5 Sebab Kenapa Anda Kene Mandi Sebelum Subuh

Tekan sini kalau korang nak tahu 5 Sebab Kenapa Anda Kene Mandi Sebelum Subuh. Jangan lupa share kepada kawan-kawan,

5 Sebab Kenapa Anda Kene Mandi Sebelum Subuh



E

ntri kali ni adalah tentang kesihatan dan gaya hidup yang sihat. Disebabkan budaya masyarakat kita di Malaysia dan cuaca Khatulistiwa, ada beberapa jenis lapisan masyarakat yang mulakan hari-hari mereka dengan mandian awal pagi sebelum subuh. Termasuk la saya masa kecik-kecik dulu... Kalau hari sekolah tu memang tiap-tiap hari mandi pagi-pagi sebelum matahari terbit. Sejuknya memang menjadi memori, mandi pulak kat bilik air luar rumah... Sampai la dah masuk universiti, kelas kadang-kadang petang so mandi pagi tu dah tak jadi tiap-tiap hari sebab malas... 

Bila dah tua ni teringat pulak kecik-kecik dulu tak suka mandi kat luar sebab sejuk. Tapi bila teringat tu rase rindu pun ade. Hek eleh... Rindu punya pasal ter-google la pasal bagusnya mandi sebelum subuh yang dah terbiasa kadang-kadang saya tinggal... 

Jadi kalau korang nak tahu sebenarnya banyak sangat kelebihan kalau kita selalu amalkan mandi sebelum subuh. Cuma kat sini saya simpulkan je hasil bacaan ringan saya ke 5 kelebihan besar amalan mandi sebelum subuh ni. Jemput bace ye...

5 Sebab Korang Kene Tetap Mandi Sebelum Subuh 

1. Mampu mencegah pelbagai penyakit berbahaya
5 Sebab Kenapa Anda Kene Mandi Sebelum Subuh
Hiasan Je Ni

Kajian menurut seorang ahli pakar hypnotherapy dari American Board of Hypnotherapy, menyebut tentang mandi dengan air sejuk pada waktu sebelum subuh atau awal pagi boleh membantu melancarkan peredaran darah dan mengelak penyakit berbahaya seperti hipertention atau tekanan darah tinggi. 

Hal ni jugak dapat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit varises dan jugak masalah pembuluh darah yang mengeras dan berbelit-belit. 

Melancarkan peredaran darah juga dapat membantu dalam mengelakkan serangan jantung, menguatkan otot-otot badan, mengatasi strok serta membuang angin dalam badan.
Dengan mengalirkan darah dengan lancar dapat membekalkan oksigen dan protein yang secukupnya ke seluruh anggota badan dan menjadikan badan korang sihat dan bertenaga.

Ni secara ringkas je ye, untuk bacaan orang awam. Kalau korang pakar kesihatan mungkin dah tahu la kesan-kesan ni secara terperinci. 

2. Membantu menurunkan kadar berat badan
5 Sebab Kenapa Anda Kene Mandi Sebelum Subuh
Bile Nak Kurus 🙄

Percaya atau tak dengan mandi awal pagi dapat mengurangkan kolestrol dalam badan dan membantu menurukan berat badan.

Sebabnya mandi awal pagi dengan air yang sejuk, badan akan cuba memanas. Tandanya korang akan menggigil, maksudnya badan tengah cuba nak panas la tu. Masa badan korang cuba untuk panas secara tak langsung akan menggunakan tenaga dan akan membakar lemak.

Macam tu jugak salah satu cara nak panaskan badan waktu musim sejuk kat Mesir ni ialah dengan makan aiskrim. Kesan menggigil tu akan menghasilkan haba kat badan korang. Ni antara tips kami la masa masuk musim sejuk… Lebih-lebih lagi waktu musim sejuk craving die lain macam hahaha...

Betul lah peluang untuk bakar lemak tu sikit je... menggigil pon sekejap je kan... Tapi tetap ada kesan korang akan hilang lemak. Walaupon peluang nak turun 10kg tu takde, tapi tetap fakta mandi pagi membantu membuang lemak.

Incase la kalau korang nak tahu macam mane mandi sebelum subuh boleh buang lemak kan. Apa salahnya korang ambik peluang mandi awal kan... 

[next]

3. Menigkatkan metabolism tubuh badan

Lepas tu mandi sebelum subuh jugak dapat meningkatkan kadar metabolism, menurut Dr. Midi Hariyani, mandi pagi sebelum subuh dapat membangunkan tubuh yang sebelumnya masih belum terjaga sepenuhnya dari tidur. Dengan mandi pagi tu dapat menstabilkan suhu tubuh badan hingga mencapai tahap kestabilan yang optimum.

Kemudian jantung pun akan lebih cergas seolah lebih segar lepas mandi, hormone adrenalin jugak akan meningkat, darah mengalir lebih lancar hingga ke lapisan kulit dan buat badan kita lebih bertenaga.

Manakala menurut Dr. Aru W. Sudoyo MD, menurut perubatan moden mandi pagi dapat merangsang sistem peredaran darah dan sistem saraf menjadi lebih aktif - sumber blog orang lain. 

4. Meningkatkan kesuburan dan ghairah sesama pasangan

5 Sebab Kenapa Anda Kene Mandi Sebelum Subuh
Jodoh Sesat

Mandi sebelum subuh dapat meningkatkan hormone testosterone bagi lelaki dan estrogen bagi wanita. Ni pon kesan selepas melancarkan darah tadi la...

Amat bagus untuk korang yang tengah family planning dan untuk yang baru mendirikan rumah tangga dan yang tengah cuba untuk mendapatkan zuriat, korang boleh la cuba-cuba amalkan mandi sebelum subuh ye. 

[next]

5. Membuatkan korang kekal awet muda

Bukan sekadar menyegarkan tubuh badan, tapi lepas mandi mase sejuk-sejuk awal subuh tu akan membuatkan korang nampak awet muda, dengan korang mengamalkan amalan mandi sebelum subuh ni dapat melembutkan, menghaluskan dan mencerahkan kulit.

Selain tu, boleh jugak melebatkan rambut. Membersihkan minyak di kulit kepale. Eye-bag atau lingkaran gelap bawah mata korang pon boleh hilang taw. 

Air sejuk yang korang mandi tu sebenarnya mampu membekalkan kelembapan dan boleh menganjalkan kulit. Kuku korang pon akan lebih cantik dan tak mudah patah atau retak. 



5 kelebihan ni memang ada yang disahkan benar menurut beberapa kajian. Tapi bukan dengan sekali mandi je, mesti la dengan amalan mandi tiap-tiap hari. Lepas tu bukan lah dengan mandi sebelum subuh je semata-mata dah konfem badan sihat cergas semua.

Ada jugak la faktor-faktor lain yang menyumbang kepada sihat tubuh badan tu... Sebab tu ada jugak yang tak mandi pagi pon badan sihat. Cuma untuk gaya hidup sebahagian besar rakyat Malaysia, dan dengan budaya kehidupan seharian yang kita ada sekarang ni, saya rasa sangat bagus la kalau kita amalkan mandi sebelum subuh… 

Antaranya dengan pemakanan yang sihat, gaya hidup yang sihat, ekonomi stabil, pasangan hidup dan lain-lain… Dan yang pasti mandi sebelum subuh jugak adalah salah satu dari gaya hidup yang sihat. 

Keep healthy guys... Sekian.



COMMENTS

BLOGGER: 3
  1. Peringatan yang baik, sebab tak ramai orang mandi pagi sebelum subuh kecuali 'terpaksa' haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahhaha memang betol.. Kalau hari cuti tu mmg takut nak sentuh air 😸

      Padam

/fa-instagram/ Recent Instagram Post

Nama

Agama,3,Agong,5,Android,5,Anime,1,Artikel,2,Berita,6,Bisnes,3,Blog Tips,3,Bola Sepak,1,Cari Jodoh,1,Disney,1,Event,4,Facebook,6,Fakta,8,Food,1,Frozen,1,Galleri,9,Game,1,Gaya Hidup,9,Google,2,Hanoi,1,Hiburan,11,Horror,2,Huawei,2,Hubungan Diplomatik,2,Indonesia,2,Instagram,5,IOS,3,Istana Negara,2,Johor,2,Kedah,1,Kelantan,1,Kesihatan,4,Kuantan,3,Malaysia,9,Marvel,1,Mercu Tanda,4,Mesir,1,Movie,5,Mufti Pahang,1,Muzik,2,Pelancongan,4,Penceraian,2,Perkahwinan,3,Photoshop,3,Premiere,1,Raja Permaisuri,2,Sahabat,1,Samsung,3,Selebriti,4,Shop,4,Smart-Phone,12,Soal Hati,4,Spotify,1,Sukan,1,Sultan Kelantan,1,Teknologi,11,Telegram,1,Travel,4,Trivia,1,Tular,4,Tun Mahathir,2,Turki,1,Tutorial,6,Twitter,4,Vietnam,1,WhatsApp,4,Woman,4,YouTube,3,
ltr
item
Anwar Zakuwan .Com: 5 Sebab Kenapa Anda Kene Mandi Sebelum Subuh
5 Sebab Kenapa Anda Kene Mandi Sebelum Subuh
Tekan sini kalau korang nak tahu 5 Sebab Kenapa Anda Kene Mandi Sebelum Subuh. Jangan lupa share kepada kawan-kawan,
https://4.bp.blogspot.com/-uIvAecLcBj8/XF_0BzWDWtI/AAAAAAAAI2o/GCVaT4lM0FY8bTWPJrG5Soepvd9HYzZGACPcBGAYYCw/s320/IMG_20190210_114909.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-uIvAecLcBj8/XF_0BzWDWtI/AAAAAAAAI2o/GCVaT4lM0FY8bTWPJrG5Soepvd9HYzZGACPcBGAYYCw/s72-c/IMG_20190210_114909.jpg
Anwar Zakuwan .Com
https://www.anwarzakuwan.com/2019/02/5-sebab-kenapa-anda-kene-mandi-sebelum.html
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/
https://www.anwarzakuwan.com/2019/02/5-sebab-kenapa-anda-kene-mandi-sebelum.html
true
6411884237974842672
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy