Zikir Berdiri & Goyang Badan Tidak Sesat - Mufti Pahang | SOAL AGAMA

Tekan di sini sekaran untuk baca tentang Zikir Berdiri & Goyang Badan Tidak Sesat - Mufti Pahang. Jangan lupa share kepada kawan-kawan dan keluarga.

Zikir Berdiri & Goyang Badan Tidak Sesat - Mufti Pahang

Zikir Berdiri & Goyang Badan Tidak Sesat - Mufti Pahang

Nitizen beranggapan bahawa amalan itu bercanggah dengan ajaran Islam

Sebuah rakaman video yang merekodkan amalan zikir secara berdiri dan menggoyangkan badan yang dilakukan oleh jemaah surau di Jerantu, Pahang telah mendapat perhatian nitizen yang menyifatkan amalan itu menyesatkan akidah umat Islam di negeri itu. 

Perkara tersebut telah dilaporkan kepada Jabatan Agama Islam Pahang JAIP dan telah diambil siasatan mengenainya. 

Terbaru, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menjawab berkenaan isu tersebut bahawa tiada unsur syirik dan sesat dalam mengamalkan zikir seperti itu, dan ianya tidak bercanggah dengan ajaran Islam. 

Bahkan mengatakan berjoget dan menari lelaki dan perempuan tanpa had batas pergaulan itulah sebenarnya yang bercanggah dengan ajaran mulia agama Islam. 

Dibawah adalah nukilan dari akhbar Sinar Harian
Zikir Berdiri & Goyang Badan Tidak Sesat - Mufti Pahang

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sudah melakukan siasatan dan mendapati tidak ada asas untuk menuduh aktiviti beberapa Jemaah lelaki dan wanita di sebuah kampung di Ulu Tembeling Jerantut itu sebagai sesat.

“JAIP sudah buat kajian tiada unsur-unsur syirik dalam pengamalan zikir seperti didakwa. Mereka hanya zikir Lailahaillallah sahaja. Menyebut nama ALLAH. Apa yang menjadikannya viral adalah kita jarang lihat zikir sambil menggoyangkan seluruh badan.

“Sebenarnya kita berzikir ni boleh duduk, baring, berlari, tiada masalah. Contoh orang yang beriadah, sambil beriadah dia berzikir tidak salah. Kajian dibuat tidak menyalahi syarak dan tidak boleh dikatakan dia sesat,” 

Menurutnya, perbuatan menari di khalayak dan bercampur gaul lelaki dan perempuan itulah yang menyeleweng dari Islam namun manusia tidak melabelkan sesat kerana sudah terbiasa melakukannya.

“Tiada unsur syirik yang dicampurkan dalam amalan mereka. Bagi orang kita yang tak pernah nampak mungkin rasa janggal namun negara seperti di Balkan, Rusia menggerakkan badan sambil berselawat dan zikir menjadi amalan biasa. Baca artikel penuh di Sinar Harian

Lagi artikel tentang isu ini di Sinar Harian 
Zikir Berdiri & Goyang Badan Tidak Sesat - Mufti Pahang

Amalan zikir sambil rukuk dan bangun berdiri secara berulang kali seperti dilakukan jemaah sebuah surau di Kampung Bantal Seberang di sini didapati tidak bercanggah dengan akidah serta ajaran Islam.

Kadi Daerah Jerantut, Syarifuddin Mohamad Sa'ad berkata, perkara tersebut diputuskan sedemikian selepas pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melengkapkan siasatan ke atas jemaah surau tersebut baru-baru ini.

"Ia adalah kaedah zikir yang menjadi amalan Tarekat Ahmadiyah Idrisiyah. Tarekat ini diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sebagai tidak bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah serta hukum syarak.

"Saya harap, orang ramai tidak cepat menghukum sesuatu amalan sebagai sesat sehinggalah ia benar-benar melanggar batas akidah dan hukum syarak," katanya. Baca artikel penuh di Sinar Harian 

Pendapat peribadi saya tentang hal ni

Sebenarnya masyarakat Malaysia kurang pendedahan terhadap amalan ni. Dan perkara ni tidak salah dengan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri Pahang. Jadi bila ada yang buat masing-masing jadi bingung dan pelik. Cuma yang kurang bagusnya masyarakat kita lagi cepat menghukum sesat sebelum betul-betul kenal tentang amalan ni. 

Bagus ada, tak bagus pon ada. Yang bagus nya adalah masyarakat kita ambil cakna kejadian yang berlaku dalam komuniti Islam tempatan. Yang tak bagus nya adalah kita kurang ilmu agama dan lebih cepat melatah sebelum merujuk kepada pihak agamawan. 

Yang bagus ambil cakna tu kita kene kekalkan. Yang tak bagus tu kita kene ubah. Perlu lebih banyak pergi ke pusat pengajian agama dan kelas-kelas agama yang dilakukan oleh ustaz-ustaz kita. Sekian. 

Tekan [Home ##home##] untuk lihat artikel lain selain zikir berdiri & goyang badan di Pahang

COMMENTS

BLOGGER: 2
  1. Inilah masalahnya bila teknologi sudah terlalu canggih. Semuanya boleh disebar dengan mudah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betol kak, semua pakat2 share sekarang. Kuasa viral makin kuat...

      Padam

/fa-instagram/ Recent Instagram Post

Nama

Agama,3,Agong,5,Android,5,Anime,1,Artikel,2,Berita,6,Bisnes,3,Blog Tips,3,Bola Sepak,1,Cari Jodoh,1,Disney,1,Event,4,Facebook,6,Fakta,8,Food,1,Frozen,1,Galleri,9,Game,1,Gaya Hidup,9,Google,2,Hanoi,1,Hiburan,11,Horror,2,Huawei,2,Hubungan Diplomatik,2,Indonesia,2,Instagram,5,IOS,3,Istana Negara,2,Johor,2,Kedah,1,Kelantan,1,Kesihatan,4,Kuantan,3,Malaysia,9,Marvel,1,Mercu Tanda,4,Mesir,1,Movie,5,Mufti Pahang,1,Muzik,2,Pelancongan,4,Penceraian,2,Perkahwinan,3,Photoshop,3,Premiere,1,Raja Permaisuri,2,Sahabat,1,Samsung,3,Selebriti,4,Shop,4,Smart-Phone,12,Soal Hati,4,Spotify,1,Sukan,1,Sultan Kelantan,1,Teknologi,11,Telegram,1,Travel,4,Trivia,1,Tular,4,Tun Mahathir,2,Turki,1,Tutorial,6,Twitter,4,Vietnam,1,WhatsApp,4,Woman,4,YouTube,3,
ltr
item
Anwar Zakuwan .Com: Zikir Berdiri & Goyang Badan Tidak Sesat - Mufti Pahang | SOAL AGAMA
Zikir Berdiri & Goyang Badan Tidak Sesat - Mufti Pahang | SOAL AGAMA
Tekan di sini sekaran untuk baca tentang Zikir Berdiri & Goyang Badan Tidak Sesat - Mufti Pahang. Jangan lupa share kepada kawan-kawan dan keluarga.
https://1.bp.blogspot.com/-FGtgvvvaY4g/XToL_aQcR_I/AAAAAAAAK0Y/OygkK6Le5P4Fx21GXoi7UCMil7oWT1sBQCLcBGAs/s320/Template%2BGambar.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-FGtgvvvaY4g/XToL_aQcR_I/AAAAAAAAK0Y/OygkK6Le5P4Fx21GXoi7UCMil7oWT1sBQCLcBGAs/s72-c/Template%2BGambar.jpg
Anwar Zakuwan .Com
https://www.anwarzakuwan.com/2019/07/zikir-berdiri-goyang-badan-tidak-sesat.html
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/2019/07/zikir-berdiri-goyang-badan-tidak-sesat.html
true
6411884237974842672
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy