Cara Upload Gambar Di Instagram Melalui Pc Atau Laptop

Hai guyz, korang nak tahu macam mana aku meng-upload gambar ke Instagram melalui Laptop? Jemput tekan sini kalau korang nak tahu.

Cara Upload Gambar Di Instagram Melalui Pc Atau Laptop

Cara Meng-Upload Gambar Ke Instagram Melalui Laptop

Assalamualaikum selamat bertemu kembali.

Entri kali ni aku nak kongsikan dengan korang 2 teknik yang aku selalu gunakan untuk upload gambar di Instagram melalui laptop atau pc. Teknik yang kedua tu aku baru pertama kali try, tapi okey la jugak... Tanpa membuang masa, jom kita mula.

Cara Meng-Upload Gambar Di Instagram Melalui Laptop

Kalau macam aku sendiri la, aku banyak sangat guna medium Instagram kalau nak share iklan kerja kosong ke iklan jual barang ke iklan apa-apa je la. Jadi sambil aku iklan-iklan kat Fb guna laptop, aku akan pindah ke phone sebab nak upload gambar iklan. 

Jadi macam serabut sikit sebab nak kene pindah-pindah kejap laptop, kejap phone, sebabnya kita semua tahu Instagram tak boleh upload gambar menggunakan laptop atau pc. Dah la iklan banyak nak kene share, huh pening... Jadi kalau korang ada jugak masalah macam ni, aku sediakan untuk korang tutorial mudah untuk upload gambar korang di Instagram melalui laptop atau pc. 

Jom kita mula tutorial kita cara meng-upload gambar ke Instagram melalui laptop

Ni ringkasan macam mana aku buat, dekat bawah ada aku terangkan dengan lebih terperinci. Kalau korang tak paham boleh tinggalkan soalan kat tempat komen ye, nanti aku akan reply. Secara ringkasnya cara yang aku buat adalah:


  • [vtab]
    • Cara yang pertama.
      • Cara yang pertama aku selalu pakai hampir setiap kali aku bukak browser aku. Kadang-kadang aku pakai Chrome kadang-kadang aku pakai Edge. Caranya aku bukak Developer Tools, lepas tu tukar Device Toolbar daripada laptop kepada mobile. Macam tu tak perlu la aku nak guna handphone kalau aku nak upload gambar kan. 
    • Cara yang kedua.
      • Aku download satu plugin untuk Chrome, nama dia Web For Instagram - Chrome. Jadi bende tu adalah plugin Instagram untuk Chrome, korang bila bukak je Chrome terus boleh bukak Instagram korang on the spot. Dekat situ boleh upload gambar, like, komen macam Instagram betul. Tapi dua-dua cara ni korang tak boleh upload video, cuma boleh upload gambar sahaja.

Jom tengok satu-persatu cara-cara ni

Kat bawah ni aku terangkan satu-persatu dengan lebih terperinci kedua-dua cara ni sekali dengan gambar ye. Yelah takkan taknak bagi korang paham kan.

Cara yang pertama.

1. Bukak browser korang, dekat tutorial ni aku pakai Chrome. Jadi bukak Chrome lepas tu bukak Instagram korang. Login macam biasa semua...


Cara Meng-Upload Gambar Ke Instagram Melalui Laptop

2. Lepas dah siap login, korang tekan sebelah kanan atas Option > More Tools > Developer tools. Nanti akan keluar Developer Tools tu. Ataupon short-cut dia korang boleh tekan dekat keyboard Control + Shift + I . 

Lepas tekan Developer Tools tu akan keluar tools dia macam yang kat bawah ni. Kalau korang keluar macam lain tu boleh jadi tersilap tekan, ataupon Chrome korang lebih advance daripada aku, hahaha.


  • [col]
    • Cara Meng-Upload Gambar Ke Instagram Melalui Laptop
    • Cara Meng-Upload Gambar Ke Instagram Melalui Laptop

3. Lepas tu korang tekan kedua dari kiri sebelah atas Dev Tools tu nama dia toggle device toolbar, tekan tu nanti Instagram korang akan jadi macam gambar bawah.


  • [col]
    • Cara Meng-Upload Gambar Ke Instagram Melalui Laptop
    • Cara Meng-Upload Gambar Ke Instagram Melalui Laptop

Kalau jadi macam lain korang kene check semula ye. Takut tersilap tekan ke nanti tak jadi pulak.

4. Tekan reload page untuk refresh Instagram korang. Nanti button untuk upload akan muncul sebijik macam dalam phone korang. Dah keluar button tu apa lagi, upload la gambar jalan-jalan korang macam biasa. Biasanya yang banyak upload guna laptop atau pc ni adalah ahli bisnes yang nak buat iklan marketing la.

Dah siap cara yang pertama, kalau korang rasa mudah dengan cara pertama ni korang boleh follow je. Kalau korang ada soalan pasal guna Dev Tools ni boleh tinggal soalan kat bawah ye. Jom sambung muka surat kedua.
[next]

Kalau rasa agak-agak susah kita tengok cara yang kedua pulak

Cara yang kedua

1. Bukak Chrome korang dan search Web For Instagram - Chrome. Ataupon korang nak jimat masa tekan button sebelah ni [Web For Instagram - Chrome ##download##] untuk cepat dan tangkas. Huhuhu

Tekan button Add to Chrome, lepas keluar pop-out confirmation tu tekan Add extention. Dah siap install nanti akan keluar lah Instagram korang macam gambar bawah ni. 


  • [col]
    • Cara Meng-Upload Gambar Ke Instagram Melalui Laptop
    • Cara Meng-Upload Gambar Ke Instagram Melalui Laptop

2. Dah siap install tu semua, nanti dia akan tunjuk tutorial ringkas macam mana nak guna. Tapi overall interface dia sama je macam Instagram korang dalam phone. Jadi senang je la nak paham. 

Okeh, sampai kat situ je cara kedua. Cara kedua ni lagi mudah kalau korang tak biasa gunakan Dev tools macam cara pertama tadi. Plugin Instagram ni pon percuma je kalau korang malas nak beli. Cara pertama tadi mudah kalau korang tak suka nak download plugin luar untuk Chrome korang. 

Kalau korang tak paham tutorial sambil tengok gambar, kat bawah ni aku letak video bagi senang sikit la kalau korang nak follow. Kalau tak keberatan subscribe la channel aku, tanpa korang siapa la diri ini. 



So, pilihan berada di tangan anda. Pilih la mana-mana cara yang sesuai dengan korang. Semoga berjaya. Tekan [Home ##home##] kalau korang nak tengok tutorial atau artikel lain yang menarik. 

COMMENTS

BLOGGER: 2
  1. Okay.. dah jumpa dah.. Terima kasih.. Akhirnya berjaya juga share gambar di Instagram melalui PC..

    BalasPadam

/fa-instagram/ Recent Instagram Post

Nama

Agama,3,Agong,5,Android,5,Anime,1,Artikel,2,Berita,6,Bisnes,3,Blog Tips,3,Bola Sepak,1,Cari Jodoh,1,Disney,1,Event,4,Facebook,6,Fakta,8,Food,1,Frozen,1,Galleri,9,Game,1,Gaya Hidup,9,Google,2,Hanoi,1,Hiburan,11,Horror,2,Huawei,2,Hubungan Diplomatik,2,Indonesia,2,Instagram,5,IOS,3,Istana Negara,2,Johor,2,Kedah,1,Kelantan,1,Kesihatan,4,Kuantan,3,Malaysia,9,Marvel,1,Mercu Tanda,4,Mesir,1,Movie,5,Mufti Pahang,1,Muzik,2,Pelancongan,4,Penceraian,2,Perkahwinan,3,Photoshop,3,Premiere,1,Raja Permaisuri,2,Sahabat,1,Samsung,3,Selebriti,4,Shop,4,Smart-Phone,12,Soal Hati,4,Spotify,1,Sukan,1,Sultan Kelantan,1,Teknologi,11,Telegram,1,Travel,4,Trivia,1,Tular,4,Tun Mahathir,2,Turki,1,Tutorial,6,Twitter,4,Vietnam,1,WhatsApp,4,Woman,4,YouTube,3,
ltr
item
Anwar Zakuwan .Com: Cara Upload Gambar Di Instagram Melalui Pc Atau Laptop
Cara Upload Gambar Di Instagram Melalui Pc Atau Laptop
Hai guyz, korang nak tahu macam mana aku meng-upload gambar ke Instagram melalui Laptop? Jemput tekan sini kalau korang nak tahu.
https://1.bp.blogspot.com/-9wdq74tWcQ4/XTosjlrPMWI/AAAAAAAAK1M/99KELB_yKpwsNpaqOMrFyAXuKn2o97yVgCLcBGAs/s320/Template%2BGambar.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-9wdq74tWcQ4/XTosjlrPMWI/AAAAAAAAK1M/99KELB_yKpwsNpaqOMrFyAXuKn2o97yVgCLcBGAs/s72-c/Template%2BGambar.jpg
Anwar Zakuwan .Com
https://www.anwarzakuwan.com/2019/04/upload-gambar-di-ig.html
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/2019/04/upload-gambar-di-ig.html
true
6411884237974842672
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy