7 Kebaikan Baking Soda Untuk Rambut, Kulit & Badan

Baking soda, jugak dikenali sebagai sodium bikarbonat, adalah salah satu daripada barang-barang rumah yang mempunyai bahan untuk pelba...


Baking soda, jugak dikenali sebagai sodium bikarbonat, adalah salah satu daripada barang-barang rumah yang mempunyai bahan untuk pelbagai kerja harian. 

Banyak jugak digunakan dalam kerja-kerja di dapur, kerja membersih dan menggunakannya dalam eksperimen sains yang menyeronokkan seperti membuat lava gunung berapi buatan dan sebagainya. Dan yang pastinya setiap rumah paling kurang mesti ada satu bekas kecik simpan soda bikarbonat ni kan...



E

ntri kali ni bukan semata-mata pasal fungsi  baking soda yang kita sebut tu je. Bahkan, baking soda tu jugak bagus untuk menjaga rambut, kulit dan badan kita. Ingat satu mende ni, baking soda tu mempunyai komposisi alkali, kalau dicampurkan dengan air dia boleh jadi sedikit berasid dan boleh memudaratkan kalau digunakan secara berlebihan. Kalau korang nak cuba guna baking soda ni atas kulit, try la campur sikit mende tu atas kulit korang tengok kulit korang jadi macam mana. Tapi hati-hati jangan banyak sangat pulak.

Okey sekarang masa untuk kita tahu,

7 KEBAIKAN SODA BIKARBONAT YANG KORANG BOLEH GUNA PADA RAMBUT, KULIT & BADAN



1. Membantu mengurangkan jeragat, jerawat dan adik-beradik mereka

Baking soda mampu membunuh kuman dan menghentikan kesan bengkak. Kedua-dua ni adalah komponen penting untuk melawan jerawat, jeragat dan geng-geng mereka. Ada banyak kajian pasal mende ni, menurut beberapa kajian lah, jerawat ni berlaku apabila keadaan sebum muka yang terlalu banyak sehingga membuatkan liang sebum tersebut tersumbat, unsur alkali yang ada di dalam baking soda boleh mengeringkan kawasan yang tersumbat tu, dan boleh membunuh kuman penyebab terjadinya jerawat.

Caranya mudah je, korang campurkan satu sudu teh baking soda dengan air suam, dan sapukan pada kulit selama 1 ke 2 minit, kemudian bilas dengan air sejuk.

Amalkan cara ni selama 2 ke 3 hari, kemudian teruskan sekali seminggu sehingga jeragat mengurang. Jangan lakukan setiap hari berkali-kali, nanti muka korang jadi kering sangat. Kering sangat pun tak bagus jugak...

Kalau korang ada rasa macam keradangan lepas sapu baking soda tu kat muka, korang mungkin ada alahan pada baking soda. Terus berhenti gunakan baking soda bagi mengelakkan masalah lain yang tak diingini. 


2. Boleh memutihkan gigi

Kebanyakan ubat gigi dah memang mengandungi baking soda sebagai bahan-bahan untuk proses ubat gigi. Tapi korang boleh cuba tambah sikit baking soda dalam ubat gigi yang korang guna setiap hari untuk bagi kesan lebih memuaskan. Disebabkan baking soda mempunyai tekstur yang sedikit kasar, ia lebih mudah memecahkan zarah-zarah makanan pada gigi, lebih-lebih lagi menghilangkan kesan kekuningan pada gigi.

Sifat beralkali atau berasid mampu membantu melawan plag pada gigi, iaitu bakteria penyebab gigi reput dan sakit gusi.

Nak buat macam mana? Mudah je, letak je sikit baking soda atas berus gigi dengan ubat gigi dan boleh berus macam biasa selama 2 minit. Lakukan cara ni sekali sehari selama beberapa hari.

Walau bagaimana pun, ianya sangat penting untuk tak menggunakan terlalu banyak baking soda atau terlalu kerap sebab boleh jadi nanti hilang pulak lapisan enamel yang akan melindungi gigi.

[next]

3. Menghilankan kesan kulit terbakar atau melecet lepas berjemur

Bikarbonat di dalam soda tersebut dapat membantu merawat kesan terbakar dengan meredakan kulit dan jugak mengeringkan kesan melecet.

Untuk buat bende ni, ada dua cara.

Pertama, korang boleh gunakan semasa mandi. Caranya mudah je, sambil-sambil korang tengah tadah tab mandi korang dengan air tu, tambahkan satu sudu baking soda.

Masa korang santai-santai berendam dalam tab mandi tu kulit korang akan mula rasa lega dari kesan terbakar atau melecet.

Cara kedua pulak, ialah dengan membuat paste, ambil dalam setengah sudu baking soda dan air sejuk yang secukupnya sampai jadi paste. Agak-agak air lebih ke tambah la baking soda. Kalau kering tambah la air. Senang je kan...

Sapukan paste tersebut pada kulit yang terbakar atau melecet selama 15 minit, kemudian buangkan paste yang dah kering tadi dengan kuku.

Ingat ni, try sikit je dulu tengok macam mana kesan pada kulit korang. Jangan guna banyak sangat pulak.

4. Membaiki tona kulit tak sekata

Ribuan manusia mempunyai pengalaman tona kulit tak sekata disebabkan sel kulit dan tisu mati. Baking soda mampu membantu setelkan masalah ni dengan membersihkan dan menghilangkan sel kulit dan tisu mati, dan jugak mengurangkan kadar keasidan pada kulit.

Baking soda ialah bahan yang boleh menggelupaskan kulit dengan betindak sebagai skrub lembut untuk membantu menukarkan sel-sel kulit mati untuk mendapatkan kulit yang baru, halus, sihat dan berkilat.

Salah satu cara untuk membaiki tona kulit tak sekata adalah dengan mencampurkan 1-2 sudu teh baking soda dengan air mawar sehingga jadi paste. Sapukan paste tersebut pada muka dan tunggu selama 1 minit.

Ratakan paste yang kering tadi dengan jari, kemudian basuh dengan air suam dan lap dengan tuala kering. Amalkan 1-2 kali seminggu. Masa korang buat ni pastikan korang ada pelembab kulit, sebabnya baking soda tu akan buat kulit korang jadi sangat-sangat kering.

[next]

5. Menghilangkan bau badan

Kemampuan baking soda membunuh bakteria pada kulit sangat hebat, lebih-lebih lagi kalau nak meneutralkan bau badan. Baking soda ni komponen penyerap cecair, jadi ia jugak bertindak sebagai pembuang peluh secara semulajadi.

Kebanyakan deodoren dan antiperspirants yang tersedia di pasaraya sekarang mempunyai baking soda sebagai bahan mentah proses deodoren.

Kalau korang nak cuba buat korang punya deodoren sendiri, cuma campurkan setengah sudu teh dengan sedikit air, kemudian letakkan kedalam satu bekas. Banyak tu je dah cukup untuk memerangkap kelembapan dan meneutralkan bau badan. Lepas tu tambahkan minyak esensial yang wangi yang korang minat kedalam campuran tadi.

Kemudian ambil kapas, dan lapkan pada bahagian badan yang berbau, dan boleh keluar rumah dengan penuh keyakinan…



6. Menghilangkan kelimumur

Berapa ramai umat manusia kat luar sana yang menderita disebabkan masalah kelimumur, lebih-lebih lagi yang beriklim tersangat sejuk atau tersangat panas. Salah satu cara untuk menghindari masalah kelimumur ni ialah dengan menggunakan baking soda.

Ni disebabkan oleh tekstur baking soda yang seperti pasir mampu menghilangkan kulit kepala yang tertanggal atau mati.

Untuk buat bende ni, korang boleh gunakan 1 sudu baking soda di atas rambut lembab dan sental kulit kepala korang. Lakukan selama seminit, kemudian bersihkan macam biasa. Amalkan 2 ke 3 hari sekali.

7. Mengurangkan masalah rambut berminyak dan berbau

Macam mana baking soda meneutralkan minyak dan bau-bauan pada kulit, cara yang sama jugak boleh dilakukan pada rambut. 

Masalah rambut berminyak mempunyai kecenderungan untuk memerangkap habuk dan penyebab bau-bauan lebih banyak dari rambut kering, dan menyebabkan rambut lebih cepat kotor dan berbau.

Untuk menggunakan baking soda, korang boleh buat paste dan lakukan macam minyak rambut. 

Campurkan minyak esensial yang wangi yang korang suka bertujuan untuk bau-bauan yang menarik. Lakukan cara ni sebulan sekali untuk dapatkan rambut yang lebih lembut, dan bertekstur.

Lastly, kalau korang tak yakin nak guna baking soda, ataupun tak pasti cara nak guna pada kulit, korang tak pelu risau pun. Untuk dapatkan kebaikan macam baking soda ada ni tak semestinya korang kene gunakan baking soda, cukuplah kalau baking soda yang korang ada korang gunakan kat dapur je... 

Kalau korang nak beli barang-barang kecantikan di kedai-kedai pon boleh. Kat bawah ni ade link untuk korang beli produk yang bagus-bagus ye. Selamat menjaga kulit guys... 








COMMENTS

BLOGGER: 1

/fa-instagram/ Recent Instagram Post

Nama

Agama,3,Agong,5,Android,5,Anime,1,Artikel,2,Berita,6,Bisnes,3,Blog Tips,3,Bola Sepak,1,Cari Jodoh,1,Disney,1,Event,4,Facebook,6,Fakta,8,Food,1,Frozen,1,Galleri,9,Game,1,Gaya Hidup,9,Google,2,Hanoi,1,Hiburan,11,Horror,2,Huawei,2,Hubungan Diplomatik,2,Indonesia,2,Instagram,5,IOS,3,Istana Negara,2,Johor,2,Kedah,1,Kelantan,1,Kesihatan,4,Kuantan,3,Malaysia,9,Marvel,1,Mercu Tanda,4,Mesir,1,Movie,5,Mufti Pahang,1,Muzik,2,Pelancongan,4,Penceraian,2,Perkahwinan,3,Photoshop,3,Premiere,1,Raja Permaisuri,2,Sahabat,1,Samsung,3,Selebriti,4,Shop,4,Smart-Phone,12,Soal Hati,4,Spotify,1,Sukan,1,Sultan Kelantan,1,Teknologi,11,Telegram,1,Travel,4,Trivia,1,Tular,4,Tun Mahathir,2,Turki,1,Tutorial,6,Twitter,4,Vietnam,1,WhatsApp,4,Woman,4,YouTube,3,
ltr
item
Anwar Zakuwan .Com: 7 Kebaikan Baking Soda Untuk Rambut, Kulit & Badan
7 Kebaikan Baking Soda Untuk Rambut, Kulit & Badan
https://2.bp.blogspot.com/-ZEbg_pcPBUk/XGVqSB29dGI/AAAAAAAAI_Q/TeUe_w1HdGsFG-7txHHEJh8LKRNyBozvACLcBGAs/s640/1550150117355-588019343.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-ZEbg_pcPBUk/XGVqSB29dGI/AAAAAAAAI_Q/TeUe_w1HdGsFG-7txHHEJh8LKRNyBozvACLcBGAs/s72-c/1550150117355-588019343.jpg
Anwar Zakuwan .Com
https://www.anwarzakuwan.com/2019/02/7-kebaikan-baking-soda-untuk-rambut.html
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/2019/02/7-kebaikan-baking-soda-untuk-rambut.html
true
6411884237974842672
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy