,Indonesia,2,Instagram,5,IOS,3,Istana Negara,2,Johor,2,Kedah,1,Kelantan,1,Kesihatan,4,Kuantan,3,Malaysia,9,Marvel,1,Mercu Tanda,4,Mesir,1,Movie,5,Mufti Pahang,1,Muzik,2,Pelancongan,4,Penceraian,2,Perkahwinan,3,Photoshop,3,Premiere,1,Raja Permaisuri,2,Sahabat,1,Samsung,3,Selebriti,4,Shop,4,Smart-Phone,12,Soal Hati,4,Spotify,1,Sukan,1,Sultan Kelantan,1,Teknologi,11,Telegram,1,Travel,4,Trivia,1,Tular,4,Tun Mahathir,2,Turki,1,Tutorial,6,Twitter,4,Vietnam,1,WhatsApp,4,Woman,4,YouTube,3,
ltr
item
Anwar Zakuwan .Com: I Want to Eat Your Pancreas (2018), Kenapa Movie ni Wajib Di Tonton | MOVIES
I Want to Eat Your Pancreas (2018), Kenapa Movie ni Wajib Di Tonton | MOVIES
Tekan di sini kalau nak tengok tentang I Want to Eat Your Pancreas (2018), Kenapa Movie ni Wajib Di Tonton. Jangan lupa share kepada kawan-kawan dan kaki wayang.
https://1.bp.blogspot.com/-eV5YWB0r5-k/XUbBbwcwjWI/AAAAAAAAK8A/0Noa7MY4KiUkxFZ7HIDaNta5w_Pzv8A4wCLcBGAs/s320/Template%2BGambar.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-eV5YWB0r5-k/XUbBbwcwjWI/AAAAAAAAK8A/0Noa7MY4KiUkxFZ7HIDaNta5w_Pzv8A4wCLcBGAs/s72-c/Template%2BGambar.jpg
Anwar Zakuwan .Com
https://www.anwarzakuwan.com/2019/08/can-i-eat-your-pancreas-2018-kenapa.html
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/2019/08/can-i-eat-your-pancreas-2018-kenapa.html
true
6411884237974842672
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy