Apakah Perbezaan Warna RGB & CMYK?

Kalau korang nak jadi seorang pereka grafik yang hebat korang mesti tahu tentang Perbezaan Warna RGB & CMYK. Lawat SERBA MARKET kalau korang nak tahu cara-cara nak setting RGB & CMYK dalam Adobe Photoshop.

Perbezaan Warna RGB & CMYK

Perbezaan Warna RGB & CMYK 

Artikel kali ini kita akan bincang tentang apakah perbezaan mode color RGB dan CMYK yang terdapat di dalam Adobe Photoshop (dalam Ai, Id dan Apps yg lain jugak). Ramai designer yang dah lama berkecimpung dalam dunia editing, dan mampu menghasilkan hasil seni yang gempak, tapi masih lemah dalam bidang produksi. 


Ada banyak masalah yang berkaitan dengan bidang produksi, tapi yang paling banyak menimpa para designer ialah perbezaan hasil warna final projek di dalam screen monitor dan hasil cetakan.

APAKAH PERBEZAAN RGB & CMYK? 

Masalah ini terjadi kerana para designer kurang faham terhadap teori warna yang diterbitkan di dalam screen monitor dengan terbitan warna melalui mesin percetakan.
Tak faham kan? 

Mudahnya macam ni, cara monitor nak represent color adalah berbeza dengan mesin printer. Masing-masing ada cara sendiri nak represent color, dengan ini saya perkenalkan apa itu RGB DAN CMYK. 

Perbezaan Warna RGB & CMYK

Mula-mula sekali kita kene ingat, RGB adalah warna cahaya yang pixel screen monitor guna untuk buat warna-warna yang berbeza. Sedangkan CMYK pula ialah warna dakwat yang digunakan oleh printer untuk menembak dot ink dan menghasilkan warna-warna yang berbeza.

Cahaya RGB digabungkan menjadi cahaya putih (di dalam screen). Manakala dakwat CMYK digabungkan menjadi dakwat hitam (melalui hasil percetakan).

RGB bermaksud Red, Green, dan Blue; ini kerana ketika-tiga warna ini digunakan untuk membuat setiap warna-warna lain di palet warna RGB. Warna-warna RGB ini akan digabungkan bersama untuk menghasilkan warna yang baru. Sebagai contoh, Red ditambah Green akan menghasilkan Yellow. 

Screen monitor yang anda sedang gunakan sekarang sudah tentu menggunakan mode color RGB. Bila Red, Green dan, Blue menggunakan data warna yang paling tinggi (secara serentak), warna screen anda akan jadi putih; 
255 adalah data paling tinggi untuk screen 8 bit. Tekan untuk tahu fungsi screen 8 bit, 16 bit atau 24 bit. 

CMYK pula bermaksud Cyan, Magenta, Yellow, dan Key (iaitu hitam). Warna key bermaksud warna key plate yang digunakan oleh printer lama dulu-dulu. Kebiasaannya key plate ini akan disalut dengan warna hitam atau gelap untuk buat detail dan contrast pada gambar. 

Cara Printer Keluarkan Warna Agak Berbeza

Kerana printer menganggap cahaya putih (paling tinggi RGB) adalah tiada warna langsung. Sebab tu pada gambar berwarna putih printer tidak akan keluarkan dakwat.

Berbeza dengan warna hitam (paling rendah RGB), printer akan keluarkan paling tinggi CMYK kerana hitam pada screen adalah ketiadaan cahaya, bukan ketiadaan dakwat pada kertas yang dicetak.

Perbezaan Warna RGB & CMYK

Mana lebih bagus RGB atau CMYK?

Perbezaan Warna RGB & CMYK


Bagaimana cara kita nak tentukan color mode yang mana satu lebih baik, adalah dengan cara kita melihat dimana kita mahu letak gambar atau imej yang kita ada, di dalam screen monitor? Atau dicetak atas kertas?

RGB lebih bagus untuk digital imaging di dalam screen, manakala CMYK lebih bagus untuk menghasilkan gambar yang akan di print.

Cara tukar RGB kepada CMYK di dalam Photoshop?


Terdapat dua cara untuk menukarkan color mode tersebut. 

Cara pertama : 

  • [message]
    • Pertama
      • 1. Pada mula-mula option box di new document 
    • 2. Perhatikan di ruangan preset detail 
      • 3. Tentukan color mode di drop down list
    • 4. Pilih mode RBG untuk menggunakan RGB, atau CMYK untuk mode CMYK
      • 5. Klik Creat untuk teruskan
    • 6. Lihat screenshot di bawah
Perbezaan Warna RGB & CMYK

Cara kedua :

  • [message]
    • Pertama
      • 1. Ketika dalam proses menyiapkan projek, atau final dah siap
    • 2. Tekan Image di menu bahagian atas Photoshop
      • 3. Ambil Mode
    • 4. Pilih RGB atau CMYK 
      • 5. Projek anda akan ditukar secara automatik tanpa buat baru semula
    • 6. Lihat screenshot di bawah
Perbezaan Warna RGB & CMYK

Selamat mendesign guys! Tekan [Di Sini ##home##] kalau korang nak baca artikel lain yang menarik. 

COMMENTS

BLOGGER: 3

/fa-instagram/ Recent Instagram Post

Nama

Agama,3,Agong,5,Android,5,Anime,1,Artikel,2,Berita,6,Bisnes,3,Blog Tips,3,Bola Sepak,1,Cari Jodoh,1,Disney,1,Event,4,Facebook,6,Fakta,8,Food,1,Frozen,1,Galleri,9,Game,1,Gaya Hidup,9,Google,2,Hanoi,1,Hiburan,11,Horror,2,Huawei,2,Hubungan Diplomatik,2,Indonesia,2,Instagram,5,IOS,3,Istana Negara,2,Johor,2,Kedah,1,Kelantan,1,Kesihatan,4,Kuantan,3,Malaysia,9,Marvel,1,Mercu Tanda,4,Mesir,1,Movie,5,Mufti Pahang,1,Muzik,2,Pelancongan,4,Penceraian,2,Perkahwinan,3,Photoshop,3,Premiere,1,Raja Permaisuri,2,Sahabat,1,Samsung,3,Selebriti,4,Shop,4,Smart-Phone,12,Soal Hati,4,Spotify,1,Sukan,1,Sultan Kelantan,1,Teknologi,11,Telegram,1,Travel,4,Trivia,1,Tular,4,Tun Mahathir,2,Turki,1,Tutorial,6,Twitter,4,Vietnam,1,WhatsApp,4,Woman,4,YouTube,3,
ltr
item
Anwar Zakuwan .Com: Apakah Perbezaan Warna RGB & CMYK?
Apakah Perbezaan Warna RGB & CMYK?
Kalau korang nak jadi seorang pereka grafik yang hebat korang mesti tahu tentang Perbezaan Warna RGB & CMYK. Lawat SERBA MARKET kalau korang nak tahu cara-cara nak setting RGB & CMYK dalam Adobe Photoshop.
https://3.bp.blogspot.com/-qLYPWbNON3o/XEEZdQRcgNI/AAAAAAAAIsE/sQu9h-IyOA4qwnq6p-MZTwHr9bvVwj4owCPcBGAYYCw/s640/RGB%2BVs%2BCMYk.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-qLYPWbNON3o/XEEZdQRcgNI/AAAAAAAAIsE/sQu9h-IyOA4qwnq6p-MZTwHr9bvVwj4owCPcBGAYYCw/s72-c/RGB%2BVs%2BCMYk.jpg
Anwar Zakuwan .Com
https://www.anwarzakuwan.com/2019/02/apakah-perbezaan-warna-rgb-cmyk.html
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/2019/02/apakah-perbezaan-warna-rgb-cmyk.html
true
6411884237974842672
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy