6 Perkara Samsung DIAM Di Pelancaran Note 10 & Note 10+ | TEKNOLOGI

Tekan disini kalau korang nak tahu 6 Perkara Samsung DIAM Di Pelancaran Note 10 & Note 10+ | TEKNOLOGI. Jangan lupa share kepada kawan-kawan dan keluarga.

6 Perkara Samsung DIAM Di Pelancaran Note 10 & Note 10+ | TEKNOLOGI
Assalamualaikum, hai guyz. Selamat datang ke tulisan yang tak seberapa ni. Hari ni sempena saya nak kongsikan kepada korang semua tentang smart phone Samsung. Baru-baru ni Samsung ada buat unpack event yang sebahagian besar memfokuskan pada keluaran terbaru depa.

Samsung perkenalkan keluaran terbaru diorang iaitu Galaxy Note 10 dan Note 10+, cumanya syarikat tersebut meninggalkan beberapa perkara major yang dan tidak membahaskannya semasa pelancaran tersebut, perihal ni meninggalkan sebuah tanda tanya yang besar kepada peminat tegar Samsung... Apa yang buat kita semua tertanya-tanya ni???

6 Perkara Samsung DIAM Di Pelancaran Note 10 & Note 10+

AZ cuma review produk ni secara independent je ya, takda komisen...

Samsung menghabiskan masa lebih dari sejam pada acara pelancaran peranti baru diorang iaitu dua buah model telefon pintar Galaxy Note 10 dan Note 10+, jenama baru komputer riba Galaxy Book S, Galaxy Watch Active 2 dan Galaxy Tab S6. Samsung juga menjemput seorang tetamu undangan khas ke atas pentas untuk berbicara tentang rakan kongsi yang baru, Chif Eksekutif Microsoft Satya Nadella.

Tapi masa acara pelancaran Note 10 tu, ada beberapa perkara yang tertinggal yang menjadi tanda tanya. Kira-kira Samsung sengaja mendiamkan diri dan beranggapan kita semua tak perasan pasal lubang headphone jack tiba-tiba takda? Dan lagi satu phone ni menggunakan OS apa?  Disini ada beberapa kehilangan kritikal yang didiamkan oleh Samsung yang saya perasan, yang mungkin akan jadi seruan maut untuk sesetengah produk Samsung.

1. Google dan Android

Samsung menghabiskan banyak masa bersama Microsoft untuk menyemarakkan hubungan antara mereka. Tapi, Nadella tak banyak cakap dan tak banyak sangat memberi komen pasal ni. Saya ada jugak dengar-dengar pasal Samsung menjadi rakan kongsi baru dengan Microsoft dan membuka jalan integrasi Samsung Note dengan Microsoft Word, notifikasi Microsoft 10 pada toolbar phone korang, dan sync gambar dan video dalam OneDrive. Cumanya, Samsung lebih banyak bergantung pada Google berbanding dengan Microsoft.

Android pulak andalah OS sebenar bagi Galaxy Note, dan kebanyakan fitur perisian software yang diguna pakai oleh setiap orang setiap hari adalah datangnya daripada Google.

Dan juga sebagai client terbesar Google, adakah Samsung dapat layanan istimewa yang boleh bantu telefon pintar diorang (Samsung) menawarkan pengalaman pengguna yang lebih baik daripada pengilang yang lain? Adakah Galaxy Note akan dapat fitur terbaru yang akan datang dalam Android Q, seperti trend terbaru sekarang dark mode?
[post_ads]

6 Perkara Samsung DIAM Di Pelancaran Note 10 & Note 10+ | TEKNOLOGI
2. Galaxy Fold

Telefon pintar Samsung yang boleh dilipat sepatutnya dilancarkan pada era baru yang memiliki peranti berinovasi dan menjaminkan keseronokan dengan faktor reka bentuk unik yang dah lama kita tunggu-tunggu. Tapinya, Samsung Galaxy Fold sekarang lagi di retooled dan ditambah baikan supaya skrin dia tak patah semasa kita guna, dan menghilangkan diri semasa pelancaran peranti flagship Samsung.

Samsung menjawab, Galaxy Fold dah dibaiki dan akan dilancarkan semula pada bulan September ni, jadi kita mungkin akan dengar lebih lanjut pasal ni masa show kat Berlin nanti. Walau bagaimanapun, ianya akan memberi lebih kepercayaan pada garisan produk yang agak goyah kalau Samsung meletakkan Galaxy Note dalam konteks strategi telefon yang lebih luas, iaitu dengan memasukkan sekali Galaxy Fold.

3. Sound Jack untuk fon kepala hilang

Eh Samsung, korang perasan tak lubang cucuk headphone ni takde? Samsung terus berdiam pasal ni. Dah bertahun-tahun, Samsung mengejek Apple sebab buang lubang cucuk headphone ni. Sekarang pulak... Samsung sama-sama ikut rentak pesaing diorang dengan pendekatan yang 'berani' ni. Keterangan ringkas yang kami dapat, Samsung ada buat beberapa hujah yang baik pasal perkara ni, dia bagitahu sebanyak 70% daripada pengguna Galaxy S dan Note mempunyai headphone tanpa wayar, dan dengan membuang lubang cucuk headphone ni akan memberikan ruang bateri yang lebih besar.

Tapi tak jugak disebut pasal perkara ni pada majlis pelancaran Note baru-baru ni. Seakan-akan cuba nak mengelak je...

4. Bixby

Sebelum pelancaran majlis Galaxy Note, Samsung menjalankan beberapa promosi video menunjukkan fitur Bixby, iaitu suara pembantu Samsung. Tapinya, semasa pelancaran tu sendiri, nama Bixby ni tak disebut langsung. Sebuah telefon yang direka untuk selalu digunakan daripada jarak jauh, atau dengan menggunakan Bluetooth fon kepala, sepatutnya fitur arahan suara Bixby ni lebih diberi keutamaan.

Cumanya, Samsung tak mengumumkan apa-apa fitur terbaru pasal Bixby, atau menunjukkan apa-apa kemajuan bagi menyelasaikan masalah kekeliruan sebab ada dua suara pembantu (Bixby dan Google Assistant) dalam satu peranti. Tapi apa pun, okey la dua suara daripada ada tiga, dengan baru jadi rakan kongsi Microsoft, sekurang-kurangnya Samsung tak masukkan Cortana. Nanti susah pulak nak berborak tiga suara sekaligus kan...
[post_ads_2]

5. Samsung Galaxy Home

Samsung merupakan perkakas elektronik gergasi di rumah, tapinya dia telah terlepas follow trending suara pembantu pembesar suara di rumah. Sepertinya dia banyak yang perlu dilakukan bersama Bixby. Samsung sangat komited dengan Bixby, dan takda siapa pun yang sebenarnya suka pada Bixby. Pada pelancaran 2018, Samsung memperkenal Galaxy Home kepada khalayak umum, sebuah pembesar suara pintar yang besar yang sepatutnya membawa Bixby supaya lebih nyata di ruang tamu.

Tapi takda pulak kita dengar apa-apa pasal speaker tu sejak kebelakangan ni. Ape hal Samsung?

6. Gear VR

Ingat tak masa semua Samsung smart-phone boleh guna dengan aksesori VR headset, dan Samsung menggesa sebuah kedai dalam menjalankan kerjasama dengan Facebook dan Oculus? Masa tengah naik kan waktu tu... Gear VR ni berfungsi dengan baik dengan Galaxy Note 9 dan Galaxy S10, tapi penganalisis Anshel Sag meyakinkan bahawa Gear VR tak dapat berfungsi dengan Galaxy Note 10.

Ianya mungkin mati, bersama-sama dengan impian kebanyakan industri telefon pintar yang berasaskan VR.

Sumber Pc Mag


Gambar sumber Samsung. Tekan [Home ##home##] untuk kembali ke laman utama.

Kata kunci / Tag untuk post ni :
[Samsung] [Teknologi] [Smart-Phone]

COMMENTS

BLOGGER: 3
  1. Kalau dapat sebuah best juga ni 😆

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha memang best.. spec pon boleh tahan padu

      Padam
  2. Rase Nye xperlu download Bahasa China ni pasal jawi pn da boleh tulis.. best giler ni

    BalasPadam

/fa-instagram/ Recent Instagram Post

Nama

Agama,3,Agong,5,Android,5,Anime,1,Artikel,2,Berita,6,Bisnes,3,Blog Tips,3,Bola Sepak,1,Cari Jodoh,1,Disney,1,Event,4,Facebook,6,Fakta,8,Food,1,Frozen,1,Galleri,9,Game,1,Gaya Hidup,9,Google,2,Hanoi,1,Hiburan,11,Horror,2,Huawei,2,Hubungan Diplomatik,2,Indonesia,2,Instagram,5,IOS,3,Istana Negara,2,Johor,2,Kedah,1,Kelantan,1,Kesihatan,4,Kuantan,3,Malaysia,9,Marvel,1,Mercu Tanda,4,Mesir,1,Movie,5,Mufti Pahang,1,Muzik,2,Pelancongan,4,Penceraian,2,Perkahwinan,3,Photoshop,3,Premiere,1,Raja Permaisuri,2,Sahabat,1,Samsung,3,Selebriti,4,Shop,4,Smart-Phone,12,Soal Hati,4,Spotify,1,Sukan,1,Sultan Kelantan,1,Teknologi,11,Telegram,1,Travel,4,Trivia,1,Tular,4,Tun Mahathir,2,Turki,1,Tutorial,6,Twitter,4,Vietnam,1,WhatsApp,4,Woman,4,YouTube,3,
ltr
item
Anwar Zakuwan .Com: 6 Perkara Samsung DIAM Di Pelancaran Note 10 & Note 10+ | TEKNOLOGI
6 Perkara Samsung DIAM Di Pelancaran Note 10 & Note 10+ | TEKNOLOGI
Tekan disini kalau korang nak tahu 6 Perkara Samsung DIAM Di Pelancaran Note 10 & Note 10+ | TEKNOLOGI. Jangan lupa share kepada kawan-kawan dan keluarga.
https://1.bp.blogspot.com/-vsObSxfUXzI/XU0o6D2u2YI/AAAAAAAAK_E/B83F0XWJlM0pI1BbyKv_cTMJZIYqe3fUACLcBGAs/s320/Template%2BGambar.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-vsObSxfUXzI/XU0o6D2u2YI/AAAAAAAAK_E/B83F0XWJlM0pI1BbyKv_cTMJZIYqe3fUACLcBGAs/s72-c/Template%2BGambar.jpg
Anwar Zakuwan .Com
https://www.anwarzakuwan.com/2019/08/6-perkara-samsung-diam-di-pelancaran.html
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/2019/08/6-perkara-samsung-diam-di-pelancaran.html
true
6411884237974842672
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy