21 Laman Media Sosial Paling Popular Pada 2019 untuk Online Marketing

Tekan sini kalau nak tahu tentang 21 Laman Media Sosial Paling Popular Pada 2019 untuk Online Marketing. Jangan lupa share kepada kawan-kawan dan keluarga yang suka online marketing.

21 Laman Media Sosial Paling Popular Pada 2019 untuk Online Marketing
Assalamualaikum hai guyz. Selamat datang ke Anwar Zakuwan .Com semua. Hari ni saya nak kongsikan kepada korang semua top 21 media sosial yang paling popular yang ramai orang gunakan untuk mempromosi produk masing-masing. Maklumat ni saya rasa paling berguna kalau korang suka guna online marketing.

Tak kira lah sama ada korang ni tukang market sosial media bermusim ke, atau pemilik bisnes yang nak memanfaatkan media sosial, ianya sangat membantu untuk kita tahu media sosial yang paling popular di sekeliling kita. Bende ni akan membolehkan korang semua memaksimakan capaian brand produk korang di sosial media, melibatkan sasaran pelanggan yang betul, dan mencapai target media sosial korang.

Jom kita tengok 21 senarai ni

21 Laman Media Sosial Paling Popular Pada 2019 Untuk Online Marketing

Ofkos la, ianya bukan semata-mata tentang saiz laman media sosial. Ia jugak sama ada laman sosial media tu sesuai atau tak dengan bisnes korang. Sesuai tak dengan gambar branding korang? Target pelanggan korang guna tak media sosial tu? Berapa banyak media sosial yang korang boleh handle satu-satu masa?

Untuk menjadikan bende ni semua mudah untuk korang, saya ada buat sedikit research dan gabungkan maklumat pasal 21 laman media sosial paling popular pada tahun 2018. Dalam banyak-banyak tu ada yang korang dah biasa, yang lain mungkin bunyi macam tak pernah dengar. Barangkali lebih berbaloi kalau korang buat kajian media sosial yang lebih sesuai dengan bisnes atau produk korang dan mencuba media yang korang baru nak kenal.

Dan paling penting, korang kene ingat, TAK SEMESTINYA KORANG KENE GUNA SEMUA MEDIA SOSIAL NI!

MAUs bermaksud Monthly Active Users, dan MUVs bermaksud Monthly Unique Visitors

21 Laman Media Sosial Paling Popular Pada 2019 untuk Online Marketing
1. Facebook - 2.41 bilion MAUs

Seramai 2.41 bilion pengunjung aktif yang dicatatkan pada 30 Jun 2019. Facebook adalah sosial media yang terbesar yang digunakan seluruh dunia, dengan lebih dari 2 bilion umat manusai menggunakannya setiap bulan. Setiap bulan guys, per bulan tu. Tu hampir 1/3 populasi dunia! Disitu ada lebih dari 65 milion perniagaan yang menggunakan Facebook Page dan lebih dari 6 milion pengiklanan yang aktif mempromosi perniagaan diorang di Facebook, yang mana membuatkan korang lebih selamat untuk muncul di sosial media. Blog saya ni pon ramai nya adalah daripada pengunjung Facebook berbanding Google.

Mudah je untuk marketing guna Facebook ni, sebabnya hampir kesemua format kandungan boleh diguna dengan baik di Facebook - tulisan, gambar, video, siaran langsung, dan stories. Tapi jangan ambil ringan, Facebook algorithim memberi keutamaan kepada kandungan yang boleh cetus perbualan dan interaksi yang memberi maksud sesama orang lain, lebih-lebih lagi daripada keluarga dan kawan-kawan.

Dan lagi satu, pastikan korang mengoptimumkan kandungan korang kepada pengguna smart phone sebab lebih 94% orang akses Facebook hanya menggunakan aplikasi telefon.

21 Laman Media Sosial Paling Popular Pada 2019 untuk Online Marketing
2. YouTube - 1.9 bilion MAUs

YouTube ialah platform perkongsian video dimana pengguna boleh menonton sehingga bilion jam video sehari... Tapi nanti habis la data korang ye. Untuk permulaan, korang boleh buat channel YouTube untuk membranding kan produk, dan mula upload video untuk tontonan pelanggakn channel korang, dan boleh tekan like kalau suka, dislike kalau benci, boleh komen dan share kepada kawan-kawan yang lain.

Selain menjadi situs media sosial kedua terbesar, YouTube jugak sebenarnya dimiliki oleh Google dan jugak dikenali sebagai situs pencarian kedua terbesar selepas Google. Jadi kalau korang berminat untuk naikkan pencarian produk korang, saya cadangkan korang boleh rujuk YouTube SEO, selamat mencuba.

Akhir sekali korang jugak boleh advertise di YouTube untuk menaikkan pencarian platform korang. Tapi ads tu semua dengan bayaran ye, bukan percuma di mulut. Hehehe.

21 Laman Media Sosial Paling Popular Pada 2019 untuk Online Marketing
3. WhatsApp - 1.5 bilion MAUs

WhatsApp adalah aplikasi untuk berchating yang digunakan oleh umat manusia lebih dari 180 negara. Pada mulanya, WhatsApp hanya digunakan oleh orang awam untuk berkomunikasi dengan keluarga dan teman-teman. Namun, secara berperingkat orang ramai mula berkomunikasi dengan ahli perniagaan melalui WhatsApp. (Masa aku kat bangkok nak tempat suit baru, aku contact tukang jahit guna WhatsApp)

WhatsApp dah mula bina platform bisnes untuk memberi laluan kepada ahli perniagaan untuk dapatkan profil bisnes yang lebih elok. Dan untuk menyediakan sokongan pelanggan, dan untuk kemas kini data pelanggan tentang pembelian mereka dan sebagainya. Untuk peniaga kecil, WhatsApp telah membina satu aplikasi WhatsApp Business manakala untuk ahli perniagaan yang berskala sederhana dan besar, WhatsApp menyediakan WhatsApp Business API. Kat sini ada beberapa tips untuk perniagaan menggunakan WhatsApp.

21 Laman Media Sosial Paling Popular Pada 2019 untuk Online Marketing
4. Messenger - 1.3 bilion MAUs

Messenger pada asalnya adalah fitur messaging di dalam penggunaan Facebook, dan sejak tahun 2011, Facebook telah menjadikan Messenger sebagai aplikasi yang berdikari dengan sendiri dan diperbesarkan fiturnya sendiri. Ahli perniagaan kini boleh membuat pengiklanan, membuat chatbots, menghantar surat, dan lebih lagi menggunakan Messenger. Fitur ini telah memberikan pelbagai cara baru untuk melibatkan diri dengan pelanggan.

5. WeChat - 1.06 bilion MAUs

WeChat membesar daripada aplikasi permesejan, sama jugak macam Messanger dan WhatsApp, kepada platform semua dalam satu. Selain mesej dan panggilan telefon, pengguna WeChat sekarang boleh membuat pembelian secara atas talian dan membuat bayaran secara diluar talian, transfer duit, buat tempahan, tempah teksi dan pelbagai lagi.

WeChat paling popular di negara China dan beberapa bahagian di kawasan Asia. Kalau korang buat bisnes di kawasan macam ni atau di beberapa kawasan yang Facebook diban, WeChat adalah salah satu alternatif yang baik.
[next]

21 Laman Media Sosial Paling Popular Pada 2019 untuk Online Marketing
6. Instagram - 1 bilion MAUs

Instagram adalah aplikasi media sosial perkongsian gambar dan video. Ia membolehkan kita berkongsi kandungan yang pelbagai seperti gambar, video, stories, dan video live. Instagram jugak paling latest dah boleh share IGTV untuk video-video yang berdurasi lebih panjang.

Untuk branding, korang boleh guna Instagram Business Profile, yang mana akan membekalkan korang analitics yang detail untuk profile bisnes korang dan setiap post. Dan jugak sekarang korang boleh post mengikut schedule di Instagram menggunakan Facebook Creator.

7. QQ - 861 milion MAUs

QQ ialah platform mesej yang tersangat-sangat popular oleh remaja di China. Sekarang dah lebih kurang 80 negara yang gunakan aplikasi ni. Dan jugak boleh digunakan dalam banyak bahasa, so tak pelik la lebih 80 negara yang guna QQ ni. Selain ianya aplikasi permesejan yang ringkas, QQ jugak mempunyai fitur yang menarik seperti boleh customize avatar kita sendiri, tonton movies, layan game online, online shopping, blogging dan buat payment.

Saya mengaku saya tak tahu sangat pasal QQ ni, tapi Carrie Law daripada ClickZ ada tulis pasal pengenalan QQ kepada tukang market di QQ ni. Nampaknya macam QQ ni dah jadi kebiasaan di China dan WeChat, sebagai aplikasi mesejan daripada parent company yang sama dah pon di dominasi di seluruh tempat.

21 Laman Media Sosial Paling Popular Pada 2019 untuk Online Marketing
8. Tumblr - 643 milion MUVs

Tumblr ni seolah macam micro-blogging dan jalur rangkaian sosial untuk perkongsian tulisan, gambar, link, video, audio, dan macam-macam lagi. Orang ramai berkongsi pelbagai jenis segala macam benda dalam Tumblr ni seperti gambar-gambar kucing, sampai lah fashion seni.

Sekilas pandang, Tumblr ni sama je macam website lain. Jadi kebanyakan blog yang korang walking masa online tu boleh jadi sebenarnya adalah Tumblr! Kalau korang nak pertimbangkan Tumblr sebagai tempat online marketing, saya cadangkan rujukan dari Viral Tag untuk permulaan menggunakan Tumblr.

9. Qzone - 632 milion MAUs

Qzone ialah satu jaringan sosial yang popular dan tertumpu di China, dimana pengguna boleh muatnaik multimedia, menulis blog, layan game, dan costumize alam maya sendiri.

Menurut beberapa orang di Quora, Qzone nampak nya sangat diminati remaja (manakala WeChat pulak lebih popular dengan orang dewasa) Tapi kenaikan pengguna platform mobile-based seperti WeChat nampak lebih memberi kesan kepada penurunan populariti desktop-based seperti Qzone.

21 Laman Media Sosial Paling Popular Pada 2019 untuk Online Marketing
10. Tik Tok - 500 milion MAUs

Tik Tok dikenali di China sebagai Douyin, adalah sebuah jaringan sosial video muzik. Ia adalah aplikasi yang paling banyak dimuat turun di Google Play dan App Store dalam suku pertama pada tahun 2018, mengalahkan Facebook, Instagram, dan beberapa aplikasi popular yang lain.

Kesan awalnya, saya nampak macam Instagram untuk video muzik yang ringkas (saya pon tak berapa pasti) sebab saya bukan pengguna Tik Tok. Pengguna Tik Tok boleh merakam video salama 60 saat, edit video, dan tambah muzik dan beberapa effect lain.

Sebabkan Tik Tok ni sangat popular di Asia, firasat saya mengatakan populariti Tik Tok ni mungkin akan tersebar ke belah barat.
[next]

11. Sina Weibo - 392 MAUs

Sina Weibo selalu dikenali sebagai Twitter untuk pengguna Cina (sejak Twitter ni di ban di China). Ia mempunyai fitur yang mirip dengan Twitter - 140 huruf microblogging, muat naik gambar, videoc tinggal komen, dan verifikasi akaun.

Kalau korang berminat nak belajar tentang Sina Weibo, apa yang ada dalam Sina Weibom apa yang trending, atau apa-apa saja pasal Sina Weibo korang boleh rujuk dekat Whats On Weibo.

21 Laman Media Sosial Paling Popular Pada 2019 untuk Online Marketing
12. Twitter - 335 milion MAUs

Twitter macam biasa, Malaysia dah lama kenal. Twitter merupakan situs media untuk berita, hiburan, sukan, politik, dan macam-macam lagi. Apa yang buatkan Twitter berbeza dengan aplikasi lain ialah dia mempunyai penekanan maklumat yang sangat real time, maksudnya apa-apa berita yang tengah berlaku terus ada kat Twitter. Laju la maksudnya.

Lagi satu, uniknya karakter Twitter ni ialah dia cuma membenarkan 280 perkataan sahaja dalam satu tweet (140 untuk Japanese, Korean, dan Chinese), tak macam kebanyakan sosial media yang lain mempunyai limit perkataan yang lebih tinggi.

Twitter jugak selalu digunakan sebagai channel servis pelanggan. Menurut Advertiser di Twitter, lebih 80% servis pelanggan sosial diminta dalam Twitter. Dan Salesforce ada buat artikel tentang "the New 1-800 Number for Customer Service" sebab terlalu tinggi servis pelanggan di dalam Twitter.

21 Laman Media Sosial Paling Popular Pada 2019 untuk Online Marketing
13. Reddit - 330 milion MAUs

Reddit jugak dikenali sebagai laman utama bagi Internet, sebuah platform dimana pengguna boleh submit soalan atau pertanyaan, link, gambar, kemudian bincangkan perkara tu, dan boleh buat undian bagus ke tak bagus ke dan sebagainya.

Selain submit kandungan korang di Reddit, dan mengambil tempat berdiskusi, korang jugak boleh cari pelbagai jawapan kepada permasalahan dan membuat pengiklanan di Reddit.

14. Baidu Teiba - 300 milion MAUs

Baidu Teiba ni adalah forum atas talian bagi Chinese yang dibuat oleh Baidu, sebuah enjin pencarian Chinese terbesar di dunia. Tafsiran saya tentang maklumat Wikipedia tentang Baidu Teiba ni seolah-olah macam sama dengan Reddit, dimana pengguna boleh buat thread forum tentang pelbagai topik dan berinteraksi sesama yang lain.

21 Laman Media Sosial Paling Popular Pada 2019 untuk Online Marketing
15. LinkedIn - 294 milion MAUs

LinkedIn sekarang dah lebih dari sekadar iklankan resume kerjaya dan situs mencari kerja. Sekarang dah berevolusi menjadi laman media sosial yang lebih profesional dimana pakar bidang industri berkongsi maklumat, jaringan sesama yang lain, dan membina brand individu tersendiri. Ia juga turut menjadi tempat untuk ahli perniagaan meralisasikan idea pimpinan dan autoriti didalam industri mereka dan menarik bakat baru kedalam syarikat mereka.

LinkedIn jugak turut menawarkan peluang pengiklanan, seperti boost kandungan LinkedIn anda, menghantar iklan persendirian ke inbox LinkedIn, dan melayarkan iklan di sisi situs tersebut.
[next]

21 Laman Media Sosial Paling Popular Pada 2019 untuk Online Marketing
16. Viber - 260 milion MAUs

Sekilas pandang, Viber jugak sama macam kebanyakan aplikasi mesej yang lain seperti WhatsApp dan Messenger. Ia membolehkan pengguna menghantar mesej dan multimedia, buat panggilan, share stiker dan GIF dan macam-macam lagi.

Walaubagaimanapon, Viber memberikan lebih banyak peluang untuk untuk berbisnes. Seperti peluang  bisnes yang lain, korang boleh beli ads, promosikan brand korang menerusi stiker, libatkan company dengan komuniti, lancarkan produk in bahagian shopping section, dan menyediakan servis pelanggan.

17. Snapchat - 255 milion MAUs

Snapchat ialah aplikasi sosial media yang fokus pada sharing gambar dan video pendek (yang dikenali sebagai snaps) sesama komuniti dan kawan-kawan. Ia membuat stories format menjadi popular, yang mana secara tak langsung berkembang baik di platform sosial media yang lain seperti Instagram. Tapi kenaikan Instagram stories seakan menghalang perkembangan Snapchat dan minat pemasar atas talian untuk menggunakan Snapchat untuk mempromosikan produk mereka secara general.

21 Laman Media Sosial Paling Popular Pada 2019 untuk Online Marketing
18. Pinterest - 250 milion MAUs

Pinterest merupakan satu tempat dimana orang ramai akan pergi untuk menemui perkara baru dan mendapat inspirasi, tak seperti kebanyakan media sosial yang lain Pinterest mengutamakan engagement produk dengan pelanggan. Menurut Pinterest, 78% pengguna Pinterest mengatakan isi kandungan di dalam Pinterest sangat berguna (lebih tinggi daripada situs yang lain). Ini dapat buat brand korang satu peluang yang unik untuk meyakinkan pengguna membeli produk anda.

19. Line - 203 milion MAUs

Line ialah aplikasi mesejan sosial yang pelbagai tujuan yang membolehkan pengguna untuk menghantar mesej, berkongsi stiker, layan game, membuat pembayaran, panggil teksi, dan online shopping. Ianya aplikasi mesejan yang sangat popular di Jepun dan jugak sangat popular di beberapa tempat di Asia.

Brand boleh membuat akaun rasmi di Line untuk berkongsi maklumat dan promosi, yang mana akan muncul di timeline follower diorang.

21 Laman Media Sosial Paling Popular Pada 2019 untuk Online Marketing
20. Telegram - 200 milion MAUs

Telegram ni dah biasa dengan rakyat Malaysia. Telegram sangat mirip dengan kebanyakan aplikasi permesejan dan seringkali dikenali kerana keselamatannya sebagai aplikasi mesejan.

Disini terdapat beberapa cara untuk branding dan mempromosi produk yang boleh dilakukan oleh Telegram, selain menyediakan sokongan pelanggan satu per satu. Sebagai contoh, brand boleh membuat chatbots untuk platform Telegram atau menggunakan fitur channel Telegram untuk broadcast mesej kepada bilangan pelanggan atau subscriber tanpa had. Fitur ni lebih baik daripada WhatsApp kalau ikut kan.
[next]

21. Medium - 60 milion MAUs

Medium adalah platform penerbitan atas talian dengan elemen rangkaian sosial. Ianya percuma untuk terbitkan didalam Medium dan jugak percuma untuk membaca kebanyakan artikel. Sesetengah artikel hanya disimpan untuk pengguna yang berbayar sahaja.

Selain dari menerbitkan kandungan asli di Medium, ianya agak menjadi kebiasaan kepada brand dan produk untuk menerbitkan semula pos blog daripada blog syarikat kedalam Medium semata-mata meluaskan lagi capaian mereka.

Terserah Korang, Situs yang Mana Lebih Sesuai

Tak kira berapa besar saiz situs sosial media

Yang paling penting untuk korang pertimbangkan sama ada target pelanggan untuk brand korang aktif atau tak dalam media sosial tersebut. Mudahnya, makin besar laman media sosial macam Facebook, lebih cenderung untuk menyingkap topik dan minat yang lebih banyak, langsung membuatkan Facebook bersesuaian dengan pelbagai brand.

Rujukan Statista. Jumlah MAU dan MUV diambil daripada website Facebook, YouTube, WhatsApp, Messenger, WeChat, Instagram, Tumblr, Qzone, Tik Tok, Sina Weibo, Twitter, Reddit, Baidu Teiba, LinkedIn, Viber, Snapchat, Pinterest, Line, Telegram, Medium.

Tekan [Home ##home##] untuk kembali ke laman utama.

Kata kunci / Tag untuk artikel ini :
[Bisnes] [Facebook] [Instagram] [Teknologi] [Telegram] [Twitter] [WhatsApp] [YouTube]

COMMENTS

BLOGGER: 11
  1. Bagus infonya. Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini.

    www.drbasya.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2, terima kasih sudi singgah sini..

      Padam
  2. Kalau lah dapat buat semua memang trafik naik mencanak kan tuan admin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha ye betol, kalau boleh aktif semua ni memang padu trafik, biasanya kalau yang aktif banyak2 platform media sosial ni ade team yang khusus. Kalau sorang2 nak handle banyak2 memang susah.

      Kalau sorang2 better kita fokuskan satu atau dua je.

      Padam
  3. satu perkingsian yg baik.saya akan cuba promosi produk saya.tq

    BalasPadam
  4. Menarik infonya Az.

    Yang jarang akak guna mesengger tu.

    Wechat langsung tak de install. Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. wechat tak berapa famous kat malaysia... mmg ramai tak pakai pon hehe

      Padam
  5. Perghhh Facebook yang pertama! Not surprising tho hehee. tapi yang paling terkejut WECHAT NOMBOR 5?! wow. RESULT yang paling ku tak sangka hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pengguna dari China ramai pakai Wechat, negara besar kan, satu negara je yang pakai dah jadi tinggi statistik...

      Padam
  6. perkongsian menarik, macam mana dengan instagram?

    BalasPadam

/fa-instagram/ Recent Instagram Post

Nama

Agama,3,Agong,5,Android,5,Anime,1,Artikel,2,Berita,5,Bisnes,3,Blog Tips,3,Cari Jodoh,1,Disney,1,Event,4,Facebook,6,Fakta,8,Food,1,Frozen,1,Galleri,9,Game,1,Gaya Hidup,9,Google,2,Hanoi,1,Hiburan,11,Horror,2,Huawei,2,Hubungan Diplomatik,2,Indonesia,2,Instagram,5,IOS,3,Istana Negara,2,Johor,1,Kelantan,1,Kesihatan,4,Kuantan,3,Malaysia,9,Marvel,1,Mercu Tanda,4,Mesir,1,Movie,5,Mufti Pahang,1,Muzik,2,Pelancongan,4,Penceraian,2,Perkahwinan,3,Photoshop,3,Premiere,1,Raja Permaisuri,1,Sahabat,1,Samsung,3,Selebriti,4,Shop,4,Smart-Phone,12,Soal Hati,4,Spotify,1,Sultan Kelantan,1,Teknologi,11,Telegram,1,Travel,4,Trivia,1,Tular,4,Tun Mahathir,2,Turki,1,Tutorial,6,Twitter,4,Vietnam,1,WhatsApp,4,Woman,4,YouTube,3,
ltr
item
Anwar Zakuwan .Com: 21 Laman Media Sosial Paling Popular Pada 2019 untuk Online Marketing
21 Laman Media Sosial Paling Popular Pada 2019 untuk Online Marketing
Tekan sini kalau nak tahu tentang 21 Laman Media Sosial Paling Popular Pada 2019 untuk Online Marketing. Jangan lupa share kepada kawan-kawan dan keluarga yang suka online marketing.
https://1.bp.blogspot.com/-w7KYkK8RtHI/XU7cz_Q-aKI/AAAAAAAALB8/pxCuusrp5PAPwTCKT9IqEj4RLuMcgS0KwCLcBGAs/s320/Template%2BGambar.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-w7KYkK8RtHI/XU7cz_Q-aKI/AAAAAAAALB8/pxCuusrp5PAPwTCKT9IqEj4RLuMcgS0KwCLcBGAs/s72-c/Template%2BGambar.jpg
Anwar Zakuwan .Com
https://www.anwarzakuwan.com/2019/08/21-laman-media-sosial-paling-popular.html
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/2019/08/21-laman-media-sosial-paling-popular.html
true
6411884237974842672
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy