Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 Sebagai Ketua Negara | BERITA

Tekan disini untuk lihat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 Sebagai Ketua Negara | BERITA. Jangan lupa share kepada kawan-kawan dan keluarga.

Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 Sebagai Ketua Negara | BERITA
Hari ini 30 Julai 2019 merakamkan memori bersejarah dengan majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke 16 Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Balairung Seri, Istana Negara. Majlis telah berlangsung selama 2 jam lebih pada 10.45 pagi tadi. Daulat Tuanku!

Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 Sebagai Ketua Negara | BERITA

Seri Paduka menegaskan bahawa keharmonian rakyat adalah kekuatan negara.

Ketibaan Al-Sultan Abdullah yang lengkap berpakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong dikenali sebagai ‘Muskat’ dan Tunku Azizah yang anggun dalam persalinan tenun Pahang berwarna putih gading menarik perhatian seluruh jemputan yang mengiringi langkah kedua-dua pasangan diraja itu untuk bersemayam di singgahsana.


Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 Sebagai Ketua Negara | BERITA

Selain tetamu jemputan yang hadir di Istana Negara, istiadat pertabalan yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen negara juga membolehkan seluruh rakyat menyaksikan acara bersejarah itu yang istimewanya juga jatuh pada hari keputeraan Seri Paduka yang ke-60.


Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 Sebagai Ketua Negara | BERITA

Selain Raja-Raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, dua tetamu diraja dari luar iaitu Putera Mahkota Abu Dhabi merangkap Timbalan Komander Tertinggi Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha turut berangkat ke istiadat pertabalan itu.

Ia turut dihadiri wakil Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet, selain tetamu-tetamu kehormat yang terdiri daripada ketua-ketua Diplomat Asing dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Sumber BH Online

Ikrar Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16

Berikut adalah ikrar Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Istiadat Pertabalan di Balairung Seri, Istana Negara hari ini.

“BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM,

BETA AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA KERANA DENGAN IZINNYA BETA TELAH DIPILIH MENJADI YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM BELAS.

DENGAN INI, BETA AKAN MENJALANKAN SEADIL-ADILNYA PEMERINTAHAN BAGI MALAYSIA MENGIKUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN NEGARA SERTA MEMELIHARA DENGAN SEMPURNA SETIAP MASA AGAMA ISLAM, DAN BERDIRI TEGUH DI ATAS PEMERINTAHAN YANG ADIL DAN AMAN DALAM NEGARA.”

Terdahulu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membacakan Surat Pengisytiharan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong yang mana kandungannya berbunyi :

“BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM,

BAHAWA INILAH DIMASYHURKAN KEPADA SEKALIAN ORANG SERTA PENDUDUK MALAYSIA IAITU DULI-DULI YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA TELAH MEMILIH KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH PADA HARI, WAKTU DAN SAAT YANG GILANG GEMILANG INI MAKA KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU DITABALKAN NAIK TAKHTA KERAJAAN MENJADI TURUS NEGARA BAGI MALAYSIA DENGAN BERGELAR KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM BELAS.”

Sumber BH Online



Tekan [Home ##home##] untuk kembali ke laman utama.

COMMENTS

/fa-instagram/ Recent Instagram Post

Nama

Agama,3,Agong,5,Android,5,Anime,1,Artikel,2,Berita,6,Bisnes,3,Blog Tips,3,Bola Sepak,1,Cari Jodoh,1,Disney,1,Event,4,Facebook,6,Fakta,8,Food,1,Frozen,1,Galleri,9,Game,1,Gaya Hidup,9,Google,2,Hanoi,1,Hiburan,11,Horror,2,Huawei,2,Hubungan Diplomatik,2,Indonesia,2,Instagram,5,IOS,3,Istana Negara,2,Johor,2,Kedah,1,Kelantan,1,Kesihatan,4,Kuantan,3,Malaysia,9,Marvel,1,Mercu Tanda,4,Mesir,1,Movie,5,Mufti Pahang,1,Muzik,2,Pelancongan,4,Penceraian,2,Perkahwinan,3,Photoshop,3,Premiere,1,Raja Permaisuri,2,Sahabat,1,Samsung,3,Selebriti,4,Shop,4,Smart-Phone,12,Soal Hati,4,Spotify,1,Sukan,1,Sultan Kelantan,1,Teknologi,11,Telegram,1,Travel,4,Trivia,1,Tular,4,Tun Mahathir,2,Turki,1,Tutorial,6,Twitter,4,Vietnam,1,WhatsApp,4,Woman,4,YouTube,3,
ltr
item
Anwar Zakuwan .Com: Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 Sebagai Ketua Negara | BERITA
Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 Sebagai Ketua Negara | BERITA
Tekan disini untuk lihat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 Sebagai Ketua Negara | BERITA. Jangan lupa share kepada kawan-kawan dan keluarga.
https://1.bp.blogspot.com/-K-Tpgojsej4/XT_cEkihZeI/AAAAAAAAK5s/FoubDNPqQgsyxdj1aGU1sU25ocE409XGgCLcBGAs/s320/Template%2BGambar.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-K-Tpgojsej4/XT_cEkihZeI/AAAAAAAAK5s/FoubDNPqQgsyxdj1aGU1sU25ocE409XGgCLcBGAs/s72-c/Template%2BGambar.jpg
Anwar Zakuwan .Com
https://www.anwarzakuwan.com/2019/07/pertabalan-yang-di-pertuan-agong-ke-16.html
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/2019/07/pertabalan-yang-di-pertuan-agong-ke-16.html
true
6411884237974842672
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy