5 Apps Android Trending Minggu Ini [ Saya baru download... ] | TEKNOLOGI

Dah tahu ke apa 5 Apps Android Trending Minggu Ini | TEKNOLOGI. Tekan sini kalau korang nak jadi ohsem!

5 Apps Android Trending Minggu Ini | TEKNOLOGI
Assalamualaikum hai guyz. Amacam harini? Ada baik ka? Saya harap korang semua sihat wal afiat. Semoga hari-hari yang mendatang terus membawa keberkatan untuk korang semua.

Entri kali ni macam biasa, jari-jari ni geram nak menaip review dan sharing pasal Android. Jadi kali ni saya akan share sikit pasal beberapa aplikasi yang menjadi tumpuan orang ramai seminggu dua ni.

5 Apps Android Trending Minggu Ini 

Antara 5 apps ni ada yang berbayar dan ada yang tak

Saya tak bayar pon, cuma ada la terbaca sikit dari review orang yang dah bayar. Dan review ni adalah pendapat peribadi saya sendiri, takde bayaran dari mana-mana producer apps tu. Jadi kalau korang ada pendapat berbeza, boleh tulis kat bahagian komen ya ✌️
[post_ads]

1. Type II: FPS TD - RM25.00

Type II: FPS TD ialah satu aplikasi game yang menggabungkan pemain first person sebagai penembak utama dengan tower defense. Pemain perlu susun pertahanan terlebih dahulu, dan pada masa yang sama menembak orang jahat bersama-sama tower defense. Bagaimana pun, sebahagian besar game tersebut dimainkan oleh perspektif pemain utama.

Sebilangan kecil dari fitur game tersebut adalah beberapa level, lawan dengan boss, kawalan satu tangan, dan bermacam-macam lagi. Game ni memang boleh jadi tekanan jugak, walaupon cuma game tower defense. Masa main game ni takde apa-apa isu lagi, mungkin sebab game ni masih baru jadi ada satu dua bug yang terlepas pandang. Cuma RM25.00 dapat main secara aman tanpa ada belian in-app atau iklan ads. Tekan button kat bawah untuk download di Play Store.



Baca ni juga : Telefon Android Hilang Boleh Dapat Semula? Begini Caranya...

2. Checketry - Percuma

Checketry adalah aplikasi download manager dan file manager. Checketry sebenarnya lebih efision dengan PC berbanding dengan telefon Android kalian. Aplikasi ni menawarkan sokongan untuk benda-benda seperti muat turun game Steam dan muat turun fail game yang lain dalam bentuk sambungan komputer jarak jauh.

Ia dapat digunakan bersama uTorrent dan qBitTorrent, Steam, Google Chrome, dan Mozilla Firefox. Kalian dapat menghubungkan kesemua sekali, mulakan muat turun, dan aplikasi ni boleh dikawal secara jarak jauh. Juga terdapat beberapa fitur tambahan yang lain jugak. Ianya percuma dengan pengiklanan kalau kalian nak mencuba, tekan button dibawah untuk pergi ke Play Store.


  • [col]
    • 5 Apps Android Trending Minggu Ini | TEKNOLOGI
    • 5 Apps Android Trending Minggu Ini | TEKNOLOGI
[post_ads_2]

3. Poio - RM50.00

Poio ialah game terbaru untuk anak-anak kecil berkategori pendidikan. Ia banyak membantu anak-anak kecil untuk belajar membaca. Pemaju Poio menjalankan aplikasi berdasarkan kajian terhadap lebih 100,000 anak kecil dan juga menyelia sebuah kajian yang menunjukkan 85% daripada anak-anak kecil meningkatkan skill pembacaan mereka dengan menggunakan aplikasi permainan ini.

Fitur game ini mempunyai pelbagai permainan ringkas yang mencabar kemahiran membaca anak-anak kecil. Secara mudahnya, permainan ini mahukan anak-anak kecil kalian membaca cerita dongeng kepada ibu bapa mereka. Game ini juga mempunyai catatan peningkatan, yang boleh dilihat ibu bapa mereka, dan pelbagai lagi. Ianya memang agak mahal sikit kan.


4. Night Vision / ToF Viewer - Percuma

Night Vision / ToF Viewer ialah aplikasi yang unik, tapi mempunyai niche yang hebat. Ia membiarkan kalian mengakses flight sensor dengan Camera2 API. Sudah pasti korang perlukan telefon yang mempunyai flight sensor dan support Camera2 API. Malangnya, saya sendiri pon takde telefon yang memenuhi krateria tersebut jadi saya sendiri tak dapat merasai aplikasi ni. Walau bagaimanapon, video YouTube di bawah ada menyiarkan bagaimana ia dilihat. Kalau korang ada telefon yang support seperti Huawei P30 dan Honor 20 korang akan dapat lihat menggunakan telefon sendiri dan ianya lebih seronok.



Baca ni juga : Senang Je Nak Tulis Jawi Dalam Smart-Phone

5. Brave Conquest - Percuma

Brave Conquest adalah sebuah aplikasi game percuma daripada IGG. Sebagai aplikasi yang percuma, ianya bukanlah satu aplikasi yang teruk. Korang cuma membina tentera, berlawan, defense, dan sebagainya, semuanya aksi yang biasa ada dalam sebuah game. Siapa yang main game ni ternampak seperti enjoy dengan game ni, walaupun mungkin sebab game-game yang macam ni mempunyai review tinggi. Game ni takde masalah masa saya cuba main.

Walau bagaimanapun, apa yang membuatkan saya rasa nak bagitahu tentang game ni ialah ia mempunyai iklan hubungan sosial yang agak tak sesuai. Kalau korang ada ternampak iklan tu, jangan percaya apa-apa daripada dia. Bagaimanapun, kalau korang nak main game strategi percuma, game ni boleh tahan menarik.



Apa pun, ni cuma pendapat saya sendiri pasal apps yang agak trending untuk minggu ni, kalau saya ada terlepas apa-apa komen korang boleh bagitahu kat komen ye. Tekan [Home ##home##] untuk kembali ke laman utama.

Kata kunci / Tag untuk pos ni :
[Android] [Smart-Phone] [Game]

COMMENTS

/fa-instagram/ Recent Instagram Post

Nama

Agama,3,Agong,5,Android,5,Anime,1,Artikel,2,Berita,6,Bisnes,3,Blog Tips,3,Bola Sepak,1,Cari Jodoh,1,Disney,1,Event,4,Facebook,6,Fakta,8,Food,1,Frozen,1,Galleri,9,Game,1,Gaya Hidup,9,Google,2,Hanoi,1,Hiburan,11,Horror,2,Huawei,2,Hubungan Diplomatik,2,Indonesia,2,Instagram,5,IOS,3,Istana Negara,2,Johor,2,Kedah,1,Kelantan,1,Kesihatan,4,Kuantan,3,Malaysia,9,Marvel,1,Mercu Tanda,4,Mesir,1,Movie,5,Mufti Pahang,1,Muzik,2,Pelancongan,4,Penceraian,2,Perkahwinan,3,Photoshop,3,Premiere,1,Raja Permaisuri,2,Sahabat,1,Samsung,3,Selebriti,4,Shop,4,Smart-Phone,12,Soal Hati,4,Spotify,1,Sukan,1,Sultan Kelantan,1,Teknologi,11,Telegram,1,Travel,4,Trivia,1,Tular,4,Tun Mahathir,2,Turki,1,Tutorial,6,Twitter,4,Vietnam,1,WhatsApp,4,Woman,4,YouTube,3,
ltr
item
Anwar Zakuwan .Com: 5 Apps Android Trending Minggu Ini [ Saya baru download... ] | TEKNOLOGI
5 Apps Android Trending Minggu Ini [ Saya baru download... ] | TEKNOLOGI
Dah tahu ke apa 5 Apps Android Trending Minggu Ini | TEKNOLOGI. Tekan sini kalau korang nak jadi ohsem!
https://1.bp.blogspot.com/-0i_AIkWqhw0/XVudctJ0FSI/AAAAAAAALUU/nfE3u6d2AA8RK5ihAESSsVpwPDaYF5cdACLcBGAs/s320/Template%2BGambar.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-0i_AIkWqhw0/XVudctJ0FSI/AAAAAAAALUU/nfE3u6d2AA8RK5ihAESSsVpwPDaYF5cdACLcBGAs/s72-c/Template%2BGambar.jpg
Anwar Zakuwan .Com
https://www.anwarzakuwan.com/2019/08/5-apps-android-trending-minggu-ini.html
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/2019/08/5-apps-android-trending-minggu-ini.html
true
6411884237974842672
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy